TECH By: SGMS Putri July 22, 2018 @ 9:32am

Puas Hati Atau Tidak Dengan Kelajuan Internet? Luahkannya Dengan Undi Anda Di Sini

Kelajuan sambungan internet di Malaysia tidaklah begitu baik dan tidak sepadan dengan angka bulanan yang dibayar kepada pihak penyedia rangkaian sepertimana yang dilaporkan oleh  The World Bank: Malaysia Economic Monitor.

Walaupun beberapa pengumuman serta tawaran naik taraf rangkaian telah dibuat tempoh hari, masih ada keluhan dari sebahagian pengguna internet di Malaysia dan ada yang merasa terpinggir.

Seperti contoh pelan baru Unifi Basic yang ditawarkan lebih murah berbanding pelan Streamyx sedia ada. Sesetengah pengguna lama berasa kecewa dengan harga pelan lama yang agak mahal pada kelajuan yang tidak seberapa.

Pada waktu yang sama, pelan Unifi lain turut ditingkatkan kelajuannya sehingga 10 kali ganda, suatu perubahan besar bagi perkhidmatan ini sejak sekian lama.

Sebagai sebuah persatuan yang mewakili pengguna dan semua pihak dalam sektor komunikasi serta multimedia, CFM atau Consumer Forum Malaysia tampil mengadakan undian dalam talian.

Anda boleh luahkan sama ada berpuas hati atau sebaliknya dengan perkhidmatan internet rumah juga internet mudah alih.


Online Voting Poll diadakan untuk kaji selidik dan keputusan undian akan dibawa ke dalam perbincangan bersama pihak penyedia perkhidmatan (Telco) dan badan-badan berkepentingan yang lain.

Ditubuhkan pada 17 tahun yang lalu, SKMM menetapkan CFM sebagai platform Forum Komunikasi dan Multimedia yang melindungi hak pengguna.

Sekiranya anda mempunyai masalah yang belum selesai walaupun sudah dilapor kepada pihak penyedia perkhidmatan, anda boleh panjangkan ia ke CFM untuk nasihat dan tindakan yang selanjutnya.

Undian boleh dibuat disini – Online Voting Poll

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 1 Jul 2019

Modem LTE Untuk Simkad Unifi

Kepada anda yang bercadang untuk membeli modem bagi kegunaan simkad, berikut kami kongsikan 3 modem yang terdapat dipasaran yang menyokong fungsi band 5.

TECH Mon, 30 Dec 2019

KKM Arah Henti Jualan Peranti ‘Headphone’ Kurang Kadar Gula

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengarahkan pihak syarikat yang mengedar peranti ‘headphone’ yang didakwa boleh mengurangkan dan mengawal kadar gula dalam darah supaya menghentikan penjualan dan pengedaran peranti itu serta merta. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Noor […]

TECH Wed, 18 Jul 2018

Korea Selatan Bakal Muncul Sebagai Negara Pertama Dengan Sambungan 5G

Sambungan 5G semakin hampir menemui pengguna telefon pintar apabila terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedang dalam proses menghasilkan perkhidmatan tersebut. Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya syarikat pengeluar peranti, pembangun sistem cip serta penyedia perkhidmatan talian mudah […]

TECH Tue, 7 Jan 2020

Pengguna Buat Semakan PTPTN & Cara Untuk Mendaftar

PTPTN ada mengeluarkan aplikasi mudah alih atau apps yang bertujuan untuk menyenangkan para peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN bagi membuat semakan. Namun begitu, difahamkan bahawa pada 2018 atau secara tepatnya 28 November 2018, hanya aplikasi […]

TECH Fri, 9 Aug 2019

Kena Fitnah di WhatsApp, Facebook?

Rupanya ini cara-caranya. Boleh disimpan jika terjadi apa -apa

TECH Mon, 23 Sep 2019
TECH Mon, 22 Jul 2019

Google PlayStore Gagal Berfungsi? Cuba Ini

Adakah salah satu langkah ini berjaya menyelesaikan masalah anda atau anda lakukan dengan cara yang lain?

TECH Fri, 6 Apr 2018

脸书:20亿用户个资「恐无人幸免」被搜刮过

脸书(Facebook)被英国数据分析公司「剑桥分析」利用程式窃取用户个人资料,一开始估计有5000万使用者受害,4日上调至8700万用户资料。脸书也证实,全球20亿用户的个人公开资料,很可能遭到第三方机构挖空。

TECH Thu, 20 Dec 2018
TECH Tue, 3 Jul 2018

iPhone 2018 Didakwa 10% Lebih Laju Serta Digandingkan Dengan RAM 4GB

Platform penanda aras untuk mengukur prestasi telefon pintar, Geekbench, mempunyai satu kejutan bagi peminat Apple yang memperlihatkan keupayaan sebuah peranti didakwa sebagai iPhone 2018. Menggunakan nama kod “iPhone 11,2” dilengkapi dengan papan induk D321AP, beberapa pihak berpendapat […]

| Live TV