TECH By: SGMS Putri July 3, 2018 @ 5:33pm

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Pasaran telefon pintar masa kini semakin berkembang dengan hadirnya model yang memfokuskan kepada permainan mudah alih. Sepertimana Razer dengan Razer Phone, Xiaomi dengan Black Shark dan terbaru, Asus melalui Asus ROG Phone.

Tidak mahu ketinggalan, Huawei, satu nama yang tidak asing lagi dalam arena pembuatan telefon pintar dilapor mahu melebarkan sayapnya dalam kelas berkenaan.

Mengupas laporan daripada laman Gadget Match, Presiden Perniagaan Pengguna Huawei, Jim Xu, telah mengesahkan bahawa syarikat berkenaan sedang dalam proses membangunkan telefon pintar gaming.

Maklumat mengenai spesifikasi model berkenaan masih belum didedahkan tetapi apa yang boleh dipastikan adalah penggunaan teknologi GPU Turbo yang dioptimakan. Teknologi yang dibangunkan Huawei itu disebut mampu meningkatkan prestasi peranti sehingga 60%, dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan kuasa kepada 30%.

Pertama kali diperkenalkan bersama-sama Honor Play dan Honor 9i, GPU Turbo dijadualkan penawarannya kepada peranti lain seperti siri P20 dan Honor 10 bermula Julai ini.

Meskipun tidak menyebut tarikh sebenar telefon pintar ini akan dilancarkan, Jim Xu memaklumkan ia dijangka dipertontonkan kepada umum selewat-lewatnya penghujung 2018.

Adakah Huawei akan membangunkan telefon pintar setanding dengan apa yang terdapat pada Asus ROG Phone? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber: Gadget Match

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 6 Aug 2019

5 Trick Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

Ini dikongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp.

TECH Tue, 11 Dec 2018

Cara Unfollow Akaun yang Tidak Followback di Instagram

Berharap untuk memadamkan banyak akaun sekaligus yang tidak mengikuti Instagram kita kembali. Anda boleh menggunakan kaedah berikut.

TECH Thu, 17 Oct 2019

Siapakah Agaknya Pemenang Bagi Cabaran Ketahanan Ultra Kuasa Bateri Jam Tangan HUAWEI GT 2 ?

Nantikan siapakah pemenang jam tangan HUAWEI Watch GT 2 esok!

TECH Wed, 18 Jul 2018

Apa Terjadi Jika Kuota 60GB Dihabiskan? Apakah Kriteria Untuk Mendaftar Pelan Ini? Fakta Mengenai Unifi Basic Plan Untuk Golongan Sasar

Telekom Malaysia (TM) telah menyediakan pelan unifi Basic yang memberikan akses jalur lebar dengan kelajuan muat turun pada 30 Mbps dan kelajuan muat naik sehingga 10Mbps tetapi dengan kuota bulanan sebanyak 60GB. Untuk membuat panggilan suara,  pelan unifi Basic […]

TECH Wed, 7 Nov 2018
TECH Sun, 26 Aug 2018

Matikan Windows Defender Pada Windows 10 Secara Sementara Atau Kekal

Kepada anda yang sudah menggunakan perisian anti virus luar, berkemungkinan akan ada konflik sekiranya terdapat dua perisian anti virus dalam satu PC.

TECH Wed, 11 Jul 2018

Honor Note 10 Dilaporkan Tidak Akan Hadir Dengan Kirin 980

Huawei telah mengumumkan bahawa mereka akan menghasilkan semula siri Honor Note melalui Honor Note 10 yang menggunakan kod nama ‘Ravel’ melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya baru-baru ini. Ia merupakan kemunculan semula siri ini selepas peranti terakhirnya, Honor Note 8 dilancarkan […]

TECH Thu, 17 Oct 2019

Anda Yang B40 Bakal Terima Dekoder Percuma Dari Kerajaan

pemantauan dari semasa ke semasa akan dibuat untuk penjualan dekoder tanpa lesen

Automobile Thu, 15 Nov 2018

下车甩门最易惹怒司机!常关「太大力」渗水、异音通通来

有些乘客总是喜欢在下车时,以「超浮夸」姿势甩门下车!只是用力关车门次数一多,不仅会减少组件使用寿命,同时也容易造成……

TECH Wed, 21 Mar 2018

Cara Menaik Taraf Fungsi Aplikasi Youtube (Android)

Youtube adalah antara aplikasi yang paling digemari semua selepas Facebook.  Kepada yang pengguna tegar aplikasi Youtube, berikut kami kongsikan satu aplikasi alternatif kepada Youtube yang lebih canggih dan menarik paparannya. Dengan paparan versi “Dark” dan […]