TECH By: Rosli Ab Rahman April 6, 2019 @ 12:30pm

3 Fungsi Baru Ini Bakal Mantapkan Pengalaman Spotify Anda

Spotify menular jauh kedalam kehidupan dan merubah cara kita mendengar muzik selama-lamanya. Pastinya ada generasi baru yang tak mengenali .mp3, winamp dan yang seangkatan dengannya. Seorang pengguna Spotify yang gemar melakukan kejuruteraan balikan mengesan beberapa fungsi baru yang ditanam dalam APP Spotify yang masih belum diaktifkan dan yakin ia akan diaktifkan tak lama lagi.

Ini adalah tiga fungsi baru yang akan tambah baik pengalaman ber-Spotify anda tak lama lagi.

1. Import masuk lagu dari luar masuk ke Spotify

Ini adalah ciri yang paling gempak pernah ada pada Spotify. Selama ini, semua lagu yang anda dengar ditarik daripada storan awan miliki Spotify. Tapi, kadang kala anda dapati ada lagu “rock kapak” yang tidak tersenarai di Spotify. Jika anda ada salinan digital lagu itu, Spotify boleh mengimport masuk untuk didengari bersama-sama dengan lagu dalam talian yang lain.

Anda ada koleksi lagu rare? Import saja masuk ke Spotify (sumber gambar)

2. Simpan episode podcast tertentu untuk didengar kemudian

Kalau anda masih tak tahu, Spotify pun ada menyediakan kandungan Podcast. Sekarang, jika saya berminat dengan episode podcast tertentu, saya terpaksa Favorite-kan Podcast itu dan cari episode itu secara manual kemudian. Tapi dalam kemas kini baru kelak, anda boleh tanda episode itu untuk didengari kelak.

Sebelum ini, anda hanya boleh tanda favourite untuk saluran podcast itu, bukannya pada episode (sumber gambar)

3. UI Your Library diperkemas

Bahagian Your Library turut diperkamas Spotify. Tidak lagi suram, ia bakal jadi lebih meriah dengan halaman menu boleh ditatal ke kiri dan kanan. Lagu-lagu yang ditandakan anda sebgai Favorite boleh ditukarkan kepada Playlist.

 

Kelak anda boleh tuakarkan lagu yang ditandakan favorite menjadi playlist (sumber gambar)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 15 Apr 2022
TECH Sun, 14 Oct 2018

Download Gambar dan Video di Instagram dari HP Android

Tidak terlalu rumit bukan cara download foto dan video di Instagram dari HP Android?

Featured Mon, 16 Jan 2023

Duan Naga Bogho Angkat Martabat Jati Diri Orang Kelantan

Cerita ni best! wajib tengok okay….👍👍👍

#SkoolXTRA Tue, 16 May 2023
Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Faye Lahirkan Anak ‘ADAM50’ Di Kalangan Artis!

Agaknya artis mana yang akan mendahului permohanan pendaftaran secara dalam talian ini  atau memberi laluan sahaja kepada keluarga yang lebih memerlukan?