TECH By: SGMS Putri June 29, 2018 @ 12:43pm

Fungsi Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Diperkenalkan Secara Rasmi Di Malaysia

Mod navigasi motosikal untuk Google Maps akhirnya diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 28 Jun yang lalu.  Fungsi ini akan membantu penunggang motosikal di negara untuk mendapatkan arah jalan dan tempoh anggaran masa yang terpantas untuk tiba ke destinasi yang dituju.

Bagaimanapun, fungsi ini sebenarnya tiba agak lewat bagi pengguna Google Maps Malaysia. Untuk pengetahuan pembaca, mod navigasi motosikal ini telah pun diperkenalkan untuk pengguna di Indonesia kira-kira tiga bulan yang lepas. Fungsi ini boleh diaktifkan dengan memilih di antara pilihan mod navigasi yang sedia ada sebelum ini iaitu kenderaan empat roda, pengangkutan awam dan berjalan kaki.

Dengan adanya mod navigasi terbaru ini, penunggang motosikal akan mendapat anggaran masa perjalanan yang lebih tepat berbanding sebelum ini. Ini kerana sebelum ini, mereka perlu menggunakan mod navigasi kenderaan empat roda yang mana pada keadaan trafik sesak, penunggang motosikal selalunya boleh bergerak dengan lebih pantas berbanding kereta.

Bagi menggunakan fungsi ini, pengguna peranti mudah alih perlu memuat turun kemaskini terbaru untuk aplikasi Google Maps melalui Google Playstore dan Apple App Store. Kemaskini ini sudah tersedia buat peranti Android dan iOS bermula semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 11 Oct 2018

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.

TECH Tue, 15 Oct 2019

Isu Kebocoran 46.2 Juta Data Peribadi Pengguna Bakal DiSiasat!

Kontrak Nuemera (M) Sdn Bhd telah ditamatkan

LIFESTYLE Mon, 28 Jan 2019
TECH Wed, 7 Feb 2018

HADIAHKAN OPPO F5 ‘DASHING BLUE’ PIKAT SI DIA

Memang cantik peranti “OPPO F5 Dashing Blue” ini.

TECH Mon, 12 Aug 2019

3 Cara Membuka Kunci atau Password Untuk Iphone

Lupa kata laluan atau password cuba cara ini

TECH Fri, 6 Jul 2018

Beli Samsung Galaxy A6/A6+ Dan Nikmati Promosi Menarik

Berminat untuk memiliki Samsung Galaxy A6 atau A6+? Sekarang adalah masa yang terbaik kerana Samsung Malaysia ada mengadakan dua promosi menarik untuk model berkenaan. Bermula hari ini, 6 Julai 2018 sehingga 5 Ogos 2018, setiap pembelian  Galaxy A6 […]

TECH Sat, 19 Jan 2019

10 Sebab Anda Perlu Jauhi Facebook Messenger

Jom lihat apa yang Facebook mahukan sebelum anda memuat turun aplikasi Messenger

TECH Sun, 31 Dec 2017

苹果致歉:下调iPhone电池更换价格

苹果公司针对备受争议的降低旧款iPhone手机速度以保存电池稳定性的决定致歉,表示不会故意缩短任何产品寿命,更承诺将于2018年1月起下调更换电池价格,并为部分产品进行更新。

TECH Fri, 26 Apr 2019

HappyFresh Partners With AEON to Deliver Groceries to More Malaysians

A wider range of groceries as well as wider area for delivery.

Automobile Thu, 3 Oct 2019

HUAWEI Lancar 13 Produk Terbaharu Hari Ini

Wow! So, apa tunggu lagi dapatkan produk terbaru yang pastinya hot dari HUAWEI

| Live TV