TECH By: SGMS Putri July 13, 2018 @ 1:05pm

Honor Rasmikan Portal E-Dagang Di Malaysia, Hadir Dengan Promosi ‘7uly Madness Offers’

Honor akhirnya telah merasmikan satu portal e-dagang mereka di negara ini yang juga akan digunakan sebagai hab informasi kepada pengguna mereka pada 12 Julai yang lepas. Sehubungan dengan pelancaran tersebut, Honor telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu promosi khas tidak lama lagi.

Promosi yang digelar ‘7uly Madness Offers’ ini akan berlangsung selama 6 hari iaitu bermula dari 17 Julai dan akan berakhir pada 22 Julai nanti. Promosi itu melibatkan pelbagai tawaran menarik terhadap perantiperanti terpilih serta aksesori keluaran Honor.

Honor Malaysia menawarkan potongan harga sehingga 30% kepada beberapa peranti terpilih serta aksesori tambahan bagi telefon pintar. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai hadiah percuma yang bernilai sehingga RM 836 andai mendapatkan peranti baru keluaran Honor semasa promosi ini berlangsung.

Antara peranti yang menerima penurunan harga ialah honor 7s(RM 349 dari RM 379), honor 7A(RM 429 dari RM 479) dan honor 7x(RM729 dari RM849). Tambahan pula, dengan membeli peranti seperti honor 9 Lite, honor View 10 dan honor 10, anda akan mendapat pelbagai hadiah menarik secara percuma termasuklah baucer yang bernilai sehingga RM 100 untuk dibelanjakan.

Semua promosi yang dijalankan bergantung kepada stok yang dimiliki. Untuk pengetahuan lanjut, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi honor Malaysia atau layari laman hi honor.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 13 Jan 2019

Muat Turun Poco Launcher – Ringan Dan Banyak Perkara Menarik

Launcher ini digunakan pada Pocophone F1 boleh dikatakan agak menarik dengan beberapa fungsi terbina dan ringan untuk digunakan pada smartphone lain.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Versi 4GB ASUS ZenFone Max Pro M1 Mula Ditawarkan Dalam Negara

Peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada permainan, ASUS ZenFone Max Pro M1 telah diperkenalkan di Malaysia pada 31 Mei lalu. Mempunyai 3 variasi pilihan iaitu, RAM 3GB/ 32GB, RAM 4GB/64GB dan RAM 6GB/ 64GB, namun versi RAM 4GB telah ditangguhkan sehingga ke

TECH Fri, 16 Nov 2018

Telefon Pintar Dengan 4 Kamera Utama Mungkin Menjadi Realiti Tidak Lama Lagi

Smartphone dengan 4 kamera utama mungkin menjadi realiti tidak lama Lagi.

TECH Sun, 2 Jun 2019

Kenalpasti Ketulenan Telefon Anda Dengan 4 Langkah Mudah Ini

Berikut kami kongsikan langkah – langkah untuk mengenalpasti ketulenan telefon anda.

TECH Sun, 14 Oct 2018

Download Gambar dan Video di Instagram dari HP Android

Tidak terlalu rumit bukan cara download foto dan video di Instagram dari HP Android?

TECH Mon, 28 Jan 2019

网页版十年挑战!还记得脸书、Youtube等网站十年前的模样吗?

你十年挑战了吗?最近在社群中颇为热门的 #10yearchallenge,引起了一波回顾潮;你每天刷刷脸书之外,还会造访什么网站呢?我们就来个十年挑战网页版……

TECH Tue, 30 Oct 2018

5 Tips dan Teknik WhatsApp Yang Perlu Diketahui

Adakah anda telah mengetahui semua tips dan teknik untuk ‘Whatsapp’ anda? Jika belum,baca artikel ini.

TECH Thu, 1 Aug 2019

Awas Promosi WhatsApp Internet Percuma 1000 GB!

Awas dengan promosi terbaru, jangan sampai anda terkena

TECH Mon, 6 Jan 2020

Cara Menggunakan Google Maps Live View AR

 Google telah memperkenalkan ciri baru AR yang dikenali sebagai Google Maps Live View untuk pelbagai jenis peranti Android dan iPhone. Ciri yang mula diperkenalkan pada Google Pixel ini menunjukkan navigasi “real-time” dalam Google Maps melalui kamera

TECH Thu, 5 Jul 2018

Apple Mahu Wujudkan Kerjasama Strategik Dengan Hewlett Packard Enterprise

Apple dilaporkan sedang berusaha untuk mewujudkan satu kerjasama strategik business-to-business(B2B) dengan syarikat Hewlett Packard Enterprise(HPE). Ianya tersebar secara meluas apabila Apple memuatnaik satu iklan jawatan kosong di laman LinkedIn dan perkara itu disedari oleh pihak The Register.

| Live TV