TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:14am

Qualcomm Mungkin Hadir Dengan Cip Snapdragon 720

Cip Snapdragon siri 700 mula diperkenalkan pada Mei lalu bertujuan membantu pengeluar telefon pintar membawakan ciri dan fungsi terbaik yang sebelum ini hanya terhad kepada siri Snapdragon 800 sahaja.

Sebelum ini sudah tertirisnya spesifikasi mengenai Snapdragon 710 dan Snapdragon 730, dan kali ini, timbul pula Snapdragon 720.

Difahamkan kewujudan Snapdragon 720 adalah untuk merapatkan jurang antara Snapdragon 710 serta Snapdragon 730.

Bayangan kehadiran Snapdragon 720 mula ditemui pada tweet oleh @MMDJ/. Akaun ini sering tampil dengan bocoran tetapi tweet kali ini cukup ringkas, “SDM720”.

Buat masa sekarang, khabar angin hanya bermain pada nama model cip sahaja sementara spesifikasi teknikal masih belum dapat dipastikan.

Berdasarkan cakap-cakap dari pemerhati, Snapdragon 720 mungkin memiliki ciri NPU sama seperti Snapdragon 730 dan dibangunkan pada senibina sama seperti Snapdragon 710 iaitu 10nm tetapi dengan kelajuan yang dipertingkatkan.

Snapdragon 710 sudah dilengkapkan pada peranti Mi 8 SE, manakala Snapdragon 730 masih belum ditawarkan pada mana-mana peranti.

Sumber: Wccftech

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 29 Aug 2019

Guna Bukan Jenis ‘Fast Charging’ Pun Boleh Cepat Cas

Jom guna cara ini mana tahu cepat nanti cas

TECH Thu, 5 Jul 2018

Facebook Diserang Pepijat, Tarik Balik Sekatan Keatas Akaun Yang Disekat

Fungsi sekatan atau blocking yang terdapat pada tetapan Facebook sememangnya sangat berguna jika anda mahu mengelak daripada seseorang di platform berkenaan. Individu yang sudah disekat tidak boleh melihat apa-apa status anda di garis masa, tidak boleh menghantar […]

TECH Thu, 12 Dec 2019

Google Dedah Senarai Carian Terbanyak Sepanjang Tahun 2019

Wow, bagus juga informasi ini yang dikongsikan oleh Google

TECH Wed, 25 Jul 2018

Google Mahu Gantikan Tugas Pekerja Pusat Panggilan Dengan Teknologi AI

Google sebelum sering kali mempromosikan teknologi kecerdasan buatan(AI) untuk kegunaan syarikat-syarikat dan perusahaan yang didakwa akan dapat memaksimakan kualiti kerja disamping mengurangkan kos. Kini, mereka sekali lagi menegaskan pendirian mereka berkenaan perkara tersebut. Mereka dilihat semakin […]

TECH Tue, 6 Aug 2019

5 Trick Untuk Hasilkan Tulisan Unik Di WhatsApp

Ini dikongsikan kepada anda cara-cara untuk menghasilkan tulisan unik pada aplikasi WhatsApp.

TECH Tue, 13 Aug 2019

Nak Cari DiMana Anda Letak Handphone?

Tak tahu letak mana handphone sebab lupa, cuba cari ni!

TECH Fri, 21 Dec 2018

Cara Memaksa Isyarat pada Android menjadi 4G Sahaja

Seperti yang kita tahu, rangkaian 4G mula berkembang di Malaysia. Bagi anda yang ingin mengunci telefon pintar ke dalam rangkaian 4G, inilah caranya.

TECH Thu, 12 Apr 2018

Apple Akan Berhenti Menyokong Aplikasi 32-bit Tidak Lama Lagi

Pengguna MacOS akan mula menerima peringatan tersebut pada hari ini jika mereka membuka aplikasi yang hanya menyokong 32-bit pada MacOS High Sierra.

TECH Sun, 31 Mar 2019

‘Clone’kan Telefon Pintar Anda

Jika anda ingin meng’clone’kan telefon pintar anda,ketahui cara ‘clone’kan telefon pintar anda disini.

TECH Mon, 1 Jul 2019

Modem LTE Untuk Simkad Unifi

Kepada anda yang bercadang untuk membeli modem bagi kegunaan simkad, berikut kami kongsikan 3 modem yang terdapat dipasaran yang menyokong fungsi band 5.