Mudahkan Ibadah Ketika Bercuti Dengan Pencarian Arah Kiblat Menggunakan Aplikasi Waktu Solat Malaysia

Menghadap kiblat merupakan salah satu syarat sah untuk menunaikan solat. Ketika berjalan jauh dan ingin menunaikan solat di suatu tempat yang tidak kita ketahui arah kiblatnya, kita akan mencari aplikasi yang dapat membantu kita untuk mencari tahu arah kiblat dengan mudah.

Kiblat merupakan sesuatu yang merujuk arah apabila seseorang Muslim hendak solat. Kiblat merupakan titik rujukan di Bumi, ke arah Kaabah. Dalam amalan agama Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah.

Perlu diingatkan bahawa seseorang Muslim tidak menyembah Kaabah atau kandungannya, Kaabah hanya merupakan titik rujukan untuk solat.

Pada dasarnya, untuk menentukan arah kiblat dapat ditentukan menggunakan kompas atau penunjuk mata angin. Hal ini divalidasikan oleh Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional (LAPAN), bahawa kompas sebagai alat navigasi boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.

Tetapi sekarang, semuanya serba canggih. Apa sahaja yang diperlukan untuk memudahkan segala urusan rutin atau pekerjaan boleh didapati pada hari ini.

Bukan sahaja peralatan yang melibatkan perkakasan rumah dan pejabat sahaja yang mengalami perubahan digitalisasi. Namun, hampir keseluruhan hidup kita dipengaruhi oleh arus pemodenan tersebut.

Ia termasuklah dengan mencari arah kiblat. Jika dahulu, setiap kali ingin mencari arah kiblat, kita perlu ada kompas.

Begitupun, dengan kecanggihan teknologi sekarang, kita boleh sahaja manfaatkan aplikasi di telefon pintar masing-masing untuk mendapatkan arah kiblat yang betul dan tepat. Antara aplikasi yang sangat di cadangkan adalah Aplikasi Waktu Solat Malaysia.

Aplikasi ini mempunyai kompas besar di paparan muka aplikasi tersebut. Jadi, jika anda sedang mencari aplikasi yang ada kompas untuk telefon bimbit anda, anda boleh cuba Aplikasi Waktu Solat Malaysia.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia merupakan aplikasi yang dibangunkan 100 peratus dalam bahasa Melayu, jadi sangat sesuai untuk orang Malaysia.

Paling seronok sebab kita boleh dapatkan aplikasi ini secara percuma. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia supaya kita dapat manfaatkan kompas walaupun di mana kita berada.

Anda boleh memuat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia di Google PlayHuawei AppGallery dan App Store.

Padin