Sebelum ini kami pernah kongsikan cara untuk padam gambar atau video pendua yang memenuhi ruangan storan pada Android.
Tips kali ini kami kongsikan cara yang boleh digunakan untuk memadam fail pendua khusus pada peranti iPhone. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah-langkah berikut.
Pertama sekali pasang aplikasi Dr Cleaner daripada Appstore.
Seterusnya buka aplikasi tersebut dan pilih pada menu Photo dan klik pada tombol start
Tunggu sehingga selesai prosesnya.
Kemudian anda akan dibawa ke paparan berikut, untuk memadam gambar dan video pendua, tekan sahaja pada tombol Clean seperti gambar berikut.
Sekiranya keluar paparan untuk meminta kebenaran, maka anda perlu mengesahkannya dahulu.
Selesai, sekarang peranti iPhone anda sudah bebas daripada gambar atau video pendua.
Sumber : wiser.my