TECH By: SGMS Putri January 12, 2019 @ 9:31am

Periksa Bateri IPhone Samada Anda Wajib Menukar Bateri IPhone Atau Tidak?

Umum mengetahui bahawa iOS 11.3 telah dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 2018.

Adakah anda sedar bahawa Apple telah memperkenalkan Battery Health untuk menyemak kesihatan bateri iPhone anda?

Fungsi Battery Health ini hadir pada iOS 11.3 bagi iPhone SE, iPhone 6/Plus dan ke atas. Jika sebelum ini anda mengetahui bahawa Apple telah memperlahankan prestasi iPhone anda disebabkan oleh bateri bukan?

Oleh yang demikian Apple telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengadakan program penukaran bateri iPhone dengan harga serendah RM129 sahaja bagi iPhone SE, iPhone 6/Plus dan ke atas.

Namun, adakah anda wajib menukar bateri iPhone?

Berikut merupakan kaedah yang paling mudah untuk anda menyemak kesihatan bateri iaitu tekan setting-battery-Battery Health (BETA) dan baca Maximum Capacity.

Jika dilihat pada kenyataan Apple sebelum ini. Mereka menghasilkan bateri iPhone yang mampu bertahan sehingga 80% dan ke atas bagi kitaran lengkap caj sebanyak 500 kali

Bermakna sekiranya bateri iPhone anda mencapai kapasiti bawah 80% anda harus terus ke Pusat Servis Apple yang sah untuk menukar bateri baru dengan harga RM129.

Namun, jika bateri iPhone anda 80% ke atas anda tidak perlu risau berkenaan isu ini. Diharap maklumat ini membantu anda.

Walau bagaimanapun, anda juga harus membaca tulisan kelabu di bawah Peak Performance Capability.

Di situ iPhone anda akan nyatakan status kesihatan bateri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 11 Jul 2018

Samsung Electronics Mengumumkan Penghasilan Cip Memori V-NAND Generasi Ke-5

Samsung Electronics sebagai pengeluar komponen elektronik terbesar di dunia termasuk penghasilan cip pemprosesandan memori telah mengumumkan yang mereka telah memulakan kerja-kerja penghasilan cip memori V-NAND generasi ke-5 mereka. Cip dengan antaramuka ‘Toggle DDR 4.0’, pertama di dalam industri […]

TECH Tue, 22 Oct 2019

Karya Anak Malaysia Dimuat Naik Dalam ‘Webtoon’

Mebihi 100,000 orang di aplikasi Webtoon

TECH Wed, 18 Jul 2018

GrabDurian Kembali – Nikmati Durian Musang King Serendah RM 8 Hujung Minggu Ini

Musim durian kembali ! Raja buah ini menjadi kegilaan ramai tanpa mengira bangsa dan umur maka tidak hairanlah ada yang sanggup menghabiskan wang ringgit, mengharungi perjalanan yang jauh serta beratur panjang semata-mata untuk menikmati buah […]

TECH Sun, 25 Mar 2018

Apple Bakal Perkenal Emoji Mesra OKU?

Jika diluluskan, kita bakal melihat dan menggunakan emoji kerusi roda, orang bertongkat dan tangan palsu di telefon pintar anda. Ia kemungkinan akan dilancarkan pada awal tahun 2019. Yeay!

TECH Thu, 28 Jun 2018

Apple Inc. Dapatkan Pembekal Kedua Skrin Paparan LED Selain Samsung

Apple Inc. dikatakan sedang mendapatkan pembekal kedua komponen skrin paparan LED untuk iPhone mereka, mengurangkan kebergantungan terhadap Samsung Electronics. Sebelum ini, iPhone X menggunakan panel AMOLED daripada Samsung Electronics Co. Langkah tersebut penting bagi mengurangkan […]

TECH Mon, 5 Feb 2018

DO YOU HATE MEETING PEOPLE? THEN THIS NEW TECHNOLOGY IS FOR YOU

This new technology-slash-service is comparable to a ‘Human Uber’ as you won’t have to meet people in real life anymore.

TECH Fri, 22 Nov 2019

Cara Mengubah Warna Latar Belakang Gambar Kepada Putih

Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah berikut.

TECH Thu, 19 Sep 2019

3 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Pernahkah anda tahu bahawa kita boleh mengesan “laptop” kita yang dicuri?

TECH Thu, 30 Jan 2020

Cara Mengubah Graf Pada Excel Kepada Lengkung

Kepada anda yang menggunakan perisian Microsoft excel untuk melakukan tugasan kerja dan sebagainya, berikut kami kongsikan cara untuk mengubah bentuk graf garis yang tajam kepada jenis lengkung. Berikut contoh data yang ingin diwakilkan sebagai graf. […]

TECH Tue, 16 Oct 2018