TECH By: SGMS Putri April 12, 2018 @ 7:35am

Apple Akan Berhenti Menyokong Aplikasi 32-bit Tidak Lama Lagi

Apple Inc dijangka akan mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna MacOS berkenaan keputusan mereka untuk tidak lagi menyokong aplikasi 32-bit tidak lama lagi. Pengguna MacOS akan mula menerima peringatan tersebut pada hari ini jika mereka membuka aplikasi yang hanya menyokong 32-bit pada MacOS High Sierra.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh wakil daripada Apple kepada Ars Technica. Aplikasi yang menggunakan 64-bit akan membantu sistem operasi untuk berjalan dengan lebih lancar dan pantas pada peranti Mac yang disokong oleh pemproses 64-bit. Perkara ini menjadi sebab mengapa pihak Apple mahu semua pembangun aplikasi Mac menggunakan 64-bit pada aplikasi mereka pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, proses peralihan ini masih lagi dalam fasa pembangunan, jadi para pengguna aplikasi 32-bit masih lagi boleh menggunakan aplikasi kegemaran mereka pada Mac sehingga satu tarikh yang masih belum dapat ditetapkan. Namun, semasa Worldwide Developers Conference 2017, pihak Apple telah menyatakan bahawa High Sierra akan menjadi versi MacOS terakhir yang menyokong aplikasi 32-bit.

Para pengguna peranti Mac dinasihatkan oleh pihak Apple untuk menghubungi pemaju aplikasi yang digunakan oleh mereka untuk mengenalpasti kemaskini aplikasi tersebut bagi versi 64-bit. Cara paling mudah untuk melakukannya adalah dengan melayari laman sesawang pemaju aplikasi-aplikasi tersebut. Pihak Apple turut memberi jaminan aplikasi 32-bit akan dapat digunakan tanpa sebarang masalah sehingga beberapa bulan akan datang.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Tech News Sun, 6 May 2018

7 Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Permainan Video

Permainan video merupakan salah satu industri yang berjaya di Amerika Syarikat dan bekas Presiden Obama melakukan langkah bijak untuk memanfaatkannya.

TECH Tue, 30 Oct 2018

Instagram荣登美国青少年最喜爱使用的社群平台

调查显示,全美国有高达85%的青少年平均每月至少使用一次Instagram!

TECH Sun, 3 Dec 2017

Tips Bagaimana Membuat Tetapan Pada Modem Untuk Akses Ke Laman Yang Disekat

Untuk tips kali ini kami kongsikan tutorial untuk membuat tetapan DNS terus pada modem

TECH Tue, 27 Mar 2018

Merakam Video Secara Sembunyi Pada Android

Pernahkah anda terfikir untuk merakam gambar secara sembunyi mengunakan telefon bimbit anda? Bunyinya persis “James Bond” tetapi hakikatnya, memang boleh! Pada kebiasaannya apabila merakam video memerlukan paparan rakaman pada layar peranti, ini akan menyebabkan agak sukar untuk […]

TECH Thu, 20 Sep 2018

Cara Sembunyikan Foto Dan Video Pada Kiriman Whatsapp

Kami kongsikan cara mudah untuk menyembunyikan gambar dan video daripada aplikasi Whatsapp.

TECH Fri, 10 Jan 2020
TECH Thu, 26 Jul 2018

Tiada Lagi Pemain Media VLC Untuk Pengguna Peranti Huawei

Pembangun pemain media terkenal VLC Player, VideoLabs telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menghalang muat turun aplikasi berkenaan melalui Play Store bagi pengguna peranti Huawei. Ia perlu dilakukan memandangkan ramai pengguna Huawei tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut. Kredit : The Android […]

TECH Tue, 13 Feb 2018

TELEFON BIMBIT: 5 PANDUAN HARUS TAHU

Sekiranya berada di satu kawasan yang tiada signal, hanya dail 112 bagi membolehkan peranti anda  mencari-cari network yang tepat untuk mendapatkan nombor kecemasan. Menariknya nombor 112 ini boleh di dail walau pun pad kekunci terkunci.

TECH Sun, 27 May 2018

Ribuan Kata Laluan Apple ID Bocor Gara-Gara Aplikasi Pemantauan Keselamatan Remaja, TeenSafe

Salah satu server mempunyai 10,200 rekod pada pangkalan data merangkumi emel utama yang digunakan untuk mendaftar akaun TeenSafe dan alamat emel Apple ID kanak-kanak.

TECH Thu, 10 Jan 2019