Kepada pengguna iPhone, memang susah untuk memuat turun video daripada Facebook kerana tahap keselamatanya yang tinggi.
Berikut adalah tips yang boleh digunakan oleh pengguna iPhone untuk memuat turun sebarang Video pada Aplikasi Facebook. Ikuti sahaja langkah – langkah berikut.
Pertama sekali pasang aplikasi MyMedia daripada Appstore terlebih dahulu
Seterusnya pilih mana – mana video yang anda berkenan pada Aplikasi Facebook dan buat salinan pautannya terlebih dahulu dengan menu “copy Link”
Kemudian buka aplikasi MyMedia, klik pada Tab Browser dan tampalkan pautan tersebut pada ruangan URL
Setelah terbuka paparan video tadi
Klik dan tahan pada paparan video tersebut sehingga keluar paparan untuk muat turun seperti berikut, pilih menu Download File.
Seterusnya namakan fail tersebut dan ianya akan terus dimuat turun.
Anda boleh lihat video yang sudah siap di muat turun tersebut pada Tab Media
Selamat mencuba!