TECH By: SGMS Enal January 19, 2020 @ 11:24am

Cara Memadam Akaun Google Sepenuhnya

Kebanyakkan pengguna di luar sana secara automatiknya perlu mencipta akaun Google bagi melakukan pelbagai perkara.

Tidak hanya untuk menghantar dan menerima e-mel, tetapi juga untuk pelbagai urusan lain termasuklah memuat turun aplikasi, menguruskan kata laluan dan akaun serta bermacam lagi perkara-perkara penting yang melibatkan urusan di internet.

Walaubagaimanapun, mungkin atas sebab tertentu atau ringkasnya anda dah ‘menyampah’ dengan Google, anda membuat keputusan untuk keluar dari Google.

Dengan kata lain anda tidak mahu lagi  mempunyai sebarang kaitan dengan Google. Satu-satunya cara bagi anda keluar dari kongkongan Google adalah anda perlu memadam akaun Google sepenuhnya.

Memadam akaun Google bermakna sebarang kandungan data yang disimpan di dalam Google Drive, Google Calendar, Google Photos, G-mail atau apa sahaja servis yang ditawarkan Google kepada anda sebelum ini akan terpadam sepenuhnya.

Anda tidak lagi boleh mendaftar dengan YouTube, mengakses bagi memuat turun aplikasi dari Play Store, membeli muzik, buku dan rancangan TV yang ditawarkan Google.

Ringkasnya, anda tidak lagi boleh menggunakan semua servis yang ada ditawarkan Google.

Jadi, sekiranya anda dah bersedia untuk memadam akaun Google anda sepenuhnya, berikut adalah langkah-langkahnya.

Padam akaun Google sepenuhnya

1. Pertama sekali, anda perlu log masuk terlebih dulu ke dalam akaun Google anda. Selepas log masuk, klik pada ikon Google App (kotak merah) seperti rajah di bawah dan klik pada Account (kotak ungu).

2. Di Google Account ini, anda pilih kategori Data & Personalisation.

3. Seterusnya, di bawah kategori ini skrol ke bawah sehingga anda nampak bahagian Download, delete or make a plan for your data.

Di bahagian ini juga anda boleh memuat turun kesemua data-data yang ada di dalam akaun Google dengan memilih pilihan Download your data (lihat kotak hijau) sebelum memadam akaun tersebut .

 

Bagi memadam servis atau akaun Google, pilih Delete a service or your account.

4. Kemudian, pilih Delete your Google Account seperti rajah di bawah.

5. Bagi memadam akaun Google, anda akan diminta sekali lagi memasukkan kata laluan akaun Google tersebut.

6. Selepas itu, anda akan di bawa ke peringkat akhir bagi menyelesaikan proses memadam akaun Google tersebut.

Di sini juga anda masih lagi berpeluang memuat turun data-data akaun Google anda dengan klik pada pautan download your data (kotak hijau).

Seterusnya, bagi melengkapkan proses memadam akaun Google sepenuhnya, tandakan pada 2 kotak di bawah (kotak merah).

Selesai membaca dan memahami segala yang dinyatakan di bahagian akhir ini, anda bolehlah klik pada butang DELETE ACCOUNT.

7. Selepas kliknya butang itu menandakan anda telah berjaya memadam akaun Google anda sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, jika tiba-tiba anda menyesali tindakan itu, anda masih boleh mendapatkan semula akaun Google anda. Tetapi ia perlu dibuat dengan kadar segera sebelum proses memadam akaun Google tersebut selesai sepenuhnya.

Untuk itu, anda perlu klik pada pautan Account support bagi mendapatkan bantuan Google.

Sekian.

Sumber: wiser

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 15 Jul 2018

Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Mi A2 Lite, Mungkin Dengan Harga Yang Lebih Rendah

Salah satu model kelas pertengahan yang mendapat sambutan hangat pada tahun lalu adalah Mi A1, telefon pintar pertama dari Xiaomi dilengkapi dengan Android Asli. Terkenal dengan harga mampu milik serta tetapan dwi kamera, ia menjadikan

TECH Thu, 17 Oct 2019

Siapakah Agaknya Pemenang Bagi Cabaran Ketahanan Ultra Kuasa Bateri Jam Tangan HUAWEI GT 2 ?

Nantikan siapakah pemenang jam tangan HUAWEI Watch GT 2 esok!

Automobile Wed, 31 Jan 2018

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher

Proton Wira ‘Enjin Standard’ Ini, Pernah Diuji Michael Schumacher secara tidak di rancang

Automobile Thu, 3 Oct 2019

HUAWEI Lancar 13 Produk Terbaharu Hari Ini

Wow! So, apa tunggu lagi dapatkan produk terbaru yang pastinya hot dari HUAWEI

TECH Tue, 17 Jul 2018

Microsoft Mungkin Hadir Dengan Peranti Android Pertamanya Tidak Lama Lagi

Microsoft sebelum ini telah menghasilkan beberapa siri peranti telefon pintar yang dijalankan dengan sistem Windows Phone sepanjang pemilikkan mereka ke atas syarikat Nokia Mobile. Bagaimanapun, model-model berkenaan jelas gagal mendapat tempat di hati pengguna telefon pintar. Nokia

TECH Mon, 1 Apr 2019

AirPower掰掰!苹果证实:取消无线充电板上市计划

2017年发表一次帮iPhone、Apple Watch、AirPods三款装置充电的无线充电板AirPower,延迟上市两年多后,官方证实取消上市计划。

TECH Thu, 6 Sep 2018

Cara Mudah Bagi Mengatasi Windows 10 Expired

Kemungkinan pada saat anda fikir mahu install balik window 10 ketika mana  anda selalu nampak pop up yang selalu mengganggu pandangan anda ketika anda sedang menggunakan laptop.

TECH Sun, 26 Nov 2017

Cara Mendapatkan Semula Fail Yang Telah Terpadam Pada Adnroid Atau PC

Pernahkah anda panik kerana terpadam satu fail pada PC atau android anda? Berikut kami kongsikan salah satu kaedah yang boleh anda cuba. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pertama sekali muat turun

TECH Fri, 28 Dec 2018

Cara Simpan Instagram Stories Orang Lain di Android

Jika anda ingin menyimpannya pada telefon pintar Android, anda memerlukan aplikasi pihak ketiga, contohnya Story Saver for Instagram.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Honor Akan Bawa Telefon Pintar Gaming Ke Pasaran Malaysia 7 Ogos Nanti

Permainan video semakin popular dimainkan pada peranti mudah alih seperti telefon pintar. Kita sudah melihat pelbagai permainan video yang biasanya dimainkan pada komputer sudah dibangunkan untuk platform telefon pintar. Tidak mahu melepaskan peluang dalam pasaran tersebut, Honor telah

| Live TV

error: Content is protected !!