TECH By: SGMS Putri November 11, 2018 @ 11:11am

Apa Dah Jadi Dengan mIRC, Friendster, Yahoo & MSN Messenger?

Pengguna Internet zaman sekarang mungkin tak pernah lalui rasa teruja masa berebut line telefon rumah semata-mata untuk chat dengan kawan-kawan di mIRC. Yang tak tahan tu, bunyi modemnya bukan main kuat dan berbeza sangat daripada sekarang. Bila dah dapat connect tu, boleh layan berjam-jam duduk depan komputer semata-mata nak tunggu kawan-kawan online.

Selepas berlalunya zaman itu, giliran Friendster dan MySpace pula mengambil alih. Disinilah mulanya era sosial media alaf baru. Ia memberikan peluang kepada pengguna untuk eratkan hubungan dengan memuatnaik profil masing-masing, berkongsi cerita, gambar, serta meninggalkan komen pada profil rakan-rakan.

Sekarang pula zaman Facebook, Instagram dan Twitter. Boleh dikatakan kebanyakan orang yang ada smartphone mesti ada salah satu daripada akaun sosial ini. Tapi, pernahkah anda terfikir apa yang sebenarnya berlaku pada media sosial yang pernah kita gunakan suatu masa dahulu?

APA YANG BERLAKU PADA IRC, FRIENDSTER, YAHOO & MSN MESSENGER

1. IRC

Yang pernah guna ni memang legend. Bagi yang tak tahu, IRC (Internet Relay Chat) adalah satu platform sosial yang terawal melalui komputer. Ditubuhkan pada 1995, ia dianggap sebagai antara pioneer dalam dunia komunikasi moden bagi tujuan berbual dengan rakan dan saudara dari merata tempat. Di Malaysia, antara channel yang popular adalah #kampung, #mamak, dan yang berasaskan umur seperti #18thn, #17thn dan sebagainya.

Namun, sekitar lewat 1990an hingga awal tahun 2000, pengguna sering tertumpu kepada dua cara komunikasi yang lebih up to date iaitu SMS dan chat secara online, contohnya menerusi messenger dan Skype.

Walaupun jumlah pengguna IRC jatuh merudum dengan munculnya media sosial terkini, sebenarnya sistem IRC masih hidup dan boleh dimuat turun ke komputer dengan features terbaru. Gamers contohnya lebih suka menggunakan IRC untuk berkomunikasi dengan rakan gamers lain kerana memudahkan mereka sambil bermain game di komputer.

Namun bagi kebanyakan orang, sistem chat sebegini tidak praktikal untuk dipakai zaman sekarang kerana orang lebih mudah menggunakan app yang ada di telefon pintar.

2. FRIENDSTER

Friendster ialah laman web sosial media yang terawal yang mendapat sambutan hangat pada awal tahun 2000. Platform ini antara yang terawal memperkenalkan kemudahan asas laman sosial seperti post pesanan ke profil kawan, komen, dan berkongsi media dan gambar.

Antara kekurangan laman web ini ialah Friendster gagal untuk fokus kepada perkongsian sosial antara pengguna. Kalau siapa yang ingat lagi, Friendster tak ada ‘News Feed’ seperti Facebook yang muncul beberapa tahun selepas itu. Jadi, tak banyak yang boleh dilakukan selain meng’update’ profil diri sendiri dan melihat profil rakan-rakan. Oleh itu, Facebook dengan pantas mendapat hati pengguna laman sosial kerana tarikan pada ‘News Feed’ yang lebih baik dan dinamik.

Pada tahun 2009, Friendster dibeli oleh MOL GLobal dan diubahsuai menjadi platform ‘gaming’ namun masih gagal mendapat perhatian daripada segenap pengguna Internet.

Interface terbaru Friendster. / Foto Kredit: geocities.ws

3. YAHOO & MSN MESSENGER

Selepas 20 tahun berkhidmat, Yahoo! Messenger baru sahaja mengumumkan penutupannya pada pertengahan tahun ini kerana tidak dapat bersaing lagi dengan apps pesanan masa kini. Yahoo!Messenger juga dikatakan antara laman chat yang terawal untuk digunakan kerana feature seperti sticker animasi yang berdialog dan siapa yang boleh lupakan butang BUZZ! yang kita gunakan untuk mengambil perhatian rakan chat. Agak menjengkelkan tapi itulah yang kita rindui.

MSN Messenger adalah antara laman chat terawal yang memperkenalkan featuresunik seperti emoticons dan kemudahan untuk bermain Minesweeper dengan rakan chat. Namun, tindakan MSN Messenger atau Windows Live Messenger mengalihkan pengguna kepada aplikasi Skype pada tahun 2014 kurang menjadi apabila Whatsapp juga menawarkan video call dengan lebih mudah dan percuma.

4. MYSPACE

Pada tahun 2005 hingga 2008, siapa yang tak ada akaun MySpace mungkin dianggap ketinggalan. Ketika ini, MySpace menjadi tumpuan pengguna Internet hingga menjadi salah satu laman web yang paling kerap dilayari di dunia pada tahun 2006. Google pun kalah! Pada tahun 2007, MySpace dinilai pada harga 12 Billion Dollar, namun kini ia sudahpun menjadi kenangan bagi sebahagian besar penggunanya.

MySpace pada awalnya memikat hati pengguna kerana mempunyai kemudahan ‘music streaming’. Walaupun ramai dah lupa password dan tak pernah ada akaun MySpace, sebenarnya ia masih lagi aktif di kalangan penggemar muzik. Seperti Youtube, Myspace ini ibarat radio yang membolehkan anda mendengar banyak lagu-lagu yang mungkin belum dipopularkan di media mainstream.

5. BAGAIMANA FACEBOOK, INSTAGRAM & TWITTER MENDOMINASI

Aplikasi sosial media yang paling top sekarang ini mestilah Facebook dan Twitter. Kedua-duanya mempunyai cara penggunaan dan sasaran berbeza. Pengguna Twitter lebih kepada yang berusia 18 ke lewat 20an. Facebook pula mempunyai audiens yang lebih besar daripada remaja hingga ke warga emas. Kedua-duanya mempunyai kekuatan tersendiri dan digunakan untuk mendapatkan berita terkini. Twitter menggunakan pendekatan lebih ringkas dan mempunyai ‘kuasa viral’ yang kuat manakala Facebook pula mengeratkan hubungan antara pengguna dengan lebih dekat.

Walaupun Twitter tidak mempunyai pengguna sebanyak Facebook, namun ia merupakan platform yang lebih straightforward dan ringkas. Ia juga tidak meleret seperti Facebook. Satu tweet tu pun ada limit patah perkataan. Namun, jika dalam bab perniagaan secara online, Facebook dan Instagram ada pilihan yang terbaik kerana produk lebih mudah dipamerkan kepada pelanggan. Aplikasi Instagram pula tertumpu kepada berkongsi gambar dan video kepada pengikut melalui post dan story.

YANG MANA ANDA PERNAH GUNA DULU?

Memang nostalgia betul bila mengimbau balik kenangan-kenangan masa menggunakan media sosial zaman ‘purba’ ni dulu. Siap ada yang dapat jodoh dan kekal sampai sekarang tau.

Apa yang boleh diringkaskan, sosial media adalah platform yang pantas berkembang seiring dengan teknologi. Zaman sekarang ni, memang banyak lambakan laman sosial media yang mempunyai pengguna tersendiri seperti Pinterest, LinkedIn, Quora, 9Gag, Wechat, Telegram dan sebagainya. Yang penting, kita sebagai pengguna perlulah meletakkan borderline dalam bersosial serta mengehadkan privasi terhadap akaun masing-masing supaya tak disalahguna. Mak ayah makin banyak kena tapis dah sekarang ni!

Sumber : siraplimau.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 30 Sep 2018

Watermark “Shot On” di Telefon Pintar Android

Yeay! Anda boleh berkongsi secara langsung dengan pelbagai media sosial melalui butang share saja tau.

TECH Tue, 10 Dec 2019

Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan. Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar […]

Events Thu, 17 Nov 2022
TECH Thu, 18 Jul 2019

Langkah Alternatif Pengganti Tombol Bunyi Pada Android

Kepada anda yang memiliki peranti Android yang rosak tombol bunyi, berikut kami kongsikan alternatif kepada masalah tersebut.

TECH Wed, 4 Jul 2018

OPPO Find X Mendarat Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Pertama kali dipersembahkan kepada umum pada 20 Jun yang lalu di acara yang berlangsung di Paris, OPPO Find X kini akan memasuki pasaran dalam negara. Satu foto imej dengan logo “X” telah dimuat naik Facebook […]

TECH Tue, 5 Jun 2018

未来的一天将有25个小时!

对那些工作狂来说,他们时常会觉得自己的每天都不够用,然而根据科学家们最新的一项研究成果,这点将在未来发生改变,未来的一天有望达到25个小时。

TECH Mon, 1 Oct 2018

Ketahui Lokasi Android Anda Dengan Hanya Sekali “Klik”

Bagaimana hendak ketahui lokasi android anda dengan hanya satu klik?Ketahuinya di sini.

TECH Mon, 31 Dec 2018

Cara Buang Latar Belakang Foto di Android

Pertama download dulu aplikasi Background Eraser dan install seperti biasa di Android

TECH Sun, 13 Jan 2019

Muat Turun Poco Launcher – Ringan Dan Banyak Perkara Menarik

Launcher ini digunakan pada Pocophone F1 boleh dikatakan agak menarik dengan beberapa fungsi terbina dan ringan untuk digunakan pada smartphone lain.

TECH Thu, 12 Dec 2019

Google Dedah Senarai Carian Terbanyak Sepanjang Tahun 2019

Wow, bagus juga informasi ini yang dikongsikan oleh Google