TECH By: SGMS Enal September 17, 2019 @ 11:37am

Cipta Peranti Anti Dera, Anti Strok Haba Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 2

Siapa sangka pelajar berusia 14 tahun boleh membangunkan peranti inovatif yang mungkin dapat menangani isu sejagat seperti penderaan kanak-kanak dan pencegahan strok haba.

Pelajar Tingkatan 2 Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Ariff Amir Ali, kini bekerja keras untuk menyiapkan rekaannya itu, sebuah prototaip untuk membantu membendung kes penderaan kanak-kanak dan strok haba.

Menurut Ariff, penyiaran berita tentang insiden kurang menyenangkan itu memberi dorongan kepadanya untuk cuba mencari penyelesaian, yang membawa kepada penciptaan dua peranti prototaip, iaitu Projek H (penderaan kanak-kanak) dan Projek H 2.0 (strok haba).

“Peranti anti penderaan berfungsi sebagai peranti amaran kecemasan, yang mana apabila kamu menjerit kepadanya, peranti itu akan menyalurkan amaran kepada pihak berkuasa dan orang tersayang dalam masa tiga saat.

“Sementara itu, peranti anti strok haba pula akan dilengkapi sensor denyutan jantung dan sensor suhu, kamu perlu melilitkannya di sekeliling lengan untuk mengesan kelesuan haba,” katanya kepada  Bernama ketika ditemui pada  #mydigitalmaker Fair 2019 baru-baru ini.

Menurut Ariff, kedua-dua prototaip itu yang diciptanya dalam masa kurang dari setahun menggunakan teknologi Internet Benda  (IoT), merupakan rekaan berbentuk sarung mirip jam tangan pintar dan ketika ini sedang diperincikan.

“Terdapat kemungkinan saya akan menggabungkan kedua-dua prototaip ini, memasukkan lebih banyak ciri dan mencipta peranti keselamatan semua dalam satu di masa depan,” katanya.

Menegaskan bahawa idea inovatif itu diperolehnya menerusi pembacaan teliti, Ariff berkata dia telah menyepadukan pelbagai kemahiran pembuatan digital dalam mereka cipta prototaip itu seperti pengekodan, pengaturcaraan, reka bentuk kejuruteraan dan pemikiran komputasional.

Antara pencapaian cemerlang yang diraihnya termasuk naib juara World of Robotic Championships, tempat pertama dalam Intel Aspire Minds Challenge dan pingat perak bagi Asian Youth Innovation Award.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mendedahkan bahawa minat mendalamnya terhadap pengekodan dan robotik mula berputik sejak dia berada di Tahun Empat melalui penyertaan dalam kem robotik, anjuran sekolahnya, dan Digital Ninja di bawah program  #mydigitalmaker Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 28 Jan 2020

3 Aplikasi Tulisan Terbaik Untuk Pengguna Android

Beberapa peranti Android seperti Samsung atau HTC, sudah dilengkapi dengan jenis tulisan tanbahan yang boleh diubah mengikut keperluan pengunanya. Berikut kami kongsikan 3 aplikasi tulisan yang boleh anda pasang pada peranti Android sebagai ganti tulisan

Automobile Wed, 25 Jul 2018

汽车美容小知识:什么是镀膜Coating?

你可能听过汽车镀膜(Coating)是很贵的玩意儿,不过你真的知道什么是汽车镀膜吗?

TECH Mon, 22 Oct 2018

光鲜亮丽背后「累垮」YouTuber的最后一根稻草

如果要用一个词来形容YouTuber,你会先想到哪个词呢? YouTuber很疯狂、很有趣、很闹、很有创意、看完YouTube觉得长知识⋯⋯?如果反问YouTuber这个问题,他们可能会说自己过劳。

TECH Fri, 6 Jul 2018

Honor Play Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Selepas Razer Phone, Nubia Red Magic dan Xiaomi Black Shark, pengeluar telefon pintar semakin berlumba-lumba dalam menghasilkan peranti permainan mudah alih masing-masing. Honor juga tidak mahu ketinggalan apabila mereka telah mengumumkan pelancaran Honor Play pada bulan lepas. Kira-kira sebulan selepas ia

TECH Sun, 29 Jul 2018

Huawei Mate 20 Pro Dilapor Boleh Bertindak Sebagai Pengecas Tanpa Wayar

Huawei Mate 20 Pro kini boleh bertindak sebagai cas tanpa wayar untuk fon telinga Freebuds 2 Pro.

Automobile Mon, 13 Jan 2020

英国研究:慢速驾驶致交通事故!死伤人数增加

超速驾驶绝对是容易引发恶性事故的交通违法行为,但你知道吗?其实开得「慢」也没有你想象中的安全。

TECH Tue, 18 Sep 2018

Cara Mengunci Fail Microsoft Office Dengan Kata Laluan

Kepada anda yang masih tercari – cari cara untuk mengunci fail jenis Word, Power Point dan lain – lain, berikut kami kongskan cara untuk anda “encrypt” fail tersebut menggunakan kata laluan.

Automobile Wed, 6 Jun 2018

你必须知道关于轮胎的一些小贴士!

很多人认为轮胎扮演着无足轻重的角色,这点是大错特错的想法!一台车可否刹得住则需要视乎轮胎,因为轮胎……

TECH Sun, 1 Apr 2018

大马首间汽车排放测试中心( NETC )正式开幕!

我国首间汽车排放测试中心(National Emission Test Centre)正式开幕!其中心拥有全面的排放测试设施,未来将开放予我国及东南亚国家的汽车制造商进行测试。

TECH Thu, 13 Sep 2018

Cara Untuk “Force Restart” iPhone 8 dan iPhone 8 Plus

Anda perlu ‘Restart’ Iphone anda?Bacalah info ini!

| Live TV

error: Content is protected !!