TECH By: SGMS Putri July 15, 2018 @ 12:50pm

Setelah Sekian Lama, Notepad Terima Kemaskini

Ketika mana Windows dikemaskini serta dinaiktaraf dengan pelbagai fungsi, Microsoft seakan-akan terlupa satu aplikasi yang sudah lama wujud dalam platform berkenaan, Notepad.

Digarap dari pengumuman kemaskini oleh Google Blog minggu lalu, satu naik taraf signifikan telah diberikan kepada Notepad.

Dua kemaskini utama bakal diperkenalkan iaitu fungsi cari dan ganti teks yang diperbaharui serta fungsi zoom pada teks.

Fungsi cari dan ganti teks sudah tersedia pada Notepad namun kali ini, Microsoft menambah keupayaan wrap-around dimana ia mampu mencari kembali teks dari atas sesudah anda sampai kebahagian bawah dokumen.

Selain itu, ia juga mampu mengingati teks atau nilai terakhir yang anda masukkan pada ruang carian. Apabila fungsi cari dan ganti diaktifkan, teks tersebut akan terpapar secara automatik.

Anda juga boleh menggunakan fungsi zoom teks pada Notepad selepas ini, dimana ia boleh diaktifkan pada pilihan menu View > Zoom. Tahap zoom boleh diubah-ubah dengan cara menekan Ctrl + Plus, Ctrl + Minus atau Ctrl + Roda tetikus. Untuk mengembalikan pada saiz asal, anda hanya perlu tekan Ctrl + 0.

Lain-lain kemaskini yang dibawakan untuk Notepad adalah seperti peningkatan prestasi ketika membuka fail bersaiz besar, sokongan butang Ctrl + Backspace untuk padam perkataan sebelum dan beberapa penambahan lain.

Sumber: Google Blog via BGR

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Automobile Thu, 26 Apr 2018

水温(Water Temperature)过高究竟有多伤引擎?

相信许多人都听过引擎的水温过高,也就是俗称的“水滚”会伤引擎,不过你知道过高的水温究竟对引擎的危害有多大吗?

TECH Mon, 16 Jul 2018

如何避免酒后乱性?佛系智能手环可解决问题

一般来讲,智能手环更多的是为了检测身体健康状况而开发的产品,而New Deal Design最近却开发除了一套全新功用的智能手环,竟然能避免酒后乱性?

TECH Tue, 30 Oct 2018

5 Tips dan Teknik WhatsApp Yang Perlu Diketahui

Adakah anda telah mengetahui semua tips dan teknik untuk ‘Whatsapp’ anda? Jika belum,baca artikel ini.

TECH Fri, 13 Jul 2018

Xiaomi Mi 8 Explorer Terima Kelulusan TENAA, Bakal Dilancarkan Ke Pasaran Tidak Lama Lagi

Xiaomi Mi 8 telah dilancarkan ke pasaran kira-kira dua bulan yang lepas dan telah terjual lebih dari satu juta unit setakat hari ini. Ini dibantu oleh populariti Xiaomi sebagai pengeluar yang mampu menyediakan peranti dengan spesifikasi terkini

TECH Wed, 4 Jul 2018

iflix Free – Bolehkan Anda Strim Secara Percuma

Medium penstriman video dalam talian tempatan, iflix, kini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menonton kandungan mereka secara percuma. Menerusi pengumuman yang di Twitter, platform versi percuma tersebut diberi nama sebagai iflix Free telah diperkenalkan. Melaluinya, akses percuma

TECH Sun, 14 Apr 2019

Cara Mengembalikan Video Yang Telah Dipadam Pada Android

Kepada anda masih tercari aplikasi untuk mengembalikan video ataupun gambar yang telah dipadam pada Android, berikut kami kongsikan aplikasi yang boleh anda cuba.

Automobile Tue, 31 Dec 2019

Lebih Banyak Laluan Khas Motosikal Perlu Dibina

Jika betul ada penambahan lorong motosikal harap dapat kurangkan kemalangan !

TECH Sat, 19 Oct 2019

Cara Simpan Gambar Dalam iPhone Sampai 10,000 Keping

Tidak kira telefon pintar jenis apa pun sampai satu tahap pasti akan berhadapan dengan masalah internal memory tidak cukup ataupun gambar terlalu banyak seihingga storage tidak mencukupi. Ya, tambah-tambah kalau orang yang jenis suka simpan foto-foto katanya

TECH Wed, 7 Feb 2018

HADIAHKAN OPPO F5 ‘DASHING BLUE’ PIKAT SI DIA

Memang cantik peranti “OPPO F5 Dashing Blue” ini.

TECH Thu, 27 Dec 2018

Inilah cara Qualcomm Membuat Snapdragon 855 5G

Prestasi yang lebih pantas, keupayaan AI yang lebih bijak, sokongan Sonic Sensor 3D dan sokongan Qualcomm Elite Gaming. Begitulah cara Qualcomm mencipta Sistem terbaru di Chip (SoC), Snapdragon 855.

| Live TV