TECH By: SGMS Putri July 26, 2018 @ 5:27pm

Leagoo S10 Akan Hadir Dengan Sistem Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin

Sebuah syarikat pengeluar dari China, Leagoo dijangka akan memperkenalkan sebuah peranti baru, Leagoo S10 tidak lama lagi. Apa yang menjadi tumpuan pada peranti ini ialah ia dikatakan akan hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin.

Teknologi yang pertama kali di bawa masuk oleh syarikat Vivo pada peranti X20 Plus UD ini biasanya akan hadir pada peranti kelas perdana. Apabila Leagoo S10 ini dilancarkan kelak, ia berkemungkinan besar akan menjadi peranti termurah yang menggunakan teknologi tersebut.

Kredit : Leagoo Smartphone@Youtube

Melihat kepada reka bentuk Leagoo S10 dalam video di atas, peranti ini kelihatan sama seperti iPhone X pada bahagian hadapannya. Manakala pada panel belakangnya pula kelihatan menggunakan tona warna yang pelbagai, hampir sama seperti Huawei P20 Pro.

Tiada maklumat berkenaan spesifikasi lain serta harga jualan peranti setakat hari ini. Namun, pemerhati industri menganggarkan ia tidak akan dijual pada harga melebihi $500(~RM2,030) memandangkan Leagoo S9 cuma dijual pada harga $300(~RM 1,218) semasa dilancarkan pada awal tahun ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 2 Jul 2018

Telefon Pintar Nokia Dilapor Bakal Menikmati Kemaskini Android P Seawal Ogos Ini

HMD Global sebelum ini sudah beberapa kali memberi jaminan bahawa semua peranti Nokia keluaran mereka akan menikmati kemaskini sistem Android terbaru dari Google iaitu Android P. Sehubungan dengan itu, menurut laporan terkini daripada laman sesawang nokiapoweruser.com, kemaskini tersebut mungkin akan […]

TECH Sun, 19 Aug 2018

Cara Membuat Potongan (Split Scene) Pada Babak Video Dengan VLC

Berikut kami kongiskan tutorial untuk anda membuat pemotongan babak – babak pada video (Split Scene) dengan mudah dan pantas menggunakan perisian VLC pada PC.

TECH Mon, 27 Aug 2018
Automobile Sat, 8 Feb 2020

抢先体验华为Mate 30 Pro 5G首款获大马SIRIM认证的5G手机!各大电讯公司推出优惠配套

作为大马首款获SIRIM认真的5G手机,华为Mate 30 Pro 5G获本地各大电讯公司支持,纷纷推出优惠配套,让更多用户可抢先体验5G手机到底有多厉害。

TECH Wed, 11 Jul 2018

Potongan Harga Sebanyak RM400 Untuk Huawei Mate 10 Pro

Hampir 8 bulan berada di pasaran Malaysia, harga jualan Huawei Mate 10 Pro dikemaskini dengan penurunan sebanyak RM400. Mula didagangkan pada tanda harga RM3099, peranti dengan skrin paparan 6 inci itu kini boleh dimiliki hanya pada nilai […]

TECH Fri, 4 May 2018

Anda Pengguna Twitter? Pertimbangkan Ini…

Pihak Twitter meminta orang ramai lebih berhati-hati dan mempertimbangkan untuk mengubah kata laluan semua perkhidmatan yang menggunakan kata laluan sama.

TECH Fri, 12 Jan 2018

Atasi Masalah PC Windows selalu “Restart”

Masalah “Restart” yang kerap dialami oleh pengguna Windows, apa kata cuba tips ini

TECH Sat, 6 Jul 2019
TECH Wed, 6 Dec 2017

Cara Menghantar Mesej Whatsapp kepada Nombor Tiada Dalam “Contact”

Pernahkah anda ingin menghantar WhatsApp tetapi kemudian menyedari bahawa nombor tersebut tiada di dalam senarai ‘Contact’ anda?

TECH Mon, 23 Sep 2019