TECH By: SGMS Putri July 10, 2018 @ 3:29pm

Samsung Galaxy S10+ Akan Memiliki 5 Kamera

Kehadiran peranti flagship dari Samsung semestinya menjadi perhatian ramai dan tahun ini kita telah menyaksikan barisan Galaxy S9 diperkenalkan dengan membawakan rekaan yang sedikit unik, aperture kamera yang boleh dilaras secara mekanikal. Langkah yang diambil mereka menempatkan S9 antara yang teratas dalam carta kamera terbaik ketika ini. Namun begitu, kami lihat ianya tidak begitu mengujakan pengguna di pasaran dengan jualan yang sederhana.

Maka dengan itu, ianya masuk akal apabila ada khabar angin tentang peranti Galaxy S10 (yang selalunya akan diperkenalkan pada awal tahun depan) akan dimuatkan dengan 3 kamera utama seperti apa yang diketengahkan oleh Huawei P20. Strategi 3 kamera utama dari Huawei adalah satu strategi yang kami boleh katakan bijak, tak kira dari segi fotografi atau pemasaran, ianya adalah genius!

Dalam usaha untuk memberikan ‘inovasi’ baru dalam rekaan mereka, Samsung juga dikatakan bakal memuatkan dua kamera swafoto menjadikan model Galaxy S10 seterusnya memiliki 5 kamera!

Menurut sumber, akan ada tiga model dalam senarai barisan Galaxy S10. Yang pertama (S10) akan hadir dengan skrin 5.8 inci Super AMOLED dan 12MP sudut luas + 12 MP telefoto.

Yang kedua (S10+) dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, Super AMOLED 6.44 inci dan tiga kamera utama 12MP sudut luas+ 12MP telefoto + 16MP sudut 120 darjah (Super Wide Angle). Manakala model ke-tiga (S10+) diberikan penambahan dwi-kamera swafoto disamping tiga kamera utama, menjadikannya peranti dengan 5 kamera.

Adakah anda juga teruja seperti penulis? 5 kamera beb!

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 18 Dec 2018

Tips untuk Meningkatkan Grafik PUBG di Android ke Flat Tepat

Ingn grafik yang cantik masa bermain PUBG ikuti langkah ini

TECH Thu, 11 Oct 2018

Cara Untuk Membatalkan E-mail Yang Telah Dihantar

Kongsikan cara untuk membatalkan sebarang penghantaran mel Gmail dengan berkesan.

TECH Sun, 17 Jun 2018

3 Cara Untuk Mengendalikan Peranti Android Yang Rosak

Kerosakan pada telefon pintar anda?Kami ada beberapa tips mengendalikan telefon anda yang rosak.

TECH Tue, 21 Aug 2018

Cara Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Sedang cuba mengesan telefon pintar anda?Cubalah cara ini!

TECH Sun, 23 Sep 2018

5 Tips Gmail yang Belum Diketahui Banyak Pengguna

Harus diakui, Gmail adalah salah satu aplikasi yang banyak digunakan pengguna smartphone berbasis Android. Dibuat oleh Google dan memudahkan kita untuk berkirim e-mail, aplikasi ini juga menawarkan banyak kenyamanan.

TECH Sun, 28 Apr 2019

Instagram Menguji Cara Baru Untuk Melihat Gambar Pada Explore Tab

Instagram kini dilihat sedang menguji cara baru untuk pengguna melihat gambar pada aplikasi mereka.

TECH Fri, 27 Jul 2018

Samsung Mulakan Proses Pembuatan Cip 16Gb LPDDR4X Generasi Ke-2

Sasmsung Electronics telah memulakan proses penghasilan cip generasi ke-2 10nm 16Gb LPDDR4X DRAM yang dihusukan untuk peranti telefon pintar kelas perdana. Gergasi Korea Selatan itu mendakwa DRAM terbaru dari mereka mampu mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 10% dan pada […]

Automobile Sat, 30 Jun 2018

7月1日起六地方政府「不必再刮泊车固本」

只需下载「精明雪兰莪泊车」手机应用程式,即可缴付雪州6地方政府泊车费!

TECH Sat, 12 Jan 2019

Periksa Bateri IPhone Samada Anda Wajib Menukar Bateri IPhone Atau Tidak?

Adakah anda sedar bahawa Apple telah memperkenalkan Battery Health untuk menyemak kesihatan bateri iPhone anda?

TECH Mon, 26 Feb 2018

Red Velvet Fans Can Now Talk to and Live With Wendy!

Who would have thought that our dreams of talking to our favourite idol everyday or even living with them would actually come true.