TECH By: SGMS Putri July 5, 2018 @ 5:06pm

Apple Mahu Wujudkan Kerjasama Strategik Dengan Hewlett Packard Enterprise

Apple dilaporkan sedang berusaha untuk mewujudkan satu kerjasama strategik business-to-business(B2B) dengan syarikat Hewlett Packard Enterprise(HPE). Ianya tersebar secara meluas apabila Apple memuatnaik satu iklan jawatan kosong di laman LinkedIn dan perkara itu disedari oleh pihak The Register.

Kerjasama ini amat penting bagi pihak Apple kerana ia akan membolehkan mereka untuk menjual produk mereka kepada lebih banyak perusahaan. Apple sebelum ini telah bekerjasama dengan pelbagai syarikat atas tujuan yang sama seperti IBM, Cisco dan Deloitte.

Melalui kerjasama berkenaan, Apple telah berjaya untuk menjana pendapatan sehingga $25 billion(~RM 101 billion) daripada penjualan produk mereka. Menurut kiriman mereka di laman LinkedIn, Apple sedang mencari calon untuk mengisi jawatan Pengurus Rakan Strategik Perusahaan bagi HPE.

Walaupun iklan ini sudah dikirimkan sejak lebih sebulan yang lepas, Apple dilaporkan masih lagi belum menemui calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan berkenaan. Antara kriteria calon yang dikehendaki mereka ialah calon perlu memiliki ijazah dalam bidang perniagaan serta memiliki pengalaman sebagai Pengurus Rakan Strategik sebelum ini.

Kerjasama ini dijangka akan membantu Apple dalam menyelesaikan beberapa masalah seperti hubungan mereka dengan pelanggan yang mengalami sedikit ketegangan kebelakangan ini. Ia terjadi selepas mereka dilaporkan sengaja menurunkan prestasi beberapa produk mereka tanpa alasan yang kukuh.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 12 Oct 2018

Kongsi Step Mudah Ibu Bapa Perlu Buat Untuk Pantau Handphone Anak

Kemajuan teknologi sudah banyak mendedahkan kanak-kanak dengan gejala yang tidak sihat. Lihat sahaja kes yang dilaporkan di media massa, di usia mentah mereka sudah terpengaruh dengan perkara negatif, salah satu puncanya adalah menggunakan gadjet seperti […]

TECH Wed, 21 Aug 2019

Lihat Semula Kata Laluan WiFi Yang Disimpan Pada PC

Senang bila ada cara ini tidak perlu risau

TECH Sun, 20 Jan 2019

Modem 4G Rumah Terbaik Mampu Milik

Berikut kami kongsikan 2 jenis modem 4g versi rumah yang berkuasa tinggi dan mampu milik.

TECH Wed, 20 Jun 2018

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

Anda perlukan aplikasi ‘Office’ tanpa perlu ‘install’?Anda bole cuba cara ini.

TECH Thu, 2 Nov 2017

Projek 30 – Penyelesaian Bagi Masalah Pembaziran Makanan #MyEDTECH2018

embaziran makanan sering menjadi topik utama di Malaysia. Pembaziran makanan adalah satu perkara yang sering dipandang remeh oleh manusia pada masa kini.

TECH Wed, 7 Mar 2018

Samsung「包下」世界第一高楼为Galaxy S9造势

SAMSUNG向来在营销和广告上的投入向来是不吝成本,只为更好的向世界宣传自家产品。为了能更好地推广自家的新旗舰Galaxy S9系列,近日SAMSUNG更是「包下」了世界第一高楼——迪拜哈利法塔(Burj Khalifa)来为Galaxy S9打广告!

TECH Thu, 18 Jan 2018

Recycle Bin Untuk Pen drive atau USB Drive Anda

Pendrive anda memerlukan ‘Recycle Bin’? Kami ada caranya.

TECH Thu, 24 May 2018

Buang Rakan Dari Group WhatsApp Kolej, Admin Kena Tikam

WhatsApp diserang seorang dari ahli yang merasa kecewa kerana dibuang dari group itu

Events Thu, 17 Nov 2022
TECH Sat, 27 Jan 2018

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

Kami kongsikan cara yang boleh digunakan untuk memadam fail pendua khusus pada peranti iPhone.