TECH By: Rosli Ab Rahman September 5, 2018 @ 1:33pm

Cara Untuk Memastikan Wifi anda Selamat.

 

Ini Adalah Cara Untuk Memastikan Wifi anda Selamat.

Wifi di rumah tu selamat tak? Ada tak yang risau kalau-kalau ada penggodam yang nak ceroboh wifi anda untuk tujuan peribadi atau lebih teruk lagi untuk tujuan jahat. Ini ada cara-cara untuk memastikan wifi anda selamat.

Dalam perihal tahap keselamatan rangkaian wifi misalnya, kebanyakan daripada router wifi yang terkini telah menggunakan tetapan keselamatan yang tinggi untuk mengelakkan akses kepada mereka-mereka yang tidak diingini. Teknologi wifi sekarang menggunakan kaedah enkripsi yang selamat dan sukar untuk digodam oleh sesiapa.

Ditambah pula dengan kewujudan firewall dan perisian yang telah diletakkan didalam router itu sendiri, secara amnya kita tidak perlu risau lagi untuk membiarkan router kita tanpa pengawasan yang kerap.

Menggodam sesebuah rangkaian wifi bukanlah satu kerja yang mudah. Seseorang itu memerluan kepakaran yang tinggi disamping tahap kesabaran yang luar biasa untuk tujuan tersebut. Bolehlah dikatakan bahawa perbuatan ini sebenarnya tidak sepadan dengan masa dan tenaga yang digunakan seseorang itu kerana prosesnya yang selalunya sangat rumit dan memakan masa.

Tutup Fungsi WPS

Ada banyak langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan rangkaian wifi anda berada dalam tahap keselamatan yang tinggi dan tidak mudah terdedah kepada anasir jahat yang ingin menggodam rangkaian tersebut. Salah satunya ialah dengan menutup fungsi WPS iaitu singkatan kepada Wifi Protected Setup).

Fungsi WPS ini sangat berguna sebenarnya kerana ianya memudahkan anda untuk menghubungkan mana-mana peranti wifi anda kepada rangkaian peribadi. Hanya dengan menekan satu butang, anda boleh membenarkan mana-mana peranti untuk diterima masuk kedalam rangkaian anda tanpa perlu menggunakan kata laluan.

 

Menukar kata laluan admin

Satu lagi perkara yang disyorkan untuk meningkatkan tahap keselamatan rangkaian wifi anda adalah dengan menukar kata laluan kepada router anda. Setelah anda log masuk kedalam sistem tetapan router anda, anda boleh cari tempat tetapan untuk menukar kata laluan router anda yang biasanya menggunakan nama pengguna “admin” dan kata laluan “password”. Banyak router yang menggunakan tetapan sebegini yang mana akan memudahkan seseorang untuk mengubah tetapan pada router anda. Kebanyakan router daripada penyedia khidmat internet biasanya menggunakan tetapan yang berbeza tetap masih disyorkan supaya anda menggunakan nama pengguna dan kata laluan berbeza bagi menyukarkan sesiapa untuk mengakses tetapan pada router anda.

Jenis Enkripsi Wifi

Jika anda pernah memasang rangkaian wifi anda sendiri, anda mungkin pernah melihat beberapa jenis enkripsi yang boleh digunakan untuk meningkat tahap keselamatan rangkaian anda. Mungkin bagi anda yang baru berjinak dalam perkara ini akan menganggap tidak banyak bezanya antara setiap jenis enkripsi tersebut kerana mereka menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkripkan rangkaian anda. Anda sebenarnya silap kerana setiap jenis enkripsi tersebut ada kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri.

WEP : WEP adalah singkatan kepada Wired Equivalent Privacy yang dipopularkan sejak 1997 semasa standard wifi 802.11 mula dikomersialkan. Kemudian pada tahun 2003 ianya diganti dengan WPA kerana WEP mempunyai risiko tahap keselamatan. Justeru jika router anda menggunakan tetapan WEP, anda perlulah untuk cepat-cepat menukarkannya kepada WPA (TKIP) atau WPA2 (AES).

TKIP : Temporal Key Integral Protocol juga semakin mula dilupakan dan tidak digunakan lagi tetapi masih ada pada router-router yang moden.

AES : Selepas pengenalan kepada TKIP yang mengambil masa yang singkat, Advanced Encrytion Security mula diperkenalkan sebagai salah satu tahap enkripsi yang selamat dan berprestasi. Inilah enkripsi yang patut menjadi pilihan kepada anda.

Sumber : monaliza.com.my

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Mon, 10 Jun 2019

你的雨刷「吱吱叫」吗?三步排查解决雨刮跳动、刷不干净的问题!

遇到下雨的天气却发现自己的雨刮刮不干净,而且还有跳动的问题,这个时候就会对行车安全造成很大的影响;那么又有什么方法来解决这些问题呢?

TECH Mon, 30 Dec 2019

KKM Arah Henti Jualan Peranti ‘Headphone’ Kurang Kadar Gula

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengarahkan pihak syarikat yang mengedar peranti ‘headphone’ yang didakwa boleh mengurangkan dan mengawal kadar gula dalam darah supaya menghentikan penjualan dan pengedaran peranti itu serta merta. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor […]

Automobile Thu, 9 May 2019

你们知道怎么使用电子手刹车吗?

在现代汽车当中,因为要节省位置,越来越多车厂舍弃了手动转向电子手刹车……

TECH Sun, 10 Mar 2019

10 Aplikasi Permainan Menarik Yang Boleh Anda Mainkan Tanpa WiFi

Mungkin anda selalu berada dikawasan luar rangkaian WiFi dan internet, berikut merupakan 15 aplikasi permainan yang boleh anda muat turun.

TECH Mon, 22 Jan 2018

Cara Install Always On Display di Semua Smartphone Samsung Tanpa Root

smartphone Android tidak mati dengan menampilkan jam, kalender hingga notifikasi tertentu.

TECH Fri, 6 Sep 2019

Cara Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Rakyat Malaysia terkenal dengan swafoto malah boleh dikatakan ramai diantara kita yang sukar bergambar untuk dimuatnaik ke media sosial.

TECH Thu, 27 Sep 2018

Cara Menghilangkan Iklan di Google Chrome Android Tanpa ‘Root’

Rasa rimas dengan iklan yang sering keluar apabila anda melayari laman web?Terdapat cara yang ingin kami kongsikan untuk anda menghalang ‘pop-up’ yang muncul pada kaca skrin anda.

TECH Tue, 4 Sep 2018

Jimat Data Internet, Berkesan dan Mudah Dilaksanakan

Ini adalah antara contoh bagaimana ingin menjimat data internet anda yang sering habis kuota dengan segera.

TECH Tue, 30 Jul 2019

IPhone Tahun 2020 Bakal Dapat Sokongan 5G?

Pada tahun 2020 adalah satu sasaran utama untuk keluaran model iPhone dengan sokongan 5G.

TECH Thu, 3 Oct 2019

华为推介13款新产品!与HMS共同打造一个全生态系统

Huawei Malaysia推介13款新产品!与Huawei Mobile Service携手打造一个全生态系统。