TECH By: SGMS Putri October 24, 2018 @ 12:09pm

Cara Kenal Pasti Isyarat Telco Terkuat Untuk Kawasan Anda

Sedang mencari telco yang bersesuai dengan tempat tinggal anda tapi tak tahu yang mana lebih bagus? OpenSignal mungkin boleh bantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

OpenSignal merupakan sebuah aplikasi yang mana anda boleh mengenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan. Melaluinya juga anda boleh menguji kelajuan, mencari menara telco dan WiFi Hotspot yang terdekat.

Muat turun OpenSignal dari Google PlayStore atau App Store, dan setelah siap dimuat turun, buka untuk aktifkan aplikasi.

Untuk menyemak liputan isyarat mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan, pergi ke simbol Coverage dibahagian kanan bawah.

Taip nama kawasan yang dikehendaki pada ruang Search Location, dan disebelah kiri pilih Show All untuk penyedia telco dan jenis rangkaian sama ada 2G, 3G atau 4G. Seperti contoh dibawah.

Setelah itu, tekan View Network Stats. Paparan akan menunjukkan liputan isyarat dari penyedia yang ditawarkan dikawasan tersebut. Ia juga akan menunjukkan Download Speed, Upload Speed, Latency, dan Reliability.

  • Download Speed – Kelajuan muat turun maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)
  • Upload Speed – Kelajuan muat naik maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)
  • Latency – Masa yang diperlukan untuk peranti anda menghantar data ke menara telco yang terdekat (lebih rendah lebih bagus)
  • Reliability – Tahap kestabilan liputan rangkaian di kawasan terbabit (lebih tinggi lebih bagus)

Sekiranya anda terpaksa berpindah ke tempat baru dan tidak mempunyai idea bagaimana liputan dikawasan tersebut, OpenSignal boleh bantu anda.

sumber: wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Sun, 5 Jun 2022
Hiburan Sun, 5 Jan 2020

26 Jam Untuk Hasilkan Video Muzik ‘Hello’

Siapa dah tengok, angkat tangan!

Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Hasrat Tak Kesampaian, Shukri Yahya Reda…

Sabar ya…Insha Allah ada rezeki di masa akan datang. Amin!

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Munafik 2 Bocor Di Laman Sosial Buat Mawi Bengang?

Sebenarnya benda ini dah lama berlaku cuma kali ini, suspek itu ‘terkena’. Tolonglah berhenti buat kerja macam ni ya!

Featured Thu, 7 Oct 2021
Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[VIDEO] Macam Majlis Kahwin! Sekitar Majlis Aqiqah Anak Anzalna Nasir Yang Gah

Family En.Nasir ni memang cantik belaka semuanya kan?

Featured Mon, 4 Oct 2021

| Live TV