TECH By: SGMS Putri July 9, 2018 @ 3:42pm

Facebook Buktikan Pelaburan Ke Atas Instagram Berbaloi

Sebelum diambil oleh Facebook kira-kira enam tahun lepas, Instagram sudah pun bergelar platform perkongsian gambar paling popular di dunia. Ia menyebabkan Facebook mengambil keputusan untuk membelanjakan wang sebanyak $ 1 billion(~RM 4.11 billion) bagi membeli laman sesawang berkenaan.

Ketika keputusan itu dibuat, ramai pemerhati yang menganggap ia adalah satu pelaburan yang sia-sia oleh pihak Facebook. Mana tidaknya, mereka tidak dapat melihat sebarang pembaharuan yang boleh dibawakan ke atas Instagram oleh Facebook ketika itu.

Kredit : Spindogs

Namun, setelah enam tahun berlalu, Facebook telah menutup mulut pengkritik mereka dengan menjadikan Instagram sebagai antara pelaburan mereka yang paling berjaya. Malah Instagram kini telah mengatasi Facebook sendiri dengan memiliki pengguna aktif harian teramai iaitu pada 1 billion orang sehari.

Berbanding hanya sekadar medium untuk berkongsi gambar sahaja, Facebook telah membawa pelbagai fungsi baru bagi menarik pengguna kepada laman tersebut. Antara pembaharuan yang telah dibawa ialah Instagram Stories, Live dan yang terbaru, IGTV.

Tambahan pula, menurut penilai Instagram kini mungkin bernilai lebih 100 kali ganda daripada semasa diambil alih oleh Facebook dahulu. Instagram juga dikatakan telah menyumbang sehingga hampir 28% daripada jumlah pendapatan yang diperoleh oleh Facebook pada tahun 2017.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 17 Jul 2018

Selamat Datang OPPO Find X, Skrin Luas Tanpa Takuk Pada Harga RM 3,699

Hari ini telah berlangsungnya pelancaran OPPO Find X untuk pasaran Malaysia dengan majlis perasmiannya berlangsung di Setia City Convention Centre. Tidak mahu mengikut jejak langkah pengeluar lain yang membina takuk pada skrin, OPPO tampil unik dengan pengenalan […]

TECH Fri, 6 Sep 2019

Cara Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Rakyat Malaysia terkenal dengan swafoto malah boleh dikatakan ramai diantara kita yang sukar bergambar untuk dimuatnaik ke media sosial.

TECH Mon, 1 Oct 2018

Ketahui Lokasi Android Anda Dengan Hanya Sekali “Klik”

Bagaimana hendak ketahui lokasi android anda dengan hanya satu klik?Ketahuinya di sini.

TECH Sat, 8 Sep 2018

Lazada Launches LazMall and 9.9 Online Sale is Soon Approaching!

It’s gonna be a crazy shopping weekend!

TECH Thu, 12 Jul 2018

Purata Kelajuan Internet Global Meningkat 23% Berbanding Tahun Lepas

Internet yang pantas amat penting bagi kehidupan seharian pada hari ini. Ia jelas penting dalam membantu manusia untuk menyelesaikan pelbagai tugasan kerja, membuat pesanan makanan mahupun untuk berhibur. Namun, adakah internet hari ini sudah cukup […]

TECH Sun, 8 Sep 2019

Jika Telefon Pintar Terkena Air Ini Yang ‘Jangan Dilakukan”

Pernah terfikir telefon pintar anda bakal jatuh ke dalam air?

TECH Thu, 20 Dec 2018
TECH Sun, 29 Sep 2019

Berkongsi Instagram Stories Dengan Close Friends Sahaja

Rupanya IG stories pun ada closed friends

TECH Mon, 29 Oct 2018

6 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Dengan Telefon Android Lama

Tidak tahu apa yang hendak dibuat dengan telefon lama anda?Bacalah tips ini.

TECH Tue, 18 Sep 2018