Tips kali ini khusus untuk pengguna Gmail. Kepada anda yang selalu mengalami masalah penghantaran E-mail ataupun dengan kata lain pesanan yang tersilap hantar, berikut admin kongsikan cara untuk membatalkan sebarang penghantaran mel Gmail dengan berkesan.
Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.
Pertama sekali masuk ke bahagian menu yang tersedia pada bahagian sebelah atas kanan paparan
Kemudian pilih menu Setting
Scroll kebawah dan cari fungsi Undo Send, Secara “Default” fungsi ini sudah pun ditetapkan pada sela masa 5 saat, untuk keselamatan maksimum, kami syorkan anda menukarkannya kepada 30 saat. Selesai.
Setelah siap di simpan tetapan tersebut, maka bila mana anda menghantar pesanan, maka akan muncul paparan berikut yang mana anda diberi masa selama setengah minit untuk membatalkan proses penghantarannya.
sumber : wiser.my