TECH By: SGMS Putri July 26, 2018 @ 5:59pm

Tiada Lagi Pemain Media VLC Untuk Pengguna Peranti Huawei

Pembangun pemain media terkenal VLC Player, VideoLabs telah mengumumkan bahawa mereka terpaksa menghalang muat turun aplikasi berkenaan melalui Play Store bagi pengguna peranti Huawei. Ia perlu dilakukan memandangkan ramai pengguna Huawei tidak berpuas hati dengan aplikasi tersebut.

Kredit : The Android Soul

Kebanyakan dari mereka telah meninggalkan skor penarafan satu bintang untuk aplikasi VLC Player di platform muat turun Google tersebut. Namun, masalah yang mereka hadapi sebenarnya adalah berpunca dari pihak Huawei sendiri dan bukannya VideoLabs.

Huawei mengamalkan sistem yang akan menghentikan semua aplikasi dari berjalan pada latar bagi menjimatkan penggunaan bateri. Ia sekaligus memberi kesan kepada pengguna VLC Player dimana mereka tidak dibenarkan untuk memainkan muzik pada latar.

VideoLabs mendakwa bahawa pengguna boleh menetapkan fungsi tersebut secara manual di peranti Huawei mereka, namun kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui tentang perkara berkenaan. Maka, mereka terus menyalahkan pemain media VLC itu atas masalah itu.

Bagaimanapun, sekatan ini hanya dikenakan terhadap perantiperanti keluaran terkini Huawei sahaja. Pengguna yang terlibat juga masih boleh memuat turun aplikasi berkenaan dalam bentuk APK. Namun, pengalaman penggunaannya tidak dijamin akan sama dengan muat turun daripada Google Play Store.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Wed, 25 Jul 2018

Batal Kerjasama Antara TM Dan TNB Boleh Elak Monopoli Dalam Industri

Tempoh hari kita dikejutkan dengan berita pembatalan kerjasama yang telah terjalin antara Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad. Pengumuman yang tertera pada laman Bursa Malaysia itu menyatakan pembatalan dibuat adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak tetapi […]

Automobile Mon, 26 Nov 2018

汽车隔热膜更新标准!新法案月底呈交国会

继全面禁止改装 HID 氙气灯后,交通部如今又有新动作:

Automobile Tue, 13 Mar 2018

Volkswagen Bus Is Back With A Revamp New Look And Features!

Volkswagen iconic Hippie bus gets a new look and the company will be releasing a newer version of the hippie bus, with I.D. Buzz and other new features!

TECH Mon, 25 Jun 2018

Kongsi WiFi iPhone Tanpa Mendedahkan Kata Laluannya

Perkara ini sudah biasa kepada pengguna Android, namun kepada pengguna iPhone dengan iOS 11 dan terkini ianya mungkin jarang diketahui. Berikut kami kongsikan cara untuk anda kongsikan sambungan WiFi menggunakan peranti Apple tanpa memerlukan kata laluan. Caranya […]

TECH Sat, 19 Jan 2019

10 Sebab Anda Perlu Jauhi Facebook Messenger

Jom lihat apa yang Facebook mahukan sebelum anda memuat turun aplikasi Messenger

Automobile Wed, 2 Jan 2019

Petrol Pump 跳枪再强灌?小心伤车又伤荷包!

补枪没问题,但 Petrol Pump 跳枪以后还再多次补枪到装不下就不太好了!

Automobile Fri, 20 Jul 2018

5 Rekomendasi Aplikasi Pencari Kerja Terbaik di Android

Ini adalah beberapa cadangan aplikasi carian pekerjaan terbaik yang boleh anda gunakan secara langsung pada telefon pintar Android.

TECH Sun, 2 Sep 2018

Cara Untuk Mengunci Folder Pada PC

Risau akan fail – fail sulit anda diakses oleh orang lain? Berikut kami kongsikan salah satu cara untuk anda mengunci folder sulit anda pada PC dengan mudah.

Automobile Tue, 18 Sep 2018

养车小知识:Engine Bay可以用水清洗吗?

用水清洗 Engine Bay 真的会造成引擎和电子部件损坏吗?

TECH Sat, 1 Jun 2019

Swafoto Lebih Baik Dengan Samsung Galaxy Note9, Bukan Kerana Kameranya Tapi…

Apa yang menjadikan Samsung Note9 dapat menghasilkan gambar yang cantik?