TECH By: SGMS Putri June 29, 2019 @ 12:55pm

5 Platform Penguji Kelajuan Internet Yang Anda Boleh Gunakan

Kadangkala kita tertanya-tanya dengan sambungan internet yang kita gunakan. Langgan 100Mbps tetapi kelajuan untuk akses internet kalah zaman dial up.

Untuk tujuan itu, platform penguji kelajuan dibangunkan dengan tujuan memberikan gambaran tentang sambungan internet anda.

Banyak platform yang ditawarkan dan ini merupakan 5 penguji kelajuan internet yang terbaik anda boleh gunakan.

1. Speedof.me

Penguji ini dibangun berasaskan HTML 5 yang mana ia lebih ringan. Ujian dilakukan dengan memuat turun dan memuat naik sampel pelbagai saiz dan graf akan menunjukkan masa untuk setiap proses itu dilakukan.

Ia tidak memilih lokasi pelayan, tetapi terus membuat perkiraan paling cepat dan paling boleh dipercayai dari 88 pelayan yang tersedia.

Fail yang dimuat naik serta dimuat turun secara turutan dan bukannya secara serentak untuk meniru keadaan sebenar ketika melayari internet.

2. Speedsmart

Ok sebut betul-betul. Ya, nama hampir sama dengan rangkaian kedai serbaneka tetapi ini penguji rangkaian internet.

Sama seperti Speedof.me, Speedsmart adalah platform HTML5 yang tidak memerlukan sebarang plug-in seperti Java atau Flash.

Ia menawarkan paparan ringkas tentang laju muat turunmuat naik dan maklumat ping dari sambungan internet anda.

3. Testmy.net

Ujian muat turun dan muat naik adalah berasingan. Jika anda mahukan ujian yang menggabungkan kedua-duanya, terdapat pilihan ujian automatik.

Turut memaparkan graf disamping beberapa informasi tambahan berguna untuk anda baca.

4. Speedtest.net

Penguji kelajuan internet yang popular dalam kalangan kita. Menggunakan teknologi gabungan dari kepintaran dan kelajuan. Ia memilih pelayanberhampiran, membuat ujian penuh, dan memberikan informasi muat turunmuat naik, kadar latensi dan kadar kehilangan paket.

5. Fast.com

Laman penguji kelajuan sambungan yang dioperasikan oleh Netflix. Syarikat penstriman itu membangunkan Fast.com bertujuan untuk membantu pengguna menilai tahap kelajuan internet sama ada mampu atau tidak mengakses kandungan mereka.

Itulah 5 laman penguji kelajuan internet terbaik yang boleh anda gunakan. Anda pengguna salah satu yang disebutkan diatas atau ada lagi platform lebih baik ingin dikongsikan? Boleh tulis ruangan komen.

Sumber: Digital Trends

Sumber gambar utama: High speed internet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 9 Mar 2018

Tips Untuk Mengelak Muat Turun Fail Yang Mempunyai virus

Pernahkah anda memuat turun fail dan mendapati fail tersebut mempunyai virus? Keseronokan memuat turun pelbagai aplikasi pada PC boleh bertukar kepada malapetaka sekiranya tiada sebarang langkah – langkah pencegahan yang diambil.

TECH Mon, 29 Oct 2018

6 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Telefon Android Lama

Tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan telefon lama anda?Bacalah tips ini.

TECH Tue, 30 Jul 2019

IPhone Tahun 2020 Bakal Dapat Sokongan 5G?

Pada tahun 2020 adalah satu sasaran utama untuk keluaran model iPhone dengan sokongan 5G.

TECH Mon, 8 Jul 2019

Cara Menukar Tanda “Bluetick” Kepada simbol Lain Pada Whatsapp

kepada anda yang berasa bosan dengan penampilan yang sedia ada pada Whatsapp, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah tanda Bluetick kepada ikon yang lebih menarik.

TECH Thu, 10 Jan 2019
TECH Sat, 9 Feb 2019

Cara Install Google Current Pada Android Smartphone

Aplikasi yang memudahkan lagi pembaca untuk mengikuti perkembangan terkini sesebuah laman web ataupun blog yang mereka minat!

TECH Thu, 4 Jul 2019

CyberSecurity Malaysia Harumkan Nama Negara

Menjadi Juara Dalam Pertandingan Siber Antarabangsa

TECH Wed, 16 May 2018

Harga Langganan Untuk Khidmat Storan Google Kini Lebih Berpatutan

Google One yang terbaru dan terkini dari Google , apa yang menarik tentang Google One kenalah baca

Automobile Sat, 10 Feb 2018

KERETA ELEKTRIK KENDERAAN MASA DEPAN?

Tan Chong Motors  menunjukkan satu daripada tiga pengguna Asia Tenggara merancang untuk membeli sebuah kereta elektrik.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Potongan Harga Sebanyak RM400 Untuk Huawei Mate 10 Pro

Hampir 8 bulan berada di pasaran Malaysia, harga jualan Huawei Mate 10 Pro dikemaskini dengan penurunan sebanyak RM400. Mula didagangkan pada tanda harga RM3099, peranti dengan skrin paparan 6 inci itu kini boleh dimiliki hanya pada nilai […]