TECH By: SGMS Putri December 13, 2018 @ 11:00am

3 Aplikasi Asas Ini Boleh Jadikan Anda Pelukis Digital Terhebat!

Sejak awal pembelajaran terutama di tadika, kita sudah didedahkan dengan subjek lukisan.
 
Siapa boleh lupa lukisan pemandangan yang mempunyai gunung, rumah, matahari dan burung yang menjadi kebiasaan ketika zaman kanak-kanak. Tidak ketinggalan lukisan orang lidi.
 
Bagaimanapun, itu hanya permulaan bagi memupuk minat dalam melukis. Saban tahun kita pula didedahkan dengan teknik lukisan yang lebih menarik dan kreatif.
 
Ketika di sekolah rendah, boleh dikatakan pensil warna jenama Luna dan Faber Castell pastinya menjadi dambaan semua murid sebelum beralih kepada jenama Buncho.
 
Semua itu kenangan yang pasti tidak boleh dilupakan ketika di zaman persekolahan. Mungkin ada yang masih meneruskan minat berkenaan, tidak kurang juga ada yang melakukan aktiviti melukis ini ketika di masa lapang.
 
Namun, pada zaman teknologi yang bergantung hampir sepenuhnya kepada telefon pintar dan tablet, terdapat banyak aplikasi yang sangat sesuai untuk mengembalikan minat berkenaan.
 
Bagi anda yang tidak mahu mensia-siakan bakat terpendam itu, Rojak Daily Skop! senaraikan tiga aplikasi yang patut anda cuba:
 
1. ADOBE ILLUSTRATOR DRAW
 

Aplikasi melukis di bawah 'keluarga' Adobe.

PIC: GOOGLE PLAY STORE

Aplikasi melukis di bawah ‘keluarga’ Adobe.

Terdapat dua aplikasi melukis di bawah Adobe iaitu Illustrator Draw dan Photoshop Sketch.
 
Bagaimanapun, Illustrator Draw lebih sesuai kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih menyeluruh termasuk penggunaan layer dan pilihan pen sebanyak lima jenis dengan ciri boleh laras pada setiapnya.
 
Malah, anda boleh zum hingga 64 kali untuk melukis secara terperinci.
 
Apa yang menariknya aplikasi ini, ia juga boleh dibawa masuk ke komputer anda untuk disunting menggunakan perisian Adobe lain. Kemudahan ini membolehkan anda mencipta lukisan yang lebih hebat!

2. ART FLOW
 

Antara aplikasi yang menyediakan banyak variasi berus.

PIC: CAFEBAZAAR

Antara aplikasi yang menyediakan banyak variasi berus.

Aplikasi ini berbayar tetapi fungsinya mungkin membuatkan anda terpaku seketika. Hanya menggunakan aplikasi ini, anda mempunyai 70 jenis berus untuk menghasilkan lukisan yang lebih terperinci!
 
Nampaknya aplikasi ini bukan biasa-biasa. Bagi ciri lapisan pula, ia membenarkan pelukis mencipta sehingga lapan lukisan bergantung kepada kemampuan atau jenis peranti yang digunakan.
 
Anda kemudian boleh mengeksport hasil berkenaan kepada format JPEG, PNG atau PSD untuk dibawa masuk kepada Adobe Photoshop.
 
Jika anda menggunakan peranti jenama Nvidia, anda mempunyai kelebihan untuk menggunakan pen Nvidia Direct Stylus yang bakal membuatkan lukisan anda lebih mudah dan sempurna.

3. LEARN HOW TO DRAW
 

Aplikasi buat yang baru mengasah bakat.

PIC: GOOGLE PLAY STORE

Aplikasi buat yang baru mengasah bakat.

Jika anda merasakan anda tidak mempunyai bakat tetapi masih berminat untuk melukis, aplikasi ini adalah yang paling tepat untuk memulakan perjalanan sebagai pelukis.
 
Aplikasi ini akan mengajar anda cara terbaik untuk melukis daripada perkara asas sehinggalah kepada professional.
 
Bagaimanapun, disebabkan aplikasi ini dihasilkan oleh pelukis komik terkenal Will Sliney, anda mungkin melihat kebanyakan gaya lukisan ini lebih menjuruskan kepada gaya komik.
 
Setiap minggu aplikasi ini akan mengeluarkan tutorial yang berbeza, jadi ia amat sesuai untuk mengasah bakat anda.
 
Anda boleh muat turun di Play Store.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Dec 2022

Neelofa Kongsi Perkembangan Terbaru Bilal – “Boleh Berjalan Dah Dia!”

Pengacara dan usahawan terkenal Neelofa berkongsi mengenai perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini sudah boleh bertatih walaupun baru mencecah usia sepuluh bulan. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @lofa.world di TikTok, Neelofa menceritakan situasi

Hiburan Wed, 21 Nov 2018

Sejauh manakah Spekulasi Hubungan Alyah Dan Datuk Ramli MS?

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Alyah dan Tok Ram

Featured Wed, 23 Nov 2022

Simpati Dengan Petugas Media, Azad Jazmin Belanja Makan Di Istana Negara

Alhamdulillah.. semoga diluaskan lagi pintu rezeki Pak Azad

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Pergi Tak Kembali… Al-Fatihah Buat Penyanyi Azreen Manan

Menurut Shah, Allahyarham yang berusia 41 tahun menghembuskan nafas terakhirnya dengan tenang di sisi keluarga dan sahabat terdekatnya.

Hiburan Wed, 12 Dec 2018

‘Ku Bersuara’ Rungkai Kisah Sebenar Hidup Ernie Zakri

Lebih istimewa, lirik lagu Ku Bersuara merupakan tulisan sahabat baiknya, Syamel bersama Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

familuv Thu, 19 Jan 2023

Anak Arwah Siti Sarah Manja Tidur Bersama Raissuddin Hamzah, Netizen Kata Uwais Dah Faham Erti Kehilangan Gara-Gara…

Anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah iaitu Uwais Al-Qarni meraih perhatian ramai kerana gelagat manja bersama datuknya, Raissuddin Hamzah. @suciuwais Uwais buat atok tak tido malam macam ni. Anxiety terus atoknya ☺️ #uwaisalqarni #atok

Hiburan Mon, 14 May 2018

Jadikan Bruno Mars Sebagai Idola, Syamel Ubah Haluan?

Syamel membuat keputusan tersebut selepas mendapat inspirasi dan timbulnya rasa kagum terhadap penyanyi antarabangsa  yang juga merupakan idolanya, Bruno Mars ketika menyaksikan konsert penyanyi itu di Axiata Arena pada 9 Mei lalu

Featured Fri, 23 Sep 2022

[VIDEO] Didakwa Abai Nafkah Anak-Anak Lebih 10 Tahun! Bekas Isteri Minta Cliff Umar Tunaikan Janji – “Saya Dah Penat”

Alahai kesiannya dekat anak-anak lebih 10 tahun terabai 😥 Semoga ada jalan penyelesaian!

TECH Mon, 16 Jul 2018

Google Gboard Ditambah Dengan Ciri Kod Morse

Kod morse dicipta oleh Samuel Morse sekitar tahun 1836 yang mana maklumat dihantar menggunakan isyarat elektrik menggunakan talian kabel oleh sistem telegraf. Kaedah komunikasi itu kini telah mula dilengkapkan pada aplikasi Google Gboard hasil kerjasama

TECH Mon, 28 Jan 2019

网页版十年挑战!还记得脸书、Youtube等网站十年前的模样吗?

你十年挑战了吗?最近在社群中颇为热门的 #10yearchallenge,引起了一波回顾潮;你每天刷刷脸书之外,还会造访什么网站呢?我们就来个十年挑战网页版……

| Live TV