TECH By: SGMS Putri August 3, 2018 @ 2:28pm

Kongsi Fail Daripada “Pendrive & Harddisk” Dengan Modem WiFi Rumah

Kepada anda yang ingin berkongsi fail jenis video atau muzik yang bersaiz besar daripada “hardisk” mahupun “Pendrive”, berikut kami kongsikan cara mudah dan pantas untuk berkongsi fail – fail daripada cakera keras anda menggunakan modem WiFi di rumah.

Dengan hanya menghubungkan storan tersebut pada modem, semua pengguna yang tersambung pada rangkaian yang sama akan dapat mengakses semua fail yang terkandung didalam storan tersebut.

 

Caranya sangat mudah, berikut kami tunjukkan contoh tutorial dengan menggunakan modem rumah daripada Celcom yang berjenama Huawei. Terlebih dahulu kami ingin tegaskan bahawa, tetapan berikut berbeza untuk jenis – jenis modem yang lain. Namun ianya boleh sahaja dijadikan sebagai panduan, kerana pada kebiasaanya tetapan tersebut tidak jauh bezanya untuk setiap modem.

 

Apa yang anda perlukan adalah sebuah storan mudah alih

 

Pertama sekali, masukkan storan tersebut pada “Port” USB modem yang anda gunakan dirumah

 

Seterusnya masuk menu tetapan modem menggunakan pelayar, untuk modem jenis ini alamatnya ialah 192.168.8.1. Ianya berbeza untuk jenis modem yang barlainan. Kemudian masukkan kata laluan.

 

Seterusnya pilih menu “Sharing” pada bahagian atas panel dan seterusnya pilih menu Samba Server. Klik pada fungsi Enable Samba Sharing.

 

Kemudian pada bahagian User Setting klik pada tombol Add

 

Lengkapkan maklumat pada ruangan berikut, pastikan anda hafal kata laluannya terlebih dahulu ya. Setelah selesai, klik pada menu OK.

 

Berikut tetapan yang telah siap di buat.

 

Untuk mengaksesnya menggunakan PC, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mesuk ke menu Run dan masukkan alamat berikut \\192.168.8.1. Perlu anda tahu bahawa alamat tersebut bergantung pada jenis modem yang anda gunakan, kebiasaannya ialah 192.168.1.1 atau 192.168.0.1 dan lain -lain.

 

Maka akan muncul paparan Folder dan fail yang terdapat pada storan yang ingin anda kongsikan tersebut.

 

Kepada anda yang ingin membukanya menggunakan peranti Android boleh ikuti langkah – langkah berikut.

Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi ES File Explorer terlebh dahulu daripada Playstore. Pastikan anda sudah tersambung pada sambungan WiFi terlebih dahulu.

 

Kemudian pilih pada menu pilihan yang terdapat pada bahagian atas kiri aplikasi.

 

Pilih menu LAN dan seterusnya klik pada tombol Scan

 

Sekiranya berjaya, akan muncul paparan perati yang dikongsi seperti berikut

 

Buka dan pilih mana – mana Folder yang ingin anda akses, selesai.

sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 17 Dec 2019

10年来最受欢迎App!脸书家族霸榜

根据《App Annie》分析,从2010年至2019年全球10大热门下载App,第一至第四名都被「脸书家族」包办。

TECH Fri, 12 Jan 2018

Atasi Masalah PC Windows selalu “Restart”

Masalah “Restart” yang kerap dialami oleh pengguna Windows, apa kata cuba tips ini

TECH Wed, 4 Sep 2019

3 Langkah Pulihkan Gambar Yang “Blur”

Gambar ‘blur’? Ketahui cara-cara memulihkan gambar anda yang ‘blur’.

TECH Tue, 16 Oct 2018

「睡眠监测指环」睡美人不需再等王子亲吻才醒!

SLEEPON开发的「GO2SLEEP睡眠监测指环」,号码全球最小,能简易搜集睡眠数据。

TECH Thu, 4 Jul 2019

CyberSecurity Malaysia Harumkan Nama Negara

Menjadi Juara Dalam Pertandingan Siber Antarabangsa

TECH Thu, 1 Mar 2018

简单优雅的桌子一秒变身成置物架

据统计,一张家用的普通桌子每天只用3个小时左右。那么在剩余的21小时里,它除了占用空间,还能怎么用呢?一张来自德国简单又优雅的桌子,为空间利用提供了新思路。

TECH Sun, 29 Dec 2019

Microsoft Umum Tamatkan Sokongan Windows 7 Januari 2020

Microsoft tidak lagi akan memberi kemaskini berkaitan sekuriti terhadap Windows 7.

TECH Sat, 3 Aug 2019

Cara Semak IMEI Handphone

IMEI digunakan untuk mencegah aktiviti penjualan dan penggunaan telefon bimbit yang dicuri.

TECH Mon, 13 May 2019

全球暖化有解?吃这食物可救地球

全球暖化有解?专家:吃「油炸食物」可帮地球降温~

TECH Mon, 2 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Membuat Animasi Menggunakan Android

Pernahkah anda terfikir bahawa peranti Android anda mampu menghasilkan animasi? Kepada pengguna peranti Android, berikut kami kongsikan satu kaedah mudah untuk anda membuat animasi sendiri.