TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 2:47pm

Sony Xperia XA2 Plus Diperkenalkan Dengan Slogan ‘Designed To Entertain’

Telefon bimbit pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk berhubung, tapi juga berfungsi sebagai alat hiburan kepada pemiliknya. Menonton video, mendengar muzik, bermain permainan video hinggalah melayari media sosial, semuanya boleh dilakukannya di hujung jari.

Atas sebab itu, Sony mengambil keputusan untuk memperkenalkan sebuah peranti yang direka khas untuk menghiburkan penggunanya iaitu Xperia XA2 Plus. Mereka mendakwa peranti ini adalah peranti yang lengkap terutamanya untuk mereka yang gemar mendengar lagu dan menonton video.

Peranti ini mempunyai skrin paparan FHD+ bersaiz 6 inci dengan nisbah aspek 18:9 yang sesuai digunakan untuk menonton video. Bukan itu sahaja, sistem audio peranti ini juga hadir dengan teknologi audio resolusi tinggi atau Hi-Res Audio.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, Xperia XA2 Plus ini bakal hadir dengan cip Snapdragon 630, kamera utama tunggal 23MP dan kamera hadapan 8MP. Ia juga akan dijana oleh bateri berkapasiti 3,580mAh yang menyokong fungsi pengecasan pantas Qualcomm 3.0.

Model terbaru Xperia ini akan hadir dengan dua pilihan variasi 3GB RAM + 64GB RAM atau 6GB RAM + 128GB RAM serta pilihan warna hitam, perak, hijau dan emas. Bagaimanapun, tiada harga dan tarikh pelancaran rasmi dikeluarkan oleh pihak Sony setakat ini.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Fri, 13 Jul 2018

Cara Menyembunyikan Foto dan Video di Android

Untuk versi Pro ini, anda boleh mendapatkan pelbagai faedah,

TECH Sun, 15 Jul 2018

Simpan Video YouTube Untuk Ditonton Diwaktu Yang Lain

Ingin menonton ‘Youtube’ tetapi tiada masa?Cubalah cara ini.

TECH Sun, 22 Jul 2018

Puas Hati Atau Tidak Dengan Kelajuan Internet? Luahkannya Dengan Undi Anda Di Sini

Kelajuan sambungan internet di Malaysia tidaklah begitu baik dan tidak sepadan dengan angka bulanan yang dibayar kepada pihak penyedia rangkaian sepertimana yang dilaporkan oleh  The World Bank: Malaysia Economic Monitor. Walaupun beberapa pengumuman serta tawaran naik […]

TECH Thu, 28 Jun 2018

McAfee Bukan Sekadar Antivirus, Mahu Fokus Terhadap Perlindungan Data Peribadi

Umum mengetahui McAfee merupakan salah satu perisian antivirus yang popular dan sehingga kini, lebih daripada 375 juta pengguna menggunakannya. Bagi mengembangkan lagi penawaran sedia ada yang berkisar kepada perlindungan daripada perisian hasad, pada acara CES2018, McAfee […]

Automobile Wed, 7 Feb 2018

WANT TO IMPRESS YOUR NOSY RELATIVES THIS CNY? DRIVE A MINI COOPER LAH!

Chinese New Year brings extended family members together to celebrate a joyous occasion. So, it is a good time to impress the uncles and aunties by driving a Mini Cooper back this year.

TECH Sun, 28 Oct 2018

Cara Mengatasi (Remove) Virus Shortcut Pada Komputer dan Pen Drive Anda Kurang 5 Minit

Adakah pendrive anda dijangkiti oleh ‘virus shortcut’?Kami ada jalan penyelesaiannya.

TECH Fri, 17 May 2019

Tune Protect Partners with Flexiroam to 1GB FREE Bring Data Roaming for Policy Holders

Travellers protected with Tune Protect Travel insurance get internet access for use across over 150 countries.

TECH Thu, 11 Oct 2018

Cara Untuk Membatalkan E-mail Yang Telah Dihantar

Kongsikan cara untuk membatalkan sebarang penghantaran mel Gmail dengan berkesan.

TECH Fri, 23 Nov 2018
TECH Tue, 16 Oct 2018

「睡眠监测指环」睡美人不需再等王子亲吻才醒!

SLEEPON开发的「GO2SLEEP睡眠监测指环」,号码全球最小,能简易搜集睡眠数据。

error: Content is protected !!