Bagi peminat komik digital, anda pasti tahu mengenai aplikasi Webtoon yang begitu popular dengan pelbagai jenis genre dan ia boleh diakses secara percuma.
Webtoon juga menjadi base kepada pencipta dan penulis komik dari seluruh dunia untuk mengekpresikan karya mereka kepada orang ramai. Negara kita juga tidak terkecuali dengan penghasilan komik dalam aplikasi ini dan baru-baru ini karya dari buku yang ditulis oleh Hanna Alkaf iaitu The Weight Of Our Sky telah diangkat ke dalam Webtoon.
Laman sosial Twitter tidak henti-henti dihujani dengan kekaguman terhadap karya itu sejak beberapa hari yang lalu. Seorang pengguna Twitter, andropmxda mengatakan dia tidak menyangka pakaian orang Malaysia dan bahasa Melayu diilustrasi dengan baik di dalam Webtoon itu.
Sumber: andropmxda