TECH By: SGMS Putri July 5, 2018 @ 4:52pm

Honor Note Bakal Buat Kemunculan Semula Selepas Dua Tahun

Selepas dua tahun sejak peranti Honor Note 8 diperkenalkan, siri berkenaan akan kembali semula tahun ini dengan peranti Honor Note 10. Ia telah disahkan sendiri oleh presiden Honor, Zhao Ming melalui akaun Weibo beliau semalam.

Kredit : GSMArena

Peranti ini dikatakan telah dibangunkan selama dua tahun dan tidak diketahui sama ada peranti Honor Note 9 akan dilancarkan kemudian atau tidak akan dilancarkan sama sekali. Honor Note 10 dijangka akan hadir dengan spesifikasi kelas perdana seperti Honor 10.

Beberapa hari yang lepas, Honor baru sahaja mengumumkan berkenaan peranti naiktaraf bagi model Honor 10 iaitu Honor 10 GT. Peranti tersebut bakal hadir dengan teknologi GPU Turbo yang turut dipasang pada peranti Honor Play. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Honor Note 10 ini akan menyokong teknologi berkenaan atau tidak.

Walaupun tiada sebarang maklumat lanjut berkaitan spesifikasi peranti ini, pemerhati industri menjangkakan peranti ini menggunakan sistem cip yang lebih baik berbanding Honor 10 mengambil kira perbezaan cip pada Honor 8 dan Honor Note 8 dahulu. Maka jika Honor 10 menggunakan cip pemprosesan Kirin 970, besar kemungkinan Honor Note 10 akan menggunakan cip terkini Kirin 980.

Selain itu, ia juga dikatakan akan mempunyai paparan skrin yang lebih besar berbanding Honor 10. Terdapat laporan yang menyatakan Honor Note 10 akan menggunakan skrin Super AMOLED 6.9-inci daripada Samsung. Huawei sebelum ini telah memesan skrin berkenaan untuk model mereka yang mempunyai kod nama ‘Ravel’.

Honor masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan harga dan tarikh pelancaran peranti ini. Namun, ramai pihak yang menjangkakan Honor Note 10 akan hadir pada penghujung tahun ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 24 Sep 2018

Kenali Jenis-Jenis Kabel USB Yang Selalu Kita Guna

Ingin mengetahui jenis-jenis kabel?Kami mempunyai maklumat tentang jenis-jenisnya.

Automobile Mon, 20 May 2019
TECH Fri, 13 Jul 2018

Intel Tidak Menutup Jenama Ekstrim Mereka Untuk Kelas PC Premium

Terdapat khabar angin mengatakan yang Intel sudah bersedia untuk tidak lagi menggunakan jenama Extreme Editionyang disasarkan untuk PC kelas premium. Menurut tweet dari Francois Piednoel, seorang bekas arkitek cip Intel yang sudah bekerja selama 20 tahun […]

Events Thu, 30 May 2019

Nak OOTD Dan Selfie Yang Super Cool Raya Ni? Ini 7 Teknologi Hacks Pengguna Huawei P30 Sahaja Boleh Try!

Ketahui beberapa hacks menarik dan Bergaya bersama HUAWEI P30 Pro pada Raya Aidilfitri ini!

TECH Wed, 10 Oct 2018

Google+将停止服务!承认泄露50万人帐户资讯

Google宣布将于2019年8月底停止「Google+」的服务!

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

Fattah Amin dan Eric Chou Bergabung Dalam OPPO F11 Pro

Hero pujaan malaya, Fattah Amin bergandingan bersama bintang Asia terkenal iaitu  Eric Chou sebagai duta dan ikon OPPO F11 Pro pada tahun ini. Kalau korang nak tahu kenapa dua selebriti terkenal ini dilantik menjadi duta […]

TECH Fri, 27 Jul 2018

Facebook Rugi Lebih RM400 Billion Dalam Masa Satu Hari

Walaupun mempunyai berbillion pengguna, Facebook dengan rasminya telah mengumumkan bahawa mereka telah mengalami kerugian sebanyak lebih dari RM400 billion dalam masa satu hari!

TECH Tue, 4 Dec 2018

Cara Membuat Foto 360 Darjah Pada Semua Androids

foto-foto ini boleh dikongsi di pelbagai media sosial, terutama Facebook, yang sememangnya menyokong foto 360 darjah

TECH Fri, 6 Sep 2019

Cara Ubah Resolusi Gambar Pada PC

Rakyat Malaysia terkenal dengan swafoto malah boleh dikatakan ramai diantara kita yang sukar bergambar untuk dimuatnaik ke media sosial.

TECH Wed, 9 Jan 2019

Go Beast Mode on the New Lenovo Legion Y740 and Y540 Laptops

Bring your gaming experience to the next level.

error: Content is protected !!