TECH By: SGMS Putri July 13, 2018 @ 1:08pm

Kre8tif 2018 Cyberjaya- Apabila Seni Kreatif Dan Teknologi Digital Bergabung

Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) sebuah organisasi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia bakal meriuhkan Cyberjaya pada 6-12 Ogos ini dalam satu acara tahunan, Kre8tif Conference & Content Festival untuk edisi yang ke-7.

Kepada yang belum tahu, Kre8tif merupakan satu langkah MDEC dalam mempromosi dan mengetengahkan industri kreatif digital kepada penduduk tempatan dan luar negara tentang keupayaan Malaysia dalam bidang ini.

Menurut Naib Presiden Bahagian Kandungan Kreatif dan Teknologinya Hasnul Hadi Samsudin berkata “Kre8tif merupakan satu inisiatif dari MDEC dalam membuka ruang untuk industri tempatan untuk mengambil ilham seni kreatif dan kandungan digital daripada nama-nama terkenal seperti Christopher Brambele, CEO Base FX, Burhanuddin Md Razi, Pengarah Urusan Les’ Copaque, Tiara Jacquelina seniwati tanah air dan ramai lagi”.

Jadi apa aktiviti yang menarik pada Kre8tif tahun ini?

1. Cyberjaya Kre8tif Fun Run   

– Tiket: RM40

– Lokasi: Cyberjaya 

– Masa Berlangsung: 5 Ogos

2.Kre8tif Entertainment Xperience 

– Tiket: Percuma

– Lokasi: Cyberjaya Resort And Spa 

– Masa Berlangsung: 6-9 Ogos

3.Kre8tif Xhibition     

– Tiket: Percuma

– Lokasi: Cyberjaya Resort And Spa 

-Masa Berlangsung: 6-7 Ogos

4. Kre8tif Conference and Business Xchange   

– Tiket: RM650

– Tiket Early Bird: RM350

– Lokasi: Cyberjaya Resort And Spa 

– Masa Berlangsung: 8-9 Ogos

 

5. Cyberjaya Multimedia Festival   

– Tiket: RM30

– Tiket Early Bird: RM20

– Lokasi: Centrus Mall, Cyberjaya

-Masa Berlangsung: 11-12 Ogos

Dengan bertemakan “Kre8 Innov8” tahun ini, Kre8tif Cyberjaya 2018 bakal mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik selama seminggu. Bermula dengan larian Fun Run pada 5 Ogos dan kemudian disusuli oleh beberapa acara persembahan digital kreatif dan animasi sehinggalah ke persidangan teknikal dimana jurucakap jemputan terkenal akan bercakap mengenai pengalaman mereka dalam industri kreatif.

Acara Kre8tif ini akan diakhiri dengan Cyberjaya Multimedia Festival (CMF 18) atau tahun sebelumnya dikenali sebagai Cyberjaya Music Festival. Di sini terdapat bermacam-macam lagi aktiviti yang akan dijalankan termasuklah persembahan music kreatif daripada band tempatan seperti Bittersweet dan Iqbal M, diselangi juga dengan beberapa persembahan teknologi kreatif digital dan seni. Paling penting ada foodtruck!.

Jom meriahkan Cyberjaya, bandar multimedia Malaysia Ogos ini. Boleh dapatkan tiket Kre8tif di sini dan CMF 18 di sini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 23 Jul 2018

TM Dan TNB Batal Kerjasama Sediakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Telekom Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad telah menjalin kerjasama menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi melalui Pelan Fiber Seluruh Negara. Perjanjian persefahaman itu telah ditandatangani pada awal Januari yang lalu namun dilaporkan ia telah dibatalkan dua […]

TECH Tue, 14 Aug 2018

充电速度变慢?手机放口袋方式大不同

现代人大多都会随身携带手机,但你知道手机放在口袋里的方式,会影响它的寿命吗?

TECH Sun, 21 Jul 2019

Cara Menghasilkan Imej 3D Menggunakan Aplikasi Facebook

Facebook baru sahaja memperkenalkan fungsi “3D Photo” pada aplikasi mudah alih mereka.Berikut kami kongsikan cara menghasilkan imej 3D menggunakan aplikasi Facebook.

TECH Sat, 24 Aug 2019

Gunakan Emoji Didalam MacOS

Mula-mula saja susah sekali dah cuba mesti senang kan!

TECH Wed, 4 Dec 2019
TECH Thu, 5 Jul 2018

Kemaskini MIUI 10 Bakal Menyokong 28 Peranti Xiaomi

Xiaomi telah memperkenalkan versi terkini antaramuka MIUI 10 pada majlis pelancaran peranti Mi 8 pada bulan Mei yang lepas. Pelancaran peranti itu juga menandakan sambutan ulang tahun ke-lapan bagi syarikat berkenaan. Terkini, Xiaomi telah mengumumkan bahawa kemaskini ini akan menyokong 28 peranti Xiaomi […]

Events Fri, 8 Nov 2019

HONOR Band 5 Sport Opens For Pre-Sale RM10 Cheaper On 11.11

Get your game on! The smart fitness tracker the keeps you stylish and fashionable all game, all season.

TECH Sat, 21 Jul 2018

Cara untuk Elakkan Ketagihan Telefon Bimbit

Bagaimana cara untuk mengelakkan ketagihan penggunaan telefon bimbit.

TECH Wed, 5 Dec 2018

Travel with a Virtual Doctor Wherever You Go with AirAsia Travel Protection

Now you don’t have to worry about getting medical help on the go.

Automobile Thu, 13 Sep 2018

38 Lamborghinis Already Sold This Year!

I wonder if any of them were purple…

| Live TV