TECH By: SGMS Putri December 19, 2017 @ 3:45am

Celcom Dan Uber Berkerjasama Naik Taraf Pengalaman Digital

Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan kerjasama yang dijalinkan dengan perkhidmatan pengangkutan digital, Uber Malaysia. Kerjasama ini akan memberikan pelbagai faedah kepada pengguna Celcom yang turut melanggan Uber dalam masa beberapa bulan akan datang. 

Penumpang Uber yang juga pengguna pascabayar dan prabayar Celcom bakal dapat menikmati : 

● Menaiki Uber secara percuma atau dengan kadar diskaun sebagai sebahagian daripada program kesetiaan mereka. 

● Menaiki Uber secara percuma ke KLIA atau KLIA2 dengan melanggani pakej perayauan antarabangsa Celcom Passport 

Sebagai ganjaran kepada para pemandu Uber yang setia, Celcom akan menawarkan mereka dengan pelbagai pilihan peranti yang terkini, sesuai dipadankan dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom serta digabungkan bersama pelan Celcom FIRSTTM serta pelbagai faedah tambahan. Antaranya ialah tiada caj ke atas kuota internet bagi penggunaan aplikasi Uber. 

Zalman Aefendy Zainal Abidin, Ketua Pegawai Pemasaran, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom akan terus dinamik bersama rakan strategik seperti Uber dan terus memenuhi keperluan digital pelangan dengan pelbagai faedah yang baru dan inovatif. 

“Kerjasama dengan Uber ini membolehkan Celcom menyediakan pengalaman digital yang hebat kepada pelanggan dalam menjalankan urusan seharian di samping memberikan mereka pelbagai ganjaran hebat,” kata beliau lagi. 

Karina Ali Noor, Pengurus Besar Pengembangan, Uber Malaysia pula berkata, “Kami begitu teruja untuk bekerjasama dengan Celcom. Kami amat berharap kerjasama ini bakal menjadi salah satu cara untuk Uber terus memberikan kejutan dan menggembirakan para penumpang dan pemandu dengan pelbagai ganjaran dan pengalaman yang menceriakan mereka, hanya dengan menekan satu butang sahaja.”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 2 Oct 2018

iPhone XS自带美颜?专业人士:只是HDR的附加效果

近期iPhone XS「自带美颜事件」引发了国内外网友讨论,现在相机App Halide的研发人员通过研究测试发现,所谓「自带美颜」实际上是「更好更积极的降噪,以及曝光合成后锐度降低」导致的。

TECH Sun, 14 Oct 2018

童年回忆大爆发!Game Boy游戏机手表萌翻

虽然现在APP种类繁多又好玩,但总觉得不如童年那台Game boy?现在你可以大大重温一番了!

TECH Tue, 14 Jan 2020

Cara Untuk Mengetahui Saiz Gambar Pada iPhone

Khusus untuk pengguna iPhone, salah satu kelemahan yang admin kurang gemar tentang iPhone ialah kesukaran untuk melihat saiz gambar yang terdapat pada galeri foto. Mungkin bagi sesetengah pengguna, perkara ini tidak begitu signifikan. Namun bagi […]

TECH Sat, 12 May 2018

Snapchat Lancar Spectacles V2, Kaca Mata Berkamera Boleh Guna Dalam Air

Wow Snapchat Spectacles V2 banyak kelebihannya, bila nak masuk pasaran Malaysia nie

TECH Tue, 3 Dec 2019

Instagram Kenal “Layout”, Ciri Terbaru Untuk Pengguna Tegar Stories

Pengguna boleh memuatkan sehingga 6 gambar sekaligus dalam satu paparan Stories.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Tukar Nama Paparan Twitter Kepada Elon Musk, Dan Akaun Anda Akan Dikunci

Sejak beberapa hari lalu, nama Elon Musk menjadi tular di laman Twitter. Ia bukan kerana usahanya dalam mengeluarkan mangsa yang terperangkap di gua Thailand, namun disebabkan penggunaan namanya oleh spam bot yang dikaitkan dengan pengiklanan penipuan matawang […]

TECH Sat, 4 May 2019

Cara hilangkan iklan “Pop-up” pada Chrome

Semoga bermanfaat perkongsian daripada kami.

TECH Tue, 31 Jul 2018

Tukarkan Video Youtube Terus Kepada Fail MP3

Berikut kami kongsikan cara mudah untuk tukarkan video kegemaran anda pada Youtube terus kepada fail Jenis MP3.

TECH Wed, 9 Oct 2019

IG取消「Following」追踪功能!再也法看到他人活动纪录

Instagram 最新抛出震撼弹,取消「追踪中」的所有活动纪录!

Automobile Fri, 25 Jan 2019