TECH By: SGMS Putri July 25, 2018 @ 8:29am

Google Mahu Gantikan Tugas Pekerja Pusat Panggilan Dengan Teknologi AI

Google sebelum sering kali mempromosikan teknologi kecerdasan buatan(AI) untuk kegunaan syarikat-syarikat dan perusahaan yang didakwa akan dapat memaksimakan kualiti kerja disamping mengurangkan kos. Kini, mereka sekali lagi menegaskan pendirian mereka berkenaan perkara tersebut.

Mereka dilihat semakin serius untuk menggantikan pekerja manusia dengan teknologi AI di masa hadapan. Dalam satu kiriman di blog mereka semalam, Ketua Saintisnya, Fei-Fei Li menyatakan mereka optimis akan dapat menggunakan teknologi AI sebagai pekerja maya, bermula dengan bertugas di pusat panggilan pada masa akan datang.

Tidak mustahil satu hari nanti robot akan menggantikan manusia sebagai pekerja (Kredit : US Scientist)

Projek yang digelar Call Center AI ini dikatakan akan membantu manusia dalam menjawab pertanyaan berulang yang sering ditanyakan kepada pekerja perkhidmatan pelanggan sebelum ini. Li menyatakan menjawab persoalan yang sama berulang kali akan memberi tekanan kerja kepada pekerja dalam bidang tersebut.

Bagaimanapun, Google mendakwa sistem ini tidak akan mengurangkan peluang pekerjaan kepada manusia. Ini kerana jika sesuatu persoalan itu tidak dapat dijawab oleh ejen AI berkenaan, panggilan tersebut masih lagi perlu disambungkan kepada pekerja manusia untuk tindakan lanjut.

Namun, ramai yang berpendapat walaupun peluang pekerjaan tidak akan terlalu terjejas, kadar bayaran gaji yang akan diberikan kepada pekerja manusia dalam bidang tersebut pasti akan diturunkan kelak. Ia memandangkan jumlah tugas yang perlu dilakukan mereka semakin berkurangan dengan bantuan teknologi AI ini nanti.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 4 May 2018

Anda Pengguna Twitter? Pertimbangkan Ini…

Pihak Twitter meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

Automobile Fri, 6 Dec 2019

Mahu Jimatkan Masa Guna Windows 10?

Melalui kemaskini dari semasa ke semasa , Windows 10 menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bagi anda yang menggunakan Windows 10, disini kami senaraikan 10 tips yang mungkin anda belum tahu dan boleh menjimatkan masa. 1. […]

TECH Fri, 13 Jul 2018

Xiaomi Mi 8 Explorer Edition Dengan Harga Mampu Milik Akan Turut Diperkenalkan Kelak

Seperti yang pernah kami nyatakan sebelum ini, peranti Xiaomi Mi 8 Explorer Edition berkemungkinan besar akan mula dipasarkan pada bulan ini. Belum pun ia mula dijual, Xiaomi telah mengesahkan bahawa dua lagi variasi lebih mampu milik akan dilancarkan […]

TECH Sun, 15 Dec 2019

Apple Dilapor Rancang Keluar 6 Model Baru Tahun Depan

wah, 6 model bakal dikeluarkan , tak sabar menunggu 2020

TECH Fri, 9 Feb 2018

Tips “Download” Video Daripada Facebook menggunakan iPhone

Kepada pengguna iPhone, memang susah untuk memuat turun video daripada Facebook kerana tahap keselamatanya yang tinggi.

TECH Wed, 24 Jul 2019

Muat Turun Aplikasi di App Store Hingga 200MB

Untungnya buat pengguna Apple kan?

TECH Tue, 3 Jul 2018

Penganalisa- Apple Tidak Akan Guna Kamera Hadapan Yang Boleh Digerakkan

Bagi membolehkan paparan yang lebih luas pada skrin telefon pintar, syarikat pengeluar terpaksa memikirkan pelbagai cara untuk meningkatkan nisbah skrin-ke-badan. Hal ini boleh dilihat dengan kehadiran rekaan takuk pada bahagian skrin yang menempatkan lensa kamera hadapan. Rekaan […]

TECH Fri, 6 Apr 2018

脸书:20亿用户个资「恐无人幸免」被搜刮过

脸书(Facebook)被英国数据分析公司「剑桥分析」利用程式窃取用户个人资料,一开始估计有5000万使用者受害,4日上调至8700万用户资料。脸书也证实,全球20亿用户的个人公开资料,很可能遭到第三方机构挖空。

TECH Thu, 4 Jul 2019

CyberSecurity Malaysia Harumkan Nama Negara

Menjadi Juara Dalam Pertandingan Siber Antarabangsa

Automobile Mon, 20 Nov 2017

MALAYSIANS ARE GENUINELY IN LOVE WITH THE NEW PERODUA MYVI, HERE’S WHY

Now, it seems like the 2018 version will come with even more brand new high tech features, taking this all-time favourite car to a whole new level. Here’s a walkthrough on the latest additions to the Myvi.