TECH By: SGMS Putri July 27, 2018 @ 5:26pm

Rakyat Malaysia Tidak Boleh Berenggang Dengan Telefon Pintar

Laporan kaji selidik State of Digital Lifestyles yang dikeluarkan oleh Limelight Networks menunjukkan rakyat Malaysia terlampau bergantung kepada peranti pintar.

Menurut laporan tersebut, hampir 69% rakyat Malaysia tidak mampu bertahan walaupun sehari tanpa telefon bimbit.

Limelight Networks menyatakan komputer riba dan komputer meja adalah peranti kedua yang menjadi kegilaan rakyat dengan 43.4% tidak boleh hidup tanpanya.

Selain itu, diantara 10 negara yang gemarkan e-buku, rakyat Malaysia diletakkan pada tangga yang paling atas dengan 74.7% memilih untuk membaca secara maya manakala 25.4% berminat membaca buku fizikal.

Kandungan dalam talian yang paling digemari rakyat tempatan adalah muzik, filem, rancangan televisyen dan aplikasi.

Walaupun kadar ketagihan kepada peranti pintar kita tinggi, rakyat tempatan terarah kepada kandungan yang percuma berbandingan kandungan yang memerlukan langganan bulanan.

Kaji selidik tersebut dibuat berdasarkan pengguna di 10 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Jepun, India, Korea Selatan, Jerman dan Perancis.

Ia melibatkan sebanyak 5,000 orang responden, terdiri daripada pengguna berumur 18 tahun keatas yang telah memuat turun perisian atau strim video mahupun muzik dalam talian pada bulan lepas.

Sumber: Limelight Networks via Free Malaysia Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 4 Mar 2018

Tips Hentikan Aplikasi Luar Daripada Mengakses Akaun Facebook

Tahukah anda bahawa pendaftaran aplikasi pada peranti pintar dengan menggunakan akaun Facebook berkemungkinan akan menyebabkan maklumat peribadi anda terdedah?

Hiburan Sat, 14 Jul 2018

TIME Beri Amaran Kepada Telekom Malaysia

Awal minggu ini, kita dihidangkan dengan pengumuman berkenaan pakej unifi Turbo daripada Telekom Malaysia(TM) kepada semua pelanggan mereka. Ia tentunya merupakan satu berita yang amat menggembirakan pengguna internet di Malaysia yang sudah lama mengidamkan internet yang lebih […]

TECH Mon, 18 Dec 2017

Tronsmart Perkenal Pengecas Pantas Di Pasaran Tempatan

Tronsmart, pengeluar aksesori telefon pintar terkemuka, kini dengan rasminya telah memasuki pasaran Malaysia dengan memperkenalkan empat produk terbaharunya

TECH Mon, 12 Nov 2018

「鱼草共生」鱼缸征服上班族忙碌的心

疗愈系桌上盆栽是近年的办公室新宠!台湾团队ARKY 利用鱼排泄物或残余饲料来灌溉盆栽,推出不需化学肥料的「鱼草共生鱼缸」适合当成摆设或送礼。

TECH Sat, 13 Apr 2019

Cara Mengubah Saiz & Format Video

Pernahkah anda rasa fail gambar anda terlalu besar? Anda perlu ketahui cara-cara mengecilkan saiznya.

TECH Sat, 21 Jul 2018

Cara untuk Elakkan Ketagihan Telefon Bimbit

Bagaimana cara untuk mengelakkan ketagihan penggunaan telefon bimbit.

TECH Tue, 17 Jul 2018

Yahoo Messenger Ditamatkan Setelah 20 Tahun Berkhidmat

Pertama kali muncul pada Mac 1998, ia dikenali sebagai Yahoo! Pager, satu platform yang menawarkan khidmat pemesejan segera. Cukup popular dalam kalangan anak muda, ia dijadikan sebagai medium komunikasi untuk berbual bersama rakan mahupun pengguna […]

TECH Fri, 2 Feb 2018

Tips Menggunakan Chrome Versi “Night Mode”

Ramai yang suka melayari internet di tempat yang kurang cahaya. Terdapat beberapa cara untuk menjadikan pelayar chrome anda versi gelap (Night Mode).

TECH Tue, 15 Jan 2019

See the Game through New Eyes with the Lenovo Legion Monitors

An ultra-wide curved display made for any gamer that wants a panoramic field of view.

TECH Mon, 17 Sep 2018

Cara Mengesan Lokasi Semasa Insan Tersayang

Kepada anda yang ingin mengetahui lokasi kawan – kawan atau ahli keluarga secara “Real – Time”, berikut kami kongsikan cara mudah yang boleh dilakukan.

| Live TV