TECH By: SGMS Putri November 13, 2018 @ 8:51am

Tips Memilih Portable Hard Disk yang Tahan Lasak, Berkualiti dan Menjimatkan Wang Anda

Bingung hendak memilih di antara desktop external atau portable hard disk?

Tidak tahu apa ciri-ciri yang perlu dilihat untuk kegunaan anda?

Atau anda risau tiada storan sandaran kedua sekiranya cakera keras laptop anda rosak?

Tunggu.

Biar saya terangkan dahulu apa perbezaan di antara desktop external hard disk dan portable hard disk ini.Masih ramai yang bingung dengan dua istilah ini.Desktop external hard drive biasanya memerlukan sumber kuasa dari soket rumah manakala portable hard drive hanya menggunakan kuasa daripada port USB laptop anda.Mudah kata, ianya bukan dalam kategori “mudah alih”. Biasanya ia juga agak besar dan berat untuk di bawa keluar.

Masalahnya, masih ramai yang merujuk portable hard disk sebagai external hard disk padahal ia merupakan dua istilah yang berbeza.Untuk pengetahuan anda, portable hard drive atau cakera keras mudah alih lebih popular dalam kalangan pengguna di Malaysia.

1. Pilih ruang simpanan atau storan data mengikut penggunaan

Cari storan sekurang-kurangnya 500 GB. Lebih besar ruang simpanan yang anda pilih, lagi banyak data yang boleh anda simpan.Setakat menyimpan dokumen seperti word,excel dan powerpoint, 500 GB sudah dikira lebih daripada mencukupi.

tips memilih portable hard disk

Tapi…

Sekiranya anda seorang yang suka mengambil gambar dengan kamera, memuat turun lagu, menyunting foto dan video, carilah storan 1 TB atau 2 TB.Saya yakin ruang simpanan itu memadai untuk anda.

2. Boleh lakukan kerja-kerja pemindahan data dengan laju

Sangat bagus jika anda boleh memindahkan data sepantas kilat. Kerja anda akan lebih produktif serta menjimatkan masa anda.Biasanya cakera keras mudah alih jenis lama mempunyai sambungan USB 2.0.Kini, kebanyakannya telah mempunyai sambungan USB 3.0. Kelajuan penghantaran data USB 3.0 adalah lebih kurang 5 Gbit/s (625 MB/s).

tips memilih harddisk external

Maksudnya?

Kelajuan USB 3.0 ini adalah 10 kali ganda daripada kelajuan USB 2.0. Ini sudah dikira cukup laju untuk kegunaan kita sehari-hari.

Cara mengetahuinya?

Mudah.

Lihat salah satu port laptop anda jika berwarna biru.

Jika ada, itu bermaksud port laptop anda menyokong kelajuan sehingga USB 3.0.

Nasihat daripada saya, sekiranya laptop anda tidak menyokong USB 3.0, beli sahaja cakera keras mudah alih yang menggunakan USB3.0.

Sebab apa?

Cakera keras mudah alih yang mempunyai USB 3.0 mempunyai ‘backward compatibility’ dengan USB 2.0.

3. Cakera keras tersebut jenis yang mudah di bawa ke mana-mana

Saya telah menyebut perkara ini pada awal-awal artikel saya tadi.Mudah alih adalah jenis yang boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Ia juga biasanya lebih kecil dan ringan.Jika bukan mudah alih pula adalah jenis desktop external hard disk.

external hard disk terbaik malaysia

Kenapa kita perlu memilih jenis yang mudah alih?Selain daripada kecil, ringan dan senang di bawa ke mana-mana, sumber kuasa juga adalah daripada sambungan port USB laptop kita.Anda tidak perlu bersusah payah menyambung pada soket rumah anda.

4. Cari tempoh jaminan yang panjang

Jaminan sangat penting.Kita tidak tahu sekiranya cakera keras mudah alih yang kita beli ada manufacturing defect. Kita boleh menuntut jaminan sekiranya ia rosak ketika dalam tempoh jaminan.Jika boleh, cari tempoh jaminan dari 2-3 tahun. Lagi panjang tempoh jaminan sesuatu produk, lagi bagus untuk anda.

external hard drive terbaik

 

Sesetengah syarikat besar memberi tempoh jaminan yang lama kerana mereka yakin produk yang dihasilkan sangat berkualiti tinggi.Contohnya jenama daripada Seagate, Western Digital dan Adata menawarkan jaminan sehingga 3 tahun.

5. Mempunyai ketahanan yang kuat serta tahan lasak

Ciri-ciri ini sepatutnya ada pada semua cakera keras mudah alih. Tahan lasak di sini bermaksud ia tidak mudah rosak jika terjatuh daripada meja.Jika ia terjatuh sekali dan rosak, tentu anda rasa kecewa kan. Kadang-kadang kita bukan sengaja menjatuhkan cakera keras mudah alih kita.

jenama external hard disk terbaik

 

Ada juga yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti kalis air (waterproof), kalis debu(dustproof) dan anti gegaran (shockproof) yang kuat.Sangat sesuai bagi anda yang bergerak aktif seperti mengembara ke luar negara atau yang memang bekerja dalam situasi yang terdedah kepada air dan habuk.Jikalau boleh, carilah ciri-ciri seperti ini.Anda pasti tidak akan menyesal.

6. Dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai dan banyak menerima anugerah

 

Kebanyakan cakera keras mudah alih sekarang memang bagus.Saya juga yakin setiap tahun syarikat yang mengeluarkan produk ini sentiasa bekerja keras untuk memperbaiki kualiti produk mereka.Jadi tidak hairanlah beberapa syarikat seperti Western Digital, Seagate dan Adata sentiasa memenangi banyak anugerah.

jenama external hard disk yang terbaik

Kalau anda hendak membeli cakera keras mudah alih, anda patut melihat pencapaian syarikat-syarikat ini.Ini membuktikan mereka memang serius dalam mengeluarkan produk yang benar-benar berkualiti dan menepati standard antarabangsa.Sentiasa utamakan jenama yang biasa anda lihat di mana-mana tempat.Jangan beli jenama yang anda tidak pernah dengar sama sekali untuk mengelakkan anda terbeli produk tiruan.

7. Harga yang berpatutan dengan kualiti

Biasanya harga adalah berbeza-beza mengikut jenama, spesifikasi dan kelebihan yang ditawarkan.Harga bagi portable hard disk atau cakera keras mudah alih 500 GB adalah sekitar RM203-RM280.Untuk yang mempunyai storan 1 TB, harga adalah sekitar RM210-RM300 dan untuk 2 TB pula harga adalah sekitar RM380-RM500.

harga harddisk external terbaik

Anda perlu tahu, harga-harga ini sentiasa berubah-ubah setiap masa.Selalunya apa yang membuatkan harga menjadi mahal adalah disebabkan nama jenama syarikat tersebut.Semakin kuat jenama syarikat tersebut maka semakin mahal harga produk yang mereka jual.Contoh terdekat adalah daripada Western Digital. Biasanya harga mereka lebih mahal berbanding dengan pesaing-pesaing mereka.

8. Ciri-ciri keselamatan tambahan

Carilah yang mempunyai ciri-ciri keselamatan di mana anda boleh menetapkan kata laluan pada peranti tersebut.Fungsi ini sangat berguna bagi mereka yang mahu menyimpan data sulit peribadi atau syarikat di tempat bekerja.Ciri kedua biasanya mempunyai fungsi untuk ‘automatic backup’ dan ‘synchronize data’ di komputer kita kepada cakera keras mudah alih.

harddisk external 1tb terbaik

Ciri-ciri ini sangat bagus jika ada. Anda tidak perlu risau sekiranya data anda  hilang secara tiba-tiba, terkena virus, atau mungkin berlaku kecurian laptop.Semuanya telah di backup dan di synchronize ke cakera keras mudah alih anda.Ini merupakan suatu fungsi yang wajib jika anda mementingkan keselamatan data anda.Tidak semua cakera keras mudah alih mempunyai fungsi-fungsi tambahan ini.

10. Pilihan ciri-ciri khusus yang mungkin anda perlukan

Untuk kekal relevan di arena teknologi pada hari ini, pengeluar membuat produk mereka dengan pelbagai ciri baru yang kita tidak pernah bayangkan.Salah satu daripadanya ialah sambungan Wi-Fi yang membenarkan anda menyambung peranti anda kepada laptop tanpa perlu menggunakan sebarang wayar.

hardisk portable terbaik

Sambungan Wi-Fi ini adalah sama ada melalui memasang Wi-Fi AP pada cakera keras mudah alih tersebut ataupun menggunakan teknologi Bluetooth.Kelajuan pemindahan fail menggunakan sambungan Wi-Fi ini tidaklah sepantas dan se-stabil seperti sambungan melalui USB.

Jika jumlah port USB anda sangat sedikit, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban membawa wayar ‘USB’ yang menambah berat beg laptop anda.Selain daripada itu, terdapat juga ciri yang membolehkan pengguna memindahkan fail daripada kad SD kepada cakera keras mudah alih secara automatik tanpa perlu menggunakan komputer.

Setakat ini sahaja perkongsian pada kali ini.Moga artikel ini bermanfaat untuk anda dan anda mendapat ‘hard disk’ yang anda impikan.

Sumber : aftechcomputersolutions.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 17 Jul 2019
Featured Wed, 6 Apr 2022

Pengurus Tangmo Nida, Gatick Mengaku Beri Keterangan Palsu

Tapi memang ramai yang mendakwa Gatick ni dalang disebalik kejadian

TECH Sun, 12 Jan 2020

Kenali Rupa Bentuk Plag Dan Soket

Dengan adanya lebih daripada 15 jenis plag dan soket dinding digunakan di seluruh dunia, perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melancong ke luar negara adalah mengenal pasti penyambung mana yang harus kita bawa. Bak kata […]

Hiburan Mon, 21 Oct 2019
Featured Tue, 10 May 2022
Featured Sat, 13 May 2023
Hiburan Thu, 17 May 2018

Janna Nick Makin ‘Membawang’ Lepas Jadi Hos Melodi

Amboi dah boleh join makcik makcik bawang lah kalau macam nie

Hiburan Mon, 29 Jan 2018

BRAZILIAN PLASTIC SURGEON EXPLAINS HOW SCIENTIFICALLY PERFECT V’S FACE IS

Many people in the world already know just how handsome V of BTS is. But now it is scientifically proven too!