TECH By: SGMS Putri July 3, 2018 @ 5:29pm

Peranti Samsung Menghantar Gambar Secara Automatik Tanpa Pengetahuan Pemilik

Masalah pepijat pada aplikasi permesejan asal Samsung telah menyebabkan ia menghantar gambar secara rawak kepada beberapa kenalan yang disimpan di dalam peranti tanpa pengetahuan pemiliknya. Perkara ini telah menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam laman Reddit dan forum rasmi Samsung sendiri.

Perkara ini telah dialami oleh ramai pengguna Samsung termasuklah kepada mereka yang memiliki model terbaru keluaran Samsung seperti Galaxy Note 8 dan Galaxy S9. Malah, terdapat seorang pengguna Reddit telah memberitahu bahawa peranti miliknya telah menghantar keseluruhan koleksi gambar yang disimpan kepada salah satu daripada kenalannya pada waktu tengah malam.

Penghantaran gambar secara automatik tanpa pengetahuan mampu memberi impak yang sangat besar sekiranya gambar yang dihantar adalah sensitif atau dihantar kepada orang yang tidak diingini seperti pelanggan ataupun majikan. Ia sekaligus akan memberi kesan kepada kehidupan peribadi mereka pada masa akan datang.

Apa yang lebih menakutkan, tiada sebarang rekod penghantaran akan dapat dilihat oleh pemilik peranti sekiranya masalah ini berlaku. Mereka hanya akan mendapat tahu tentang perkara ini sekiranya penerima sendiri yang memberitahu kepada mereka.

Kredit : BGR

Pada awalnya, perkara ini telah dikaitkan dengan kemaskini protokol berkaitan permesejan yang dibuat oleh pihak T-Mobile. Namun, ketika dihubungi oleh pihak Gizmodo, T-Mobile telah menegaskan bahawa masalah berkenaan bukanlah berpunca daripada mereka.

Pengguna Samsung dinasihatkan agar mengubah tetapan berkaitan kebenaran akses kepada aplikasi permesejan Samsung pada peranti mereka. Ini bagi mengelakkan aplikasi berkenaan untuk bebas mengakses senarai kenalan dan galeri peranti.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Wed, 17 Jan 2018

Samsung Galaxy A8/A8+ 正式发布 预购可获RM417礼品

Samsung 首款中端全面屏手机正式发布! Samsung Galaxy A8 和 A8+ 拥有前置双摄,加上支持 IP68 防尘防水标准,开价 RM 1,799 起!挑战竞争激烈的中端智能手机市场!

Automobile Mon, 21 May 2018

Datuk Dahlan Zainuddin Terkejut Terima Cek Bernilai RM100,000

Jumlah ini adalah hasil sumbangan peribadi individu bernama Aryan Farhan, orang perseorangan dan sebuah syarikat sebagai tanda penghargaan buat Dahlan yang mengabdikan diri dalam bidang seni sejak 1975.

TECH Wed, 9 May 2018

这款移动电源居然永不断电?简直是户外神器

世界上最痛苦的事情不是没有手机,而是明明手机在手里却没电,所以移动电源成了很多人手机的标配,但是如果移动电源也没电了呢?

TECH Wed, 14 Nov 2018

5 Cara Lajukan Internet handphone Android 2018

Adakah anda ingin melajukan Internet pada telefon pintar anda? Anda perlu cuba aplikasi ini.

TECH Thu, 5 Jul 2018

Pirate Bay Guna CPU Anda Untuk Melombong Mata Wang Kripto

Sekitar Oktober tahun lalu kita dikejutkan dengan isu Pirate bay yang mengeksploitasi CPU pengguna untuk melombong mata wang kripto. Terdapat perdebatan mengenai perkara ini dimana satu pihak menentang keras perlakuan itu dan disebelah pihak lagi […]

TECH Sat, 17 Feb 2018

Tips Muat Turun Video Daripada Instagram Tanpa Sebarang Aplikasi

Pernahkah anda teringin untuk memuat turn video daripada Instagram tetapi tidak tahu caranya?

TECH Tue, 16 Jan 2018

5 Tips Mudah Lajukan Komputer

Ini dikongsikan beberapa cara untuk melajukan komputer anda tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.

Automobile Wed, 28 Mar 2018

A Car Vending Machine? What?!

This isn’t a toy car vending machine. It’s a life-size car vending machine!

TECH Mon, 23 Jul 2018

Qualcomm Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 720

Cip Snapdragon siri 700 mula diperkenalkan pada Mei lalu bertujuan membantu pengeluar telefon pintar membawakan ciri dan fungsi terbaik yang sebelum ini hanya terhad kepada siri Snapdragon 800 sahaja. Sebelum ini sudah tertirisnya spesifikasi mengenai Snapdragon 710 […]

TECH Mon, 19 Feb 2018

KONTRAKTOR MENANG RUMAH MAIN PERADUAN CELCOM

Big Win adalah sebuah portal anjuran Celcom Axiata  di mana pelbagai peraduan menarik disediakan seperti trivia Fit and Rich, Do-U-Know-Christiano, Duit4Free, pencarian harta karun, permainan papan dan banyak lagi.