TECH By: SGMS Putri April 25, 2018 @ 6:17am

Bila Harga Menjadi Persoalan Samsung Galaxy A8, Peranti Seksi Kalis Air Bersama Dwi-Kamera Swafoto

Samsung adalah merupakan jenama telefon pintar yang sentiasa mengeluarkan peranti terbaru naik taraf mereka.

Samsung Galaxy A8 dan Galaxy A8 Plus (2018) merupakan pengganti kepada model sebelumnya, Galaxy A7. Galaxy A8 dan A8 Plus menjadi taruhan Samsung untuk kelas pertengahan, namun tak dapat dinafikan Samsung pada ketika ini ditenggelami oleh beberapa model peranti keluaran China dalam segmen ini yang jauh lebih murah pada spesifikasi yang sama.

Pada kami, jawapannya mudah, Samsung mahu mengekalkan status jenama kepada pengguna dan ekslusiviti. Pada masa yang sama Samsung turut memperlihatkan beberapa ciri yang hanya ada pada flagship dalam membawakan nilai tambah kepada peranti kelas pertengahan mereka.

1. Rekaan Luaran (8/10)

Samsung nampaknya telah merombak rekabentuk untuk Galaxy A8 dan A8 Plus menjadikanya antara peranti yang elegen dan seksi. Pada kami binaan di bahagian sisi sangat kemas. Dengan binaan kaca di bahagian panel belakang membuatkan peranti ini sangat selesa dipegang. Rasa premium.

Dibahagian hadapan Galaxy A8 dibina dengan skrin Super AMOLED pada ukuran 5.6 inci manakala Galaxy A8 Plus pada ukuran 6 inci. Tiada komplen untuk paparan skrin kerana pada hemat kami, Samsung adalah raja kepada pembuatan skrin AMOLED pada ketika ini.

Kedua-duanya dengan resolusi HD penuh pada nisbah 18.5:9. Ini menjadikan Galaxy A8 peranti kelas pertengahan pertama dari Samsung yang mengetengahkan rekaan Infinity Display. Alangkah indahnya kalau Samsung turut menambah rekaan sisi lengkung ‘edge’ seperti Galaxy S8 dan S9.

Agak janggal apabila Samsung meletakkan pembesar suara dibahagian tepi kanan peranti. Tetapi bila difikirkan semula, pembesar suara dibahagian tepi sangat membantu apabila peranti berada dalam kedudukan melintang ketika menonton video misalnya.

Tetapi agak mengecewakan apabila peranti ini hanya menawarkan pembesar suara mono.

Kedudukan slot kad sim diletakkan dibahagian tepi kiri peranti bersama butang laras suara. Samsung turut memberi slot tambahan kad sim yang diletakkan dibahagian atas bersama slot kad SD.

Dibahagian bawah diletakkan port pengecasan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Kedudukan pengimbas cap jari berbeza dengan Samsung Galaxy S8 yang diletakkan ditepi kamera membuatkan pengguna sering tersalah sentuh kamera secara tidak sengaja. Samsung mengubah pengimbas cap jari ke bawah kamera untuk Galaxy A8 dan A8 Plus. Namun kami masih lagi tersilap menyentuh kamera untuk mengimbas cap jari ketika menggunakan peranti ini.

2. Spesifikasi Dalaman (6.5/10)

Samsung Galaxy A8 dan A8 Plus dibina dengan cip pemprosesan Exynos 7885 bersama pemprosesan grafik Mali G71. Ianya hadir dengan 2 teras Cortex A73 pada 2.2GHz dan 6 teras Cortex A53 pada 1.6GHz.

Galaxy A8 dibina dengan storan dalaman 32GB manakala A8nPlus dengan storan 64GB. Seperti biasa anda boleh membesarkan lagi storan dengan kad SD sehinga 256GB.

Varian A8 hadir dengan RAM bersaiz 4GB manakala A8 Plus dengan 6GB. Untuk kegunaan harian di media sosial memang lancar namun apabila kami bermain ‘game’ seperti PUBG Mobile, peranti ini mula menunjukkan kelemahannya.

3. Antaramuka (7.4/10)

Samsung Galaxy A8 dan A8 Plus mengetengahkan antaramuka Samsung Experience 8.5 bersama Android 7.1.1. Pengguna boleh membuka laci aplikasi dengan hanya swipe ke atas dan ke bawah.

Pada kami, Samsung Experience 8.5 nampak lebih bersih berbanding UI sebelumnya. Samsung membawakan beberapa aplikasi khas untuk peranti Samsung seperti Samsung Pay, Samsung Health, Smart Things.

Aplikasi seperti Galaxy Apps dan Samsung Members masih lagi dikekalkan dan pada kami ianya boleh diklasifikasikan dalam aplikasi bloatware.

Peranti ini turut menyokong ciri Always On Display, sangat serasi dengan skrin OLED. Ciri yang menarik perhatian kami adalah seperti Dual Messenger, satu aplikasi yang membenarkan penggunaan dua akaun serentak.

Satu lagi ciri yang pada kami sangat membantu adalah Easy Mute dimana pengguna dapat mematikan nada dering dengan hanya meletakkan tangan di atas skrin, seperti menutup mulut orang sedang menjerit. Yang ini cool.

Kemudahan seperti Game Launcher juga memudahkan pengguna merakam video aplikasi permainan serta mematikan kesemua notifikasi apabila ia diaktifkan, supaya mood bermain tidak terganggu.

4. Kamera (6.8/10)

Peranti ini memiliki kamera utama 16-Megapiksel f/1.7. Ianya dilengkapi dengan panstabilan imej elektronik. Ada boleh nampak dengan jelas kesan EIS apabila kamera bergegar terutamanya ketika memegang dengan sebelah tangan.

Hasil gambar dalam keadaan cerah

Hasil gambar dalam keadaan gelap

Kalau anda dapat perhatikan, hasil gambar dalam waktu cerah menghasilkan gambar yang agak memuaskan. Warna gamut yang dihasilkan agak sederhana tetapi pada kami sudah cukup memuaskan.

Namun pada waktu gelap, seperti kamera pada peranti lain, kita boleh nampak kelemahan pada kamera Galaxy A8 dan A8 Plus. Dengan aperture besar f/1.7 dan EIS, sedikit sebanyak membantu dalam menghasilkan kualiti gambar yang baik.

Adalah lebih baik jika anda memiliki tripod supaya kamera tidak bergegar pada waktu malam. Kami terpaksa mengambil gambar beberapa kali untuk mendapat ‘shot’ yang tajam dengan cara ‘handheld’ pada waktu malam.

Untuk kamera swafoto pula, ianya dibina dengan lensa 16MP+8MP, kedua-duanya pada f/1.9 bersama sokongan EIS. Dengan sistem dwi-kamera peranti ini membawakan fungsi Live Focus dalam menghasilkan gambar ‘BOKEH!’.

Maka dengan ini menjadikan ianya peranti pertama dari Samsung yang membawakan sistem dwi-kamera selfie.

Kamera swafoto dengan fungsi Live Focus pada waktu malam

Kamera swafoto tanpa Live Focus

5. Bateri (7.6/10)

Galaxy A8 dimuatkan dengan kapasiti bateri 3,000mAh manakala Galaxy A8 Plus pada 3,500 mAh.

Galaxy A8 dan A8 Plus juga hadir dengan sokongan pengecasan pantas Samsung Adaptive Quick Charging. Mengecas dari 0% hingga 50% mengambil masa selama sekitar 30 minit dan pengecasan penuh sekitar 1 jam 20 minit untuk kedua-dua peranti.

6. Rumusan (7.3/10)

Samsung Galaxy A8 dijual di pasaran pada harga RM1,799 dan Galaxy A8 Plus pada RM2,499. Jika diamati dengan lebih teliti, anda boleh mendapatkan peranti flagship dari China untuk takuk harga sebegini. Tetapi siri Galaxy A8 (2018) hadir dengan ciri kalis air IP68 yang jarang kita lihat pada jenama telefon pintar yang lain walaupun pada peranti flagship mereka.

Faktor Yes!

Rekaan yang menarik, skrin AMOLED yang cantik, kamera utama memuaskan, antaramuka Samsung Experience ditambahbaik untuk kesenangan pengguna dan sokongan kalis air IP68.

Faktor Euww!

Prestasi pembesar suara mono yang sederhana, ciri Live Focus pada kamera selfie yang kurang memuaskan dan harga yang pada kami sepatutnya diturunkan sedikit dalam bersaing dengan peranti kelas pertengahan yang lain.

Kredit: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 1 May 2018

Asal Usul Nama Burung Twitter

Nama burung Twitter di logo itu adalah Larry. Dia diberi nama sempena seorang permain bola keranjang iaitu Larry Bird yang bermain untuk pasukan kegemaran Biz Stone’s ,Bolton Celtics.       Logo burung itu bukan […]

TECH Mon, 16 Jul 2018

Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

Topik mengenai Android dan iOS merupakan satu perkara yang sering diperdebatkan. Tidak kiralah dari segi kehebatan sistem operasi hinggalah kepada prestasi perkakasan. Masing-masing mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tersendiri. Namun berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan sepanjang […]

TECH Sat, 22 Jun 2019

Aplikasi Android, Cymera Jadikan Camera Phone Seperti DSLR

Cymera mampu jadikan kamera telefon pintar anda seperti DSLR dengan menambah efek padanya.

TECH Tue, 20 Aug 2019

Buang Malware Dari Komputer Windows

5 Cara Ini Mungkin Dapat Membantu Komputer Anda Dari Virus Malware

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Nokia 6.1 Dalam Perjalanan Ke Malaysia?

Nokia Mobile MY telah mempertontonkan video peranti Nokia 6.1 dengan ayat membayangkan peranti tersebut akan mula mendarat di Malaysia. Mengikut maklumat dari Nokia Malaysia, setakat ini cuma peranti Nokia 7 Plus dan Nokia 1 sahaja yang dibawa masuk secara rasmi oleh […]

TECH Wed, 17 Jan 2018

Cara Melepasi “Website” Yang Disekat Tanpa Perlu Sebarang Aplikasi

Ingin melayari Website yang di’Blocked’ tanda sebarang aplikasi? Cubalah tips ini.

TECH Wed, 20 Feb 2019

不只心情更好!暂停使用Facebook连政治倾向都少了

研究发现,关闭Facebook帐号的人,过得更快乐。

TECH Thu, 5 Jul 2018

Palam Kuasa Pengecasan iPhone Dengan Sambungan USB Type-C Tertiris

Sebelum ini telah tular beberapa ura-ura berkenaan penggunaan sambungan USB Type-C pada model iPhone keluaran tahun ini. Ura-ura berkenaan semakin hampir untuk menjadi kenyataan apabila beberapa imej palam kuasa bagi perantiiPhone dengan sambungan USB Type-C telah tertiris. Kredit : Slashleaks & […]

TECH Fri, 13 Jul 2018

AMD Bersama-Sama Synaptics Bangunkan Sistem Biometrik Untuk PC

Advanced Micro Devices dan Synaptics akan bekerjasama dalam membawakan sistem keselamatan biometrik ke dalam PC. AMD melalui cip Ryzen mereka dan Synaptics melalui sensor FS7600 Match-In-Sensor akan digabungkan bersama bagi mewujudkan sistem keselamatan yang boleh diharapkan. Tidak dipastikan lagi […]

TECH Sun, 5 Aug 2018

10 Aplikasi VPN Untuk Android Yang Boleh Anda Cuba

Berikut adalah 10 aplikasi VPN yang boleh anda cuba untuk peranti android.

| Live TV