TECH By: SGMS Putri April 8, 2018 @ 8:20am

Apple Bakal Lancarkan iPhone 8 dan 8 Plus Versi Merah

Apple Inc dijangkan akan melancarkan satu lagi pilihan warna iaitu warna merah bagi peranti iPhone 8 dan 8 Plus seawal-awalnya hari ini. Menurut MacRumors, pelancaran warna baru ini adalah sebahagian daripada kerjasama pihak Apple Ince dengan sebuah organisasi yang berfokuskan kebajikan global, (RED). Untuk pengetahuan semua, (RED) adalah sebuah badan yang banyak bekerjasama dengan syarikat terkemuka bagi memberi lesen hak pengeluaran produk yang menggunakan jenama mereka, Product (RED) demi meningkatkan kesedaran sektor swasta terhadap masalah HIV/AIDS di benua Afrika.

Pada awalnya, Apple diberitakan akan mengeluarkan pilihan warna ini bagi model iPhone 8 dan iPhone X, namun pada memo yang dikeluarkan oleh pihak Virgin Mobile hanya menyebut berkenaan model iPhone 8 dan 8 Plus sahaja. Sebelum ini, Apple sudah menggunakan reka bentuk Product (RED) pada produk keluaran mereka iaitu iPod dan iPad sebelum yang terbaru, menggunakannya pada iPhone 7 tahun lepas. Menurut memo dari pihak Virgin Mobile itu lagi, reka bentuk terbaru ini akan berada dalam stok tersedia Apple bermula pada hari ini, 9 April dan sudah boleh mula dipra-pesan.

Selain itu, terdapat juga laporan yang menyebut model iPhone X versi warna emas akan dilancarkan dalam masa terdekat namun, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak Apple berkenaan perkara tersebut. Berkenaan dengan jualan bagi model keluaran dengan reka bentuk (RED) ini, sebahagian besar dari hasil jualan akan disumbangkan ke dalam tabung kebajikan bagi digunakan untuk program anjuran mereka. Bagi pihak Apple pula, projek ini dijangkan mampu untuk menaikkan jualan unit bagi iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Wed, 1 Aug 2018

Airbag启动会烫伤手?你必须知道它是如何启动的!

只要知道气囊(Air-bag)的原理,那么你就不会有那么多疑问了!

TECH Tue, 23 Jul 2019

消除心理压力! IG推隐藏贴文按赞数

会影响心情! IG尝试「隐藏贴文赞数」,消除用户心理压力~

TECH Sat, 14 Apr 2018

Cara Mengatasi Masalah Whatsapp Tidak Dapat “Video Call”

Ramai yang mengadu tidak dapat membuat video call dengan menggunakan aplikasi WhatsApp. Masalah ini antara yang sering terjadi kepada pengguna aplikasi Whatsapp. Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. […]

TECH Mon, 6 May 2019

成人内容回归Tumblr有望? Pornhub透露有意收购

近期Verizon计画出售社群平台Tumblr,Pornhub透过媒体表示有意收购。

TECH Sat, 25 Nov 2017

Asli Atau Palsu? Cara Menguji Keaslian Telefon Pintar Anda

Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada peranti yang anda miliki selama ini adalah asli atau pun palsu (tiruan)?

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

TECH Sat, 2 Feb 2019

Jangan Panggil Semula Atau Jawab Panggilan Antarabangsa Yang Tak Dikenali

Patutkah jawab semula atau jawab panggilan antarabangsa yang tak diketahui?……dan kenapa!

TECH Fri, 8 Jun 2018

Sunting Gambar Berwarna Dengan Latar Belakang Hitam Putih

Artikel kali ini akan menunjukkan cara mudah membuat suntingan gambar berwarna dengan latar belakang hitam putih.

TECH Tue, 16 Oct 2018

Cara Menggunakan Animoji Dalam Gaya iPhone

Anda juga boleh menukar latar belakang dan menambah kesan khas untuk membuat animasi emoji lebih menarik.

TECH Tue, 1 May 2018

Ais Kacang – Aplikasi Podcast Yang Anda Patut Cuba

Ais Kacang adalah antara hidangan kegemaran rakyat Malaysia apa lagi ketika cuaca yang panas. Ais Kacang tambah cendol dan durian, perghhh…tak terkata lazatnya! Namun demikian, tahukah anda, Ais Kacang juga adalah satu nama aplikasi podcast […]

| Live TV