TECH By: SGMS Enal May 4, 2018 @ 2:31am

Kenangan Hutang Buku555 Anda Zaman Dulu Kini Dah ‘Upgrade’ Jadi App

Kalau kami tunjuk Buku555 atau Buku Tiga Lima, pasti anda tau apa fungsinya kan? Buku yang ‘istimewa’ bagi seseorang untuk mencatat hutang orang. Nostalgia betul, famouskan buku ni dulu? Percaya atau tak, kenangan Buku555 anda tu kini dah ‘upgrade’ jadi aplikasi dan makin viral di laman sosial sekarang ini. Pasti ramai yang akan teringat ada kawan hutang dia sampai 2-3 tahun belum bayar-bayar. Kini, tidak lagi… Guna aplikasi Buku 555!

Lagi membanggakan, aplikasi Buku 555 ni dihasilkan syarikat di Malaysia, Data & Roses Sdn. Bhd. Ia menawarkan dwibahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris untuk kemudahan semua. Paling best, gaya bahasa yang digunakan dalam aplikasi ini sangat kelakar!

Jika anda belum pernah cuba menggunakannya, paparan antara muka aplikasi ini mengimbau kenangan kerana bercorak garisan seperti buku nota. Malah, ia juga dibahagikan kepada dua bahagian – ‘Kau Hutang’ dan ‘Orang Hutang’. Lepas itu, isi saja siapa yang hutang dan berapa jumlahnya! Ia juga ditandakan dengan tarikh supaya anda tidak lupa bila anda atau kawan mula berhutang. Malah, anda juga boleh melihat jumlah hutang di butang ‘Senarai Semua’. Nampak kaya kejap lah…

Kalau anda risau ada yang cuba hack phone dan tukar jumlah, padam nama atau tarikh di Buku 555, ia turut dilengkapi beberapa fungsi kawalan keselamatan. Tapi, sebelum anda boleh menggunakan aplikasi itu, anda perlu menetapkan kod 4 digit atau kod laluan cap jari dahulu. Ia akan digunakan ketika anda membuka dan menutup aplikasi itu nanti…

Dah download Buku 555? Jom download untuk peranti iOs atau Andorid di sini. Selamat mencuba!

Ditulis oleh SGMS Epul 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 28 Jul 2018

Lagi Video Acah Berkenaan Galaxy Note 9 Dikeluarkan Oleh Samsung

Selepas kami melaporkan berkenaan satu video acah yang dikirimkan oleh pihak Samsung berkaitan bateri perantiGalaxy Note 9 di laman Youtube mereka semalam, kami dapati Samsung turut mengirimkan dua video lain tentang peranti yang sama.   Video yang pertama […]

TECH Tue, 17 Jul 2018

Ramalan Tepat EA Sports Mengenai Juara Piala Dunia 2018

EA Sports sebagai pemegang francais permainan FIFA 18 dengan tepat meramal Perancis sebagai juara Piala Dunia 18 di Rusia. Mereka melakukannya dengan melakukan simulasi pada bulan May menggunakan DLC (downloadable content) Piala Dunia Rusia. Mereka […]

TECH Sat, 23 Nov 2019

Waze Papar Harga Tol Yang Perlu Dibayar Sepanjang Perjalanan

Jom tengok apa yang baru di applikasi Waze

TECH Fri, 26 Jul 2019

Ini Cara Padamkan “Watch History” !!!

Untuk pengetahuan anda, YouTube menyimpan senarai video yang telah ditonton dan ini cara untuk memadamkannya.

TECH Sat, 12 Jan 2019

Periksa Bateri IPhone Samada Anda Wajib Menukar Bateri IPhone Atau Tidak?

Adakah anda sedar bahawa Apple telah memperkenalkan Battery Health untuk menyemak kesihatan bateri iPhone anda?

TECH Fri, 28 Dec 2018

Cara Simpan Instagram Stories Orang Lain di Android

Jika anda ingin menyimpannya pada telefon pintar Android, anda memerlukan aplikasi pihak ketiga, contohnya Story Saver for Instagram.

TECH Mon, 5 Nov 2018

孩童玩的App游戏都安全吗?密西根大学:超过9成都有偏差诱导内容!

孩童使用的App安全吗?根据美国密西根大学公布的一份报告,大部分App都含有不适当内容,可能误导学龄前孩子的价值观。

TECH Wed, 10 Oct 2018

Cara Merakam Paparan Pada PC Menggunakan Power Point

Kepada anda yang teringin untuk masukkan rakaman pada “skrin” PC ke dalam “slide presentation” Power Point, tidak perlu bersusah payah memasang aplikasi tambahan.ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Thu, 8 Mar 2018

他用「地表最强手机」17年了还在用

若说到「地表最坚固的手机」,你会想到哪一台呢?应该都会想起那支曾经陪伴你多年时光,怎么摔都不会坏的 Nokia 3310 吧!但想不到的是,即使已经是智慧型手机的时代,竟然还有人在用它呢!

TECH Fri, 26 Jan 2018

Cara Untuk Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Tahukah anda bahawa Chrome telah tersedia dengan satu fungsi khas untuk mengesan “Malware” yang terdapat dalam PC anda?