TECH By: SGMS Putri August 23, 2018 @ 5:12pm

Kunci PC Anda Menggunakan “Pendrive”

Kepada anda yang mementingkan keselamatan tambahan, terutamanya ketika anda berjauhan seketika pada PC. Boleh sahaja cuba langkah kesalamatan berikut. Dengan menggunakan kaedah ini, PC yang anda tinggalkan bukan sahaja akan dibekukan tetikus dan papan kekuncinya, malah layarnya juga akan segera digelapkan.

Apa yang anda perlukan hanyalah satu “pendrive” kosong. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

 

Langkah 1

Pertama sekali, muat turun aplikasi Predator dan pasangkan pada PC anda. Klik sahaja pada pautan berikut untuk muat turun.

Predator PC lock

 

Langkah 2

Pasangkan “Pendrive” pada PC, pastikan ianya di Format kan terlebih dahulu sebelum memulakannya.

 

Langkah 3

Masuk ke bahagian “Preference” pada aplikasi Predator dan buat tetapan yang anda inginkan untuk mengunci PC.

Berikut kami sediakan contohnya.

 

 

Langkah 4

Setelah semuanya selesai ditetapkan, maka skroll ke bawah pada bahagian “Flash Drive” dan pilih “Create Key”. Tunggu sehingga prosesnya selesai.

 

Langkah 5

“Restart” kembali aplikasi Predator dan anda akan dapati ianya akan berjalan pada menu notifkasi PC anda. Apabila pendrive tersebut dicabut, maka PC anda akan serta merta di”bekukan” dan layarnya akan menjadi gelap.

Apabila “pendrive” tersebut dimasukkan semula akan muncul satu paparan kemasukan kata laluan untuk mengaksesnya kembali.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sat, 7 Apr 2018

Cara Tetapan DNS 1.1.1.1 Untuk Lajukan & Stabilkan Sambungan Internet Windows & Android

DNS 1.1.1.1 merupakan hasil kerja sama antara Cloudflare dan APNIC. DNS ini dikatakan lebih selamat kerana tidak akan merekodkan data alamat IP yang anda gunakan.

TECH Wed, 20 Jun 2018

Guna Aplikasi Office Tanpa Perlu Pemasangan

Anda perlukan aplikasi ‘Office’ tanpa perlu ‘install’?Anda bole cuba cara ini.

TECH Sat, 17 Mar 2018

Tips Menyelesaikan Isu “No Network” dan “Searching” untuk iPhone 6

Tips kali ini dikongsikan kepada mereka yang mempunya peranti iPhone 6.

TECH Mon, 23 Apr 2018

Lancar Kemaskini Terbaru, Yahoo Mail Kini Lebih Pantas & Hebat

Yahoo Mail kini tampil dengan kemaskini personalization baharu dan lebih pantas dan smooth berbanding biasa.

Automobile Sun, 6 May 2018
Automobile Fri, 16 Feb 2018

HARGA MINYAK TURUN!

Harga tersebut di atas  berkuatkuasa pada jam 12.01 malam 15 Februari lalu sehingga 21 Februari 2018 jam 11.59 malam.

TECH Fri, 20 Jul 2018

Kedai Rasmi NVIDIA Akan Dibuka Secara Rasmi Tidak Lama Lagi

NVIDIA melalui laman Facebook Malaysia mereka telah mengumumkan akan membuka kedai rasmi jenama tersebut di negara ini. NVIDIA terkenal dengan kad grafik yang dipasarkan ke pelbagai lapisan pengguna tetapi pengguna Malaysia tidak berpeluang membeli terus […]

TECH Mon, 20 Aug 2018

Tip Selamatkan Data Pada CD Rosak/Tergores

Adakah anda masih menggunakan CD untuk menyimpan data anda?Berikut merupakan tips untuk mengelakkan CD anda rosak atau tergores.

TECH Sat, 21 Jul 2018

Samsung Sekali Lagi Lakukan Serangan Terhadap Apple

Seperti yang kita tahu, Samsung dan Apple ini adalah seperti Real Madrid dan Barcelona dalam dunia bola sepak, atau FIFA dan PES dalam industri permainan video. Mereka mempunyai peminat atau lebih tepat, penyokong mereka sendiri […]

TECH Sat, 31 Aug 2019

3 “External Hard Disk” Terbaik Mampu Milik Dipasaran

3 “External Hard disk” bersaiz sederhana yang boleh dipertimbangkan