TECH By: SGMS Putri June 5, 2018 @ 10:15am

Mengetahui FPS Peranti Telefon Pintar Tanpa Perlu Proses Root

FPS atau Frame per Second (jangan keliru dengan First-person shooter) merupakan statistik penting bagi aplikasi melibatkan permainan. Ia bagi menentukan kelancaran sesuatu permainan semasa dimainkan. Lebih tinggi kiraan FPS maka hasilnya, permainan nampak lebih lancar tanpa gangguan lag. Untuk komputer biasa, terdapat pelbagai perisian ada di luar sana yang boleh memberitahu berapa kiraan FPS semasa anda bermain permainan tersebut.

Namun kes itu berbeza untuk aplikasi di telefon pintar (Android & iOS) kerana tidak banyak aplikasi yang dapat memberikan angka mengenai kiraan FPS peranti tersebut semasa sesi permainan. Kami telah mencuba pelbagai aplikasi yang mengatakan mereka mampu memberikan angka kiraan FPS untuk telefon pintar namun hanya satu yang kami percayai dapat memberikan angka tersebut secara percuma.

GameBench merupakan aplikasi di dalam store permainan masing-masing yang akan merekodkan sesi permainan individu dan memberikan data mengenai FPS, Bateri, CPU, RAM dan GPU sepanjang sesi permainan berlangsung. Data yang diberikan agak mendalam secara langsung memberikan maklumat penuh tentang apa yang berlaku semasa permainan sedang berjalan.

Di sini kami akan tampilkan cara-cara bagi membolehkan aplikasi ini berfungsi di peranti anda. DIingatkan langkah-langkah ini tidak memerlukan akses root terhadap peranti anda. Anda memerlukan peranti telefon pintar dan juga komputer bagi menjayakan proses ini.

Langkah 1: Muat turun aplikasi GameBench di peranti masing-masing. Aplikasi tersebut boleh didapati secara percuma di Google Play Store untuk Android dan App Store untuk iOS. Untuk penggunaan kali pertama, kebenaran sambungan peranti ke komputer. Kebenaran menggunakan aplikasi juga perlu dibolehkan.

Lanngkah 2: Pastikan Developer Option terpasang yang boleh dibuka di tetapan perantiUSB Debugging from Developers Options juga harus dibuka semasa peranti disambung kepada peranti.

Langkah 3: Di komputer anda, layari laman sesawang GameBench untuk memuat turun tetapan GameBench. Aplikasi ini memerlukan aplikasi Java untuk berfungsi jadi dapatkan Java di siniUntuk sistem operasi Linux dan macOS, lihat di sini.

Langkah 4: Buka aplikasi GameBench di komputer dan peranti anda dan tunggu arahan yang akan keluar di peranti.

Langkah 5: Setelah semuanya berjaya, putuskan sambungan peranti ke komputer dan boleh mula menambah senarai permainan yang mahu diuji.

Permainan perlu dimainkan melalui GameBench bagi menguji prestasi FPS dan bateri di peranti mereka. Data akan dikumpul semasa sesi permainan. Selepas sesi tamat, anda boleh pergi ke dashboard dan tekan ikon graf bagi melihat keputusan penuh prestasi peranti semasa permainan.

sumber : wiser.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 1 Sep 2019

Cara Cegah “Browser History” Dikesan Telco

Semua orang boleh melayari laman-laman sesawang berjam-jam. Tetapi adakah anda tahu bahawa “Browser History” anda boleh dikesan oleh telco?

TECH Wed, 16 May 2018

居家伙伴新选择?波士顿动力机器狗SpotMini明年开卖

你还认为机器狗只是一般玩具吗?波士顿动力公司所研发的机器狗 SpotMini,可以穿梭于各种障碍,还可以成为生活小帮手喔!

TECH Wed, 27 Nov 2019

Cara Membolehkan Mod Incognito Dalam Google Maps

Mod Incognito Dalam Google Maps

TECH Sun, 14 Jul 2019

7 Peranti Pintar “Gaming” Dengan Harga Mampu Milik

Kepada anda yang masih tercari – cari peranti pintar Gaming dengan harga dibawah RM1000, berikut antara 7 peranti yang boleh anda pilih.

TECH Sat, 15 Sep 2018

Cara Padam Gambar Atau Video Pendua Pada iPhone

Antara cara untuk mengosongkan ruang storan untuk Iphone anda.

TECH Thu, 31 May 2018

5 Kelemahan Peranti Pintar “Bezel-Less”

Apakah itu “Bezel-less”? 

TECH Tue, 15 Jan 2019

Senarai Kata Laluan Terburuk di Dunia Talian

Perkara yang penting di dunia dalam talian, salah satu darinya adalah kata laluan, kunci kepada pelbagai servis yang disediakan di internet

TECH Sat, 2 Feb 2019

Jangan Panggil Semula Atau Jawab Panggilan Antarabangsa Yang Tak Dikenali

Patutkah jawab semula atau jawab panggilan antarabangsa yang tak diketahui?……dan kenapa!

TECH Sun, 20 May 2018

Risau Keselamatan Anak, Ibu-Ibu Boleh Ikut 9 Langkah Ini

Risau Keselamatan Anak, Ibu-Ibu Boleh Beli Tracker Watch Ni. Murah Je! atau Risau Keselamatan Anak, Ibu-Ibu Boleh Ikut 9 Langkah Ini

TECH Thu, 20 Sep 2018

你像哪个名画人物?快用这个App测看看

美国科技巨头Google除了发展搜寻引擎与网路服务外,近年也致力于推广艺术与文化,并开发Google Arts & Culture应用程式,将整个线上美术馆带进了手机时代。

| Live TV