TECH By: SGMS Enal December 19, 2019 @ 10:37am

Facebook Boleh Jejak Lokasi Pengguna Walau Matikan Tetapan ‘Location’

Mungkin ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa kita sedang diintip oleh Facebook. Betul ke? Ya, pihak Facebook telah menghantar dua surat perakuan mengenai mereka mengetahui jejak lokasi di tempat pengguna Facebook.

Paling peliknya,  walaupun sudah melakukan penutupan pada tetapan, mereka masih dapat mengesan. Lebih menggerunkan apabila pihak Facebook masih tahu butiran pengguna walaupun sudah dinyahaktifkan.

Menurut petikan Daily mail, rangkaian media sosial tersebut menghantar surat sebagai tindakan kepada Senator Republik Amerika meminta maklumat kepada mereka. Hal ini membuatkan pihak Senator meminta untuk Kongres mengambil tindakan tentang hal ini.

Facebook berhenti menjejaki data lokasi khusus apabila pengguna memilih keluar tetapi ia mengakui bahawa ia boleh menyatukan pelbagai maklumat untuk menentukan di mana mereka berada.

Ia ingin mengetahui butiran bagaimana Facebook mengesan lokasi pengguna, termasuk apabila akses lokasi dan sejarah lokasi dinyahaktifkan.

“Kami menghargai percubaan Facebook untuk memberi pengguna secara proaktif tentang pilihan privasi mereka. Bagaimanapun, kami bimbang Facebook mungkin tidak menawarkan pengguna untuk tingkatkan pengawalan yang dimiliki oleh perusahaan tersebut tulis para senator.

Sekiranya pengguna memutuskan untuk mengehadkan akses Facebook ke lokasinya, Facebook harus menghormati pilihan privasi ini.

Undang-undang privasi dikuatkuasa tahun hadapan

Facebook baru-baru ini berkata bahawa ia sudah bersedia untuk undang-undang privasi data yang akan berkuatkuasa di negeri asal California pada awal tahun depan.

Akta Privasi Pengguna California (CCPA) akan memberi pengguna internet hak untuk melihat apa data yang dikumpulkan oleh syarikat teknologi tinggi dan dengan siapa ia dikongsi.

Sumber: Daily Mail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 1 Sep 2019

Cara Cegah “Browser History” Dikesan Telco

Semua orang boleh melayari laman-laman sesawang berjam-jam. Tetapi adakah anda tahu bahawa “Browser History” anda boleh dikesan oleh telco?

TECH Thu, 28 Jun 2018

Samsung Electronics Dedahkan Tarikh Acara Samsung Galaxy Unpacked 2018

Menghampiri bulan Ogos menandakan satu perkara, peranti utama kedua dari Samsung iaitu Galaxy Note 9. Peranti yang bersaiz lebih besar dari siri Galaxy S itu akan diumumkan oleh Samsung Electronics dalam satu acara Samsung Galaxy Unpacked 2018 pada 9 Ogos 2018. Agak

TECH Fri, 9 Nov 2018

Beli Telefon Baru Tapi Bingung Nak Pindahkan Perbualan Lama? Info Ini Mungkin Membantu!

Adakah anda ingin dapatkan semula mesej lama dalam aplikasi Whatsapp anda?Ketahui caranya di sini.

Automobile Thu, 28 Dec 2017

THIS WOMAN IS CRAZY ABOUT SPORTS CARS AND MODIFICATIONS!

People always say cars are meant for men only but this Malaysian woman is out to prove the stereotype wrong.

TECH Mon, 13 Aug 2018

现代人为了交友很敢花钱! Tinder营收主要来自付费订阅

往左滑,还是往右滑?这或许已经是许多人每天生活中,必定花上一小段时间做的事情,在行动世代的影响下,你我的社交管道也很大程度从线下走到线上。许多人已经将寻找伴侣的期待,寄托在手机萤幕上。

TECH Fri, 23 Feb 2018

日本研发「智能皮肤」监控健康

近日,日本东京大学研发出了智能皮肤(Smart Skin),可直接贴在皮肤上,实时显示健康数据,是一项可穿戴技术的新进展。

TECH Sat, 9 Nov 2019

Sony Pilih Malaysia Buka Studio Pertama Di Asia Tenggara

Bakal Hasilkan ”Content” Eksklusif Playstation

TECH Sat, 25 Jan 2020

Cara Mengukur aras ketinggian Menggunakan iPhone

Kepada anda yang memerlukan maklumat tentang ketinggian berdasarkan aras laut, berikut kami kongsikan cara untuk mengukur aras ketinggian menggunakan peranti iphone. Pertama sekali pasang aplikasi My Altitude pada peranti iPhone. Sekiranya anda menggunakan iphone 7 dan keatas

TECH Mon, 20 Nov 2017

Cara Untuk Menukar “Background” Gambar Menggunakan Android

Sebelum ini kami pernah berkongsi kaedah ini menggunakan perisian Adobe Photoshop. Berikut salah satu kaedah yang boleh digunakan dengan menggunakan Android. Caranya sangat mudah, boleh sahaja ikuti langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pasang aplikasi Auto Photo

TECH Fri, 20 Apr 2018

Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Janjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin

Samsung Galaxy S10 akan menggunakan pengesan cap jari di bawah skrin, menurut laporan akhbar Korea Selatan, The Bell. Pengesan cap jari seperti ini telah digunakan oleh peranti Vivo X20 Plus UD ini akan membenarkan pengguna untuk membuka peranti mereka dengan

| Live TV