TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 1:25pm

Perancangan YouTube Untuk Video-Video Palsu

Masalah mengenai berita-berita palsu dan maklumat-maklumat salah menjejaskan hampir kesemua saluran sosial media. Samada mahu menyebarkan propaganda atau mahu mengambil keuntungan, penghasilan berita palsu ini oleh pihak tertentu secara keseluruhan hanya memburukkan keadaan bagi kebanyakkan pihak.

YouTube sebagai salah satu penyedia laman sesawang video terbesar di dunia akan melakukan beberapa langkah bagi menangani masalah ini. Mereka mengumumkan perkara ini semasa acara berita di New York.

Langkah pertama adalah mengubah algoritma di dalam YouTube bagi mengutamakan video dari sumber yang boleh dipercayai. Pengguna akan melihat video dari sumber yang tulen meduduki tempat teratas diikuti video-video berkaitan lain.

Seterusnya adalah memasukkan carian Google News di dalam panel YouTube setelah carian video dibuat.

Fungsi ini ditambah bagi menangani isu-isu terkini terutamanya seperti mass shooting yang pernah berlaku di Amerika Syarikat atau konspirasi-konspirasi seperti pendaratan manusia di bulan. Pengguna terdedah dengan cerita-cerita konspirasi yang masih belum dibuktikan kesahihannya.

Dengan memasukkan bantuan teks dari sumber seperti Wikipedia dan Encylopedia Britannia, pengguna diharap tidak hanya melihat maklumat yang berpihak kepada satu sudut sahaja.

Ketua Pegawai Produk YouTube, Neal Mohan berkata penambahan ini akan dilaksanakan untuk 17 negara termasuk Amerika Syarikat dan akan diperluaskan lagi untuk negara-negara lain pada masa akan datang.

Usaha ini adalah sebahagian dari intiatif Google yang bernilai RM 1.2 bilion. RM 101 juta dari nilai tersebut akan diperuntukkan dalam pembiayaan inovasi untuk organisasi berita bagi mendapatkan lebih banyak sokongan dan kerjasama dengan industri berkaitan pada masa akan datang.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 16 Jan 2018

5 Tips Mudah Lajukan Komputer

Ini dikongsikan beberapa cara untuk melajukan komputer anda tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.

Automobile Tue, 24 Apr 2018

选民们看过来!现可通过MySPR Semak手机App查选民资讯

5月9日已被宣布为全国特别公共假期,因此小编在此呼吁已注册成为选民的读者,在投票日一起履行公民责任。为了方便选民,选委会推出了MySPR Semak手机应用程式,让选民们能更方便地了解本届选举的投票站及投票渠道等相关资讯。

TECH Thu, 12 Sep 2019

Dron Kargo Bakal Cipta Evolusi dan Tercatat Malaysia Book of Records (MBOR)

Dron Kargo Bakal Cipta Evolusi Terbaharu Dalam Sejarah Penghantaran Barang Negara

TECH Sun, 25 Feb 2018

Tips Mematikan Notifikasi Pada Chrome Dan Mozilla Firefox

Rimas dengan pelbagai notifikasi ketika melayari internet? Sememangnya Google Chrome dan Mozilla firefox merupakan pelayar laman sesawang paling terkenal dan banyak digunakan diseluruh dunia.

TECH Wed, 5 Dec 2018

5 Sebab Akaun Facebook Boleh Disekat

Ini antara ciri-ciri akaun facebook anda boleh disekat.

Automobile Thu, 6 Dec 2018

停等红灯打到N档较省油?小心频繁打档让变速箱整组坏光光

不说别的,不少驾驶对于变速箱档位的认知,大概仅剩P档停车、D档前进、R档倒退。

TECH Mon, 1 Jan 2018

Tips Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Tips kali ini kami akan berkongsi bagaimana anda boleh menghubung peranti Android terus ke PC secara “Wireless”.

TECH Sun, 3 Jun 2018

Atasi Masalah “Device Not Compatible” Ketika Muat Turun Google PlayStore

Berikut kami kongsikan kaedah mengatasi masalah paparan “Device Not Compatible” di Google PlayStore.

TECH Mon, 21 May 2018

Mahu Terus Fokus Pada YouTube, Aplikasi Vevo Bakal Ditutup

YouTube adalah teras utama perkhidmatan sindikasi muzik iaitu aplikasi Vevo. Terbaharu, syarikat itu mengumumkan perancangan untuk lebih memfokuskan kepada laman perkongsian video itu berbanding aplikasinya.

TECH Mon, 16 Jul 2018

Xiaomi Membayangkan Kemasukan Redmi 6 Dalam Pasaran Tempatan

Xiaomi memang terkenal sebagai pengeluar telefon pintar kelas permulaan berprestasi baik. Bagi memeriahkan lagi pasaran kelas permulaan di Malaysia, Mi Malaysia telah memuat naik satu gambar acah yang memperlihatkan Redmi 6. Dengan jolokan The entry-level smartphone […]