TECH By: SGMS Putri March 22, 2018 @ 9:08am

Cara Mengekalkan Kualiti Gambar dan Video Yang Dimuat Naik Ke Facebook

Memuat naik gambar dan video ke Facebook sememangnya suatu aktiviti yang digemari oleh Facebookers semua. Namun, ramai yang tidak tahu cara untuk mengekalkan kualiti gambar dan video yang dimuat naik.

Tidak kira peranti anda mempunyai kamera yang berkualiti atau tidak, apabila memuat naik gambar dan video daripadanya ke Facebook, seringkali kualitinya akan menjadi lebih rendah. Jadi hari ini kami akan menunjukkan cara untuk menghentikan perkara ini dan membenarkan anda untuk memuat naik imej dan video berkualiti tinggi di Facebook.

Bagi peranti iOS, ikuti langkah-langkah ini.

1.Buka aplikasi Facebook pada peranti anda, dan tekan pada ikon Pilihan (Option), dan pilih Tetapan (Setting)

2.Pilih Tetapan Akaun (Account Setting) dan pilih pada Gambar dan Video (Videos and Photos)

3. Tetapkan supaya Muat Naik HD (Upload HD) digunapakai pada Tetatan Video dan Tetapan Gambar.

Selesai

Manakala bagi peranti Android pula, langkah yang perlu anda ikut adalah seperti di bawah :

1. Buka aplikasi Facebook pada peranti anda dan tekan pada ikon Pilihan(Option)

2. Di bawah Privasi & Tetapan (Settings & Privacy), pilih Tetapan Aplikasi (App Settings)

3.Tetapkan supaya Muat Naik HD (Upload HD) digunapakai pada Tetatan Video dan Tetapan Gambar.

Selesai.

Facebook tidak akan lagi menurunkan kualiti gambar dan video yang anda muat naik daripada peranti telefon pintar anda. Selamat mencuba !

Kredit sumber : How-to-Geek

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 11 Sep 2018

Daftar Akaun Baru Whatsapp Tanpa memerlukan Simkad

Sangat ringkas dan mudah.Cubalah!

TECH Sun, 29 Jul 2018

Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar

Huawei Mate 20 Pro kini boleh bertindak sebagai cas tanpa wayar untuk fon telinga Freebuds 2 Pro.

TECH Sun, 10 Dec 2017

Diskaun Sehingga 80% Secara Dalam Talian Di Machines Untuk Apple

Bersempena dengan jualan dalam talian besar-besaran yang bakal berlangsung tepat jam 12 malam ini, salah satu pengedar sah Apple, Machines, akan menawarkan potongan harga sehingga 80% untuk beberapa produk terpilih. Jualan 12.12 itu akan dibuat pada gedung dalam […]

TECH Sat, 17 Nov 2018

Membeli- Belah Di Lazada Secara Tunai, Boleh Ke?

Ini cara untuk membuat bayaran kepada Lazada secara tunai. Senang je tau!

TECH Tue, 12 Dec 2017

Tips Mudah Memotong Fail Muzik Jenis MP3

Ramai diantara kita yang mempunyai fail MP3 tetapi tidak tahu cara untuk menyuting fail muzik jenis MP3 tersebut. 

TECH Thu, 3 Jan 2019

低头族有救了! 4招让你有效预防肩颈酸痛

低头族看过来!趋势而言,全球人们生活上一定会越来越依赖智慧型手机,眼睛承受压力只会越来越重。

TECH Mon, 2 Jul 2018

Cara Untuk Mainkan Fail DVD & VCD Pada Android

Mmainkan fail – fail fail jenis DAT dan VOB yang terdapat pada DVD dan VCD pada peranti Android.

TECH Sat, 6 Jul 2019
TECH Tue, 15 Jan 2019

Senarai Kata Laluan Terburuk di Dunia Talian

Perkara yang penting di dunia dalam talian, salah satu darinya adalah kata laluan, kunci kepada pelbagai servis yang disediakan di internet

TECH Wed, 11 Sep 2019