TECH By: SGMS Enal December 10, 2019 @ 1:55pm

Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan.

Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar petir, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon.

“Namun begitu kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wayar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir,” katanya kepada Bernama dalam temuramah, baru-baru ini.

Musim monsun yang sedang melanda negara kini menjadi kerisauan kepada penggunaan telefon bimbit semasa ribut petir yang dikatakan boleh membawa maut.

Berdasarkan kajian MetMalaysia, terdapat kira-kira 16 juta ribut petir berlaku setiap tahun di seluruh dunia dan situasi di Malaysia, bagi tempoh 10 tahun iaitu antara 2008 hingga Ogos 2019, sebanyak 132 kes kematian direkodkan akibat terkena panahan kilat.

Daripada jumlah itu, pantai barat Malaysia merekodkan kematian tertinggi dengan 89 mangsa, diikuti Pantai Timur 22 mangsa dan Sabah dan Sarawak sebanyak 21 mangsa.

BAGAIMANA KILAT TERJADI

Jailan berkata kilat merupakan fenomena semulajadi berlaku terutama di kawasan tropika seperti Malaysia namun ia lebih kerap berlaku semasa tempoh peralihan monsun iaitu April-Mei dan Oktober-November.

Fenomena alam tersebut terjadi apabila proses nyahcas elektrik di ruang atmosfera berlaku dan ketika ini, jumlah tenaga yang amat besar dibebaskan serta suhunya mampu mencapai suhu 30,000 darjah Celsius, cukup panas untuk mencairkan pasir silika, katanya.

“Kilat turut memanaskan udara sekitarnya yang mencecah kira-kira suhu 10,000 darjah Celsius secara serta-merta, iaitu hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang mengeluarkan bunyi, dikenali sebagai guruh.

“Proses kejadian kilat berlaku dengan sangat pantas menyebabkan pembentukan libasan kilat yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar.

“Kilat lazimnya terjadi di daratan pada waktu petang dan senja manakala pada waktu malam ia kerap terjadi di lautan,” jelas beliau lagi.

MITOS KILAT TIDAK SAMBAR DI TEMPAT YANG SAMA

Umum mempercayai bahawa kilat tidak akan menyambar tempat yang sama lebih daripada sekali.

Bagaimanapun, Jailan berkata hakikatnya kilat boleh menyambar di mana-mana lokasi lebih daripada sekali.

Keadaan ini boleh berlaku secara kebetulan memandangkan terdapat berjuta ribut petir berlaku setiap tahun, tambahnya.

“Selain itu, antara ciri-ciri suatu kawasan yang cenderung disambar kilat adalah disebabkan faktor ketinggian (objek yang tinggi lebih cenderung dipanah) serta aktiviti yang dijalankan ketika ribut petir berlaku,” katanya.

Jailan menjelaskan mangsa yang disambar kilat boleh mengakibatkan kecederaan parah sehingga membawa maut serta mengalami kelecuran tahap ketiga yang melampaui lapisan bawah kulit termasuk lemak, otot, tulang dan saraf.

“Kilat yang menyambar seseorang mampu menjana voltan elektrik yang amat tinggi sehingga mencecah 120,000 volt, lebih daripada mencukupi untuk menyebabkan kejadian jantung manusia terhenti (cardiac arrest).

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa merujuk ramalan dan amaran cuaca sebelum menjalankan aktiviti luar terutamanya sewaktu tempoh peralihan monsun dengan ribut petir sering berlaku pada waktu petang dan senja,” katanya.

MANFAAT KILAT TERHADAP ALAM SEKITAR

Meskipun berbahaya kepada manusia, Jailan berkata, kilat bermanfaat kepada persekitaran dan fenomena semulajadi ini penting untuk bumi mencapai keseimbangan elektrik kerana bumi akan menerima cas elektrik setiap kali berlaku ribut petir.

Permukaan bumi dan atmosfera boleh mengalirkan elektrik dengan baik melalui nyahcas negatif di permukaan bumi dengan cas positif di atmosfera. Justeru, elektron dari permukaan bumi sentiasa mengalir ke atmosfera, katanya.

“Sekiranya kilat dari ribut petir tidak berlaku, ketidakseimbangan cas elektrik antara bumi dengan atmosfera bumi boleh terjadi.

“Selain itu, kilat juga menghasilkan sejenis bahan kimia yang membantu pembentukan lapisan ozon. Seperti mana diketahui, lapisan ozon sangat penting untuk melindungi bumi daripada sinaran ultraungu yang kuat akibat dari sinaran matahari,” katanya.

Selain risiko terhadap manusia, panahan kilat turut mampu mencetuskan kebakaran hutan secara semulajadi pada skala yang besar terutamanya semasa musim kering, ujarnya lagi.

Sumber: Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 15 May 2018

Donald Trump Lantik Diri Sendiri Sebagai Penasihat Tertinggi AI

Donald Trump lantik diri sendiri sebagai Penasihat Tertinggi AI tidak berasa malu kah?

TECH Sat, 24 Feb 2018

Rakyat Malaysia Ketagih Telefon Pintar!

Malaysia merupakan  antara negara yang  rakyatnya memiliki telefon pintar tertinggi di dunia malah 78.7 %  daripada 24,572,446 adalah pengguna internet.

TECH Fri, 3 May 2019

Jangan Runsing Pilih Kedai Makan, ‘Popular Dishes’ Sedia Membantu!

‘Popular Dishes’ masih belum ditawarkan buat masa ini dan hanya boleh dinikmati melalui aplikasi Google Maps

TECH Tue, 3 Jul 2018

Huawei Dijangka Hadir Dengan Telefon Pintar Gaming Hujung Tahun Ini

Pasaran telefon pintar masa kini semakin berkembang dengan hadirnya model yang memfokuskan kepada permainan mudah alih. Sepertimana Razer dengan Razer Phone, Xiaomi dengan Black Shark dan terbaru, Asus melalui Asus ROG Phone. Tidak mahu ketinggalan, Huawei, […]

TECH Sun, 17 Nov 2019

Cara Menjadikan Tontonan Youtube Lebih Puas Dan “Gempak”

Kepada anda yang gemar menonton youtube menggunakan PC ataupun Laptop, berikut kami kongsikan Extension yang membolehkan anda menonton video pada YouTube dengan lebih berkualiti, yang mana anda boleh mengawal kekuatan bunyi menggunakan Mouse scroll, paparan keseluruhan Youtube juga akan […]

TECH Thu, 19 Jul 2018

Imej Sebenar Honor Note 10 Dikatakan Telah Tersebar Di Internet

Honor sebelum ini mengesahkan penyambungan semula siri Note mereka yang terhenti pada model Honor Note 8 dengan model baru Honor Note 10 Seperti biasa, semakin hampir model itu dengan hari pelancarannya, semakin banyak bocoran imej […]

TECH Wed, 16 May 2018

Harga Langganan Untuk Khidmat Storan Google Kini Lebih Berpatutan

Google One yang terbaru dan terkini dari Google , apa yang menarik tentang Google One kenalah baca

TECH Tue, 26 Dec 2017

2017最受欢迎iOS App出炉!

2017年来到了尾声,苹果目前发布了本年度东南亚(不包括泰国)最热门App排行榜!到底有哪些App会挤进榜内?而你最常用的那个App又是否榜上有名呢?

TECH Thu, 26 Jul 2018

Tiada Adreno Turbo Dari Qualcomm Buat Masa Ini

Kami telah melaporkan berkenaan teknologi Adreno Turbo dari Qualcomm dalam satu kiriman yang telah di buat semalam. Perkara itu tersebar dengan meluas di internet selepas Qualcomm China mengeluarkan satu poster yang memaparkan cip Snapdragon mereka dibelakang sebuah peranti di […]

TECH Mon, 19 Feb 2018

KONTRAKTOR MENANG RUMAH MAIN PERADUAN CELCOM

Big Win adalah sebuah portal anjuran Celcom Axiata  di mana pelbagai peraduan menarik disediakan seperti trivia Fit and Rich, Do-U-Know-Christiano, Duit4Free, pencarian harta karun, permainan papan dan banyak lagi.

| Live TV