TECH By: SGMS Putri August 16, 2018 @ 11:31am

Tiga Aplikasi Menarik Untuk Naikkan Seri Instagram Stories Anda

Sejak Instagram Stories mula diperkenalkan, pengguna Instagram menggunakan ciri itu sebagai ruang untuk berkongsi gambar dan video berdurasi 15 saat. Ada yang berkongsi tentang kehidupan seharian dan juga pengalaman. Tidak lupa  pada mereka yang menguruskan jualan atas talian, Instagram Stories digunakan untuk mempromosikan barangan mereka dengan lebih lanjut.

Bagi sesetengah pengguna, mereka mahukan kelainan pada Instagram Stories mereka untuk menarik perhatian followers terutamanya dari segi susun atur kandungan perkongsian. Bunyinya macam susah tapi sebenarnya amat mudah. Kini, terdapat beberapa aplikasi yang boleh anda cuba untuk membuat Instagram Stories anda lebih cantik dan menarik.

  1. Unfold

Instagram Stories yang lebih kemas dan tersusun akan menarik minat pengikut Instagram anda untuk terus menonton Stories anda. Aplikasi Un ini sesuai bagi mereka yang mahukan susun atur yang simple dan elegan untuk berkongsi gambar dan video.

Anda juga boleh letakkan keterangan pada templat tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Contoh Instagram Stories menggunakan Unfold

 

 

  1. InShot

Jika mahukan kelainan pada rakaman video anda, aplikasi InShot amat sesuai untuk anda mulakan misi kreatif anda. Aplikasi ini menyediakan filter dan effect yang terkini untuk anda cuba. Anda boleh masukkan lagu, suara latar, emoji dan tulisan ke dalam video anda. Anda juga boleh laraskan saiz video pada ciri canvas mengikut kesesuaian yang anda inginkan.

Edit video dan gambar menggunakan Inshot

 

  1. designlab

Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis templat mengikut tema. Apa yang menarik tentang aplikasi ini adalah anda boleh pilih templat yang disediakan dan edit kesemua bahagian pada templat tersebut dengan mudah. Designlab berbeza dengan Unfold kerana aplikasi ini menyediakan templat yang berwarna-warni dan rekaan yang lebih kreatif berbanding Unfold yang hanya sediakan templat untuk anda susun atur gambar dan video.

Contoh templat dalam designlab

 

Untuk hasil yang lebih kreatif dan lain daripada yang lain, anda boleh menggunakan ketiga-tiga aplikasi ini untuk menghasilkan Instagram Stories yang lebih cun!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 15 Sep 2019

Cipta Konsep Ambulans Seakan Monorel

Elak Tersangkut Dalam Kesesakkan Lalu Lintas

TECH Thu, 19 Jul 2018

MacBook Pro Dengan Cip Core-i9 Hadapi Masalah Penyejukan?

MacBook Pro yang dilancarkan Apple Inc. baru-baru ini telah mendapat naik taraf yang sepatutnya apabila cip pemprosesan Intel Core generasi ke-8 mula digunakan. Dengan tetapan terbaik, pengguna boleh mendapatkannya dengan cip Intel Core-i9 dengan clockspeed asas 2.9GHz dan storan […]

TECH Thu, 19 Sep 2019

3 Aplikasi Untuk Mengesan “Laptop” Yang Dicuri

Pernahkah anda tahu bahawa kita boleh mengesan “laptop” kita yang dicuri?

TECH Thu, 12 Jul 2018

Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini

Samsung Galaxy Note 9 akan diperkenalkan di Korea Selatan pada 24 Ogos ini, lapor sebuah portal tempatan ETNews semalam. Sekiranya ia berlaku, ini bermakna Note 9 telah dilancarkan lebih kurang 3 minggu lebih awal berbanding peranti sebelumnya, Note 8 […]

TECH Thu, 3 Oct 2019

华为推介13款新产品!与HMS共同打造一个全生态系统

Huawei Malaysia推介13款新产品!与Huawei Mobile Service携手打造一个全生态系统。

TECH Sat, 19 May 2018

Anda Kini Boleh Memuat Naik Instagram Stories Secara Pukal Di Instagram

Buat masa ini, kemaskini terbaru Instagram ini hanya tersedia untuk aplikasi Android sahaja namun ia dijangka akan menemui pengguna iOS pada masa terdekat.

TECH Fri, 13 Jul 2018

Intel Tidak Menutup Jenama Ekstrim Mereka Untuk Kelas PC Premium

Terdapat khabar angin mengatakan yang Intel sudah bersedia untuk tidak lagi menggunakan jenama Extreme Editionyang disasarkan untuk PC kelas premium. Menurut tweet dari Francois Piednoel, seorang bekas arkitek cip Intel yang sudah bekerja selama 20 tahun […]

TECH Tue, 12 Dec 2017

Tips Mudah Memotong Fail Muzik Jenis MP3

Ramai diantara kita yang mempunyai fail MP3 tetapi tidak tahu cara untuk menyuting fail muzik jenis MP3 tersebut. 

TECH Thu, 14 Dec 2017

Tips Mengesan lokasi Peranti Yang hilang Menggunakan SMS

Pasti ramai di antara kita yang pernah hilang telefon pintar mahupun peranti pintar yang lain. Tahukan anda bahawa kita boleh mengesan lokasi peranti yang hilang itu?

TECH Fri, 29 Nov 2019

Cipta Aplikasi Dating Yang Cuma Pilih Dia Seorang Saja

Disebabkan tidak mahu bersaing dengan sesiapa cipta applikasi ni.

| Live TV