TECH By: SGMS Enal January 1, 2020 @ 12:11pm

Guna Teknologi Pengimbasan Wajah Rekod Kehadiran Murid

Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Perling, di sini menempa sejarah sebagai sekolah pertama di negara ini menggunakan teknologi pengimbas muka bagi merekodkan kedatangan murid.

Lebih menarik apabila kemudahan canggih itu hanya mengambil masa kira-kira dua saat bagi mengimbas wajah murid sebelum maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor murid dan rjah mereka disimpan terus dalam pangkalan data sekolah.

Guru Besar SK Taman Perling, Zamri Abd Wahab, berkata seramai 1,034 murid membabitkan 937 murid aliran perdana, 47 murid Pendidikan Khas dan 50 murid pra-sekolah menggunakan teknologi imbasan wajah untuk mencatat kehadiran mereka bermula hari ini.

Katanya, sebanyak dua unit pengimbas muka diletakkan di dewan untuk merekod kehadiran murid bagi dua sesi persekolahan, manakala sebuah lagi mesin itu ditempatkan di pejabat sekolah untuk mencatat kedatangan 76 guru dan 12 kakitangan sekolah.

“Ini bagi memudahkan guru merekodkan kedatangan murid, malah tidak perlu lagi menggunakan kaedah manual, sekali gus membantu mengurangkan beban kerja guru.

“Ia sudah boleh digunakan tetapi memerlukan sedikit masa bagi mendaftarkan semua maklumat murid termasuk nama penuh, umur dan darjah mereka ke dalam sistem yang akan dilakukan secara berperingkat minggu ini.

“Semua data kehadiran murid akan disimpan dalam sistem berkenaan sebelum disalin dan dipindah ke pangkalan maklumat Kementerian Pendidikan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM),” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan pertama sekolah berkenaan, di sini hari ini.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Perling, Datuk Suhaila Ahmad, berkata kemudahan itu disumbangkan secara percuma oleh Myra Hub Foundation untuk sekolah berkenaan bagi kemudahan murid dan guru.

Katanya, SK Taman Perling 1 menjadi sekolah pertama di negara ini yang mencatat kehadiran murid menggunakan teknologi pengimbas muka berbanding teknologi kod QR yang dilaksanakan institusi pengajian tinggi negara dengan meluas.

“Kos pemasangan, perisian dan penyelenggaraan yang berjumlah lebih RM50,000 semuanya dibiayai Myra Hub Foundation menerusi teknologi pengimbas wajah dibangunkan RN Technologies Sdn Bhd.

“Pada pagi ini, kita mengambil masa 10 saat untuk memasukkan data nombor murid dan mengimbas anak mata murid bagi disimpan di dalam sistem. Selepas semua data murid disimpan, proses mengimbas wajah hanya akan mengambil masa dua saat bagi setiap murid.

“Sistem ini akan mengenal pasti 30 titik sudut mata murid, guru dan kakitangan sekolah dalam proses mengimbas wajah sebelum data kehadiran mereka disimpan, ” katanya.

Bagi murid Tahun 6 Bijak SK Taman Perling, R Kivesha, berkata dia bersama rakannya begitu teruja menggunakan teknologi pengimbas wajah berkenaan buat pertama kali.

“Saya selalu hanya lihat di televisyen mengenai teknologi pengimbas wajah ini namun tidak sangka boleh merasai pengalaman itu di sekolah,“ katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 20 Sep 2018

Cara Sembunyikan Foto Dan Video Pada Kiriman Whatsapp

Kami kongsikan cara mudah untuk menyembunyikan gambar dan video daripada aplikasi Whatsapp.

TECH Sun, 8 Dec 2019

10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang anda tahu, Apple memperkenalkan iOS 13 di WWDC 2019 dan terdapat banyak ciri baharu yang telah diperkenalkan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips dan ciri baharu yang mungkin anda belum tahu mengenai […]

TECH Mon, 26 Nov 2018

Bagaimana Untuk Menukar Rupa Android ke Windows 10

kalau anda suka dengan launcher window 10 boleh mencubanya…

TECH Fri, 27 Jul 2018

#MYCYBERSALE to Take Place Again, 5 Years in a Row

The sale offers tremendous discounts!

TECH Fri, 7 Sep 2018

Cara Nak Pilih Monitor

Apakah yang perlu anda tahu bila ingin memilih screen monitor.

TECH Mon, 5 Feb 2018

DO YOU HATE MEETING PEOPLE? THEN THIS NEW TECHNOLOGY IS FOR YOU

This new technology-slash-service is comparable to a ‘Human Uber’ as you won’t have to meet people in real life anymore.

TECH Wed, 25 Jul 2018

Facebook Mahu Buka Hab Inovasi Di China

Umum mengetahui bahawa Facebook merupakan salah satu daripada laman sesawang yang terhalang daripada diakses di negara China. Namun, perkara tersebut tidak menghalang Facebook untuk membuka sebuah hab inovasinya di negara tembok besar berkenaan. Hab itu mahu dibangunkan […]

TECH Fri, 20 Apr 2018

Ciri Samsung Galaxy S10 Tertiris Janjikan Pengesan Cap Jari Bawah Skrin

Samsung Galaxy S10 akan menggunakan pengesan cap jari di bawah skrin, menurut laporan akhbar Korea Selatan, The Bell. Pengesan cap jari seperti ini telah digunakan oleh peranti Vivo X20 Plus UD ini akan membenarkan pengguna untuk membuka peranti mereka dengan […]

TECH Fri, 1 Dec 2017

Baik Pulih Percuma Kepada Pelanggan Samsung Buat Mangsa Banjir

Umum sudah mengetahui mengenai perihal banjir yang melanda utara tanah air sejak dari minggu lepas yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan juga mengorbankan nyawa. Bagi mengurangkan beban yang ditanggung mangsa, Samsung Malaysia tampil dengan […]

LIFESTYLE Thu, 29 Aug 2019

| Live TV