TECH By: Rosli Ab Rahman January 10, 2019 @ 11:20am

Tips mengenai Telefon Dan Kecemasan

Adakah anda pernah terserempak situasi mencemaskan seperti kemalangan yang melibatkan orang tidak dikenali. Pastinya dalam situasi kecemasan seperti itu, perkara yang anda lakukan ialah menghubungi pihak keselamatan dan bantuan untuk si mangsa.

Selepas itu, anda akan cuba menghubungi waris atau kenalan mangsa untuk memberitahu mengenai kejadian yang berlaku. Tetapi timbul pula sedikit kesukaran apabila mangsa tidak sedarkan diri dan telefon pintar dipasang dengan pin keselamatan. Sebelum ini, telah terjadi beberapa kejadian sehingga orang ramai yang berada di lokasi terpaksa menghebahkan melalui laman sosial untuk mengenalpasti mangsa memandangkan telefon mangsa sendiri dikunci dengan ‘screen lock’.

Memandangkan di Malaysia sistem ICE masih lagi tidak digunakan dengan meluas tetapi di barat, perkara ini boleh menjadi satu kewajipan dan dihebahkan sebagai kempen kesedaran umum. Kempen ini telah bermula sejak tahun 2005 di United Kingdom.
Apa itu ICE?. Ianya singkatan untuk In Case of Emergency atau dialih bahasanya kepada ‘jika berlaku kecemasan’.

Apakah perkara penting dalam ICE?.

 

  1. Pilih kenalan atau keluarga yang berdekatan dengan anda. Masukkan segala maklumat berkaitan dalam phone book anda.
  2. Beritahu mereka dipilih sebagai ICE dan beritahu segala keperluan perubatan anda seperti mengambil insulin dan sebagainya.
  3. Namakan dengan akronim yang mudah dan sama seperti ICE Isteri, ICE Abang.
  4. Jika anda meletakkan lebih dari seorang, buat turutan mengikut kepentingan seperti ICE1 Isteri, ICE2 Abang, ICE3 Ayah.

 

Tutorial : Mencari dan Menambah nombor ICE

1. Tahukah anda di dalam android telah tersedia ‘group’ untuk ICE. Anda hanya perlu memilih dan masukkan nombor yang berkenaan sahaja.

 

Untuk mencari nombor yang perlu dihubungi jika anda menjadi orang terawal di lokasi.

 

Tekan butang ‘HOME’ dan pilih ‘Emergency Call’

 

Gambar 1

 

Pilih symbol yang berkenaan

Gambar 2Gambar 2.1

 

Pilih dan hubungi nombor yang tertera

Gambar 3

 

2. Menambah nombor ICE

a. Buka phone book anda dan pilih nombor yang berkenaan dan namakan semula (contoh: rujuk gambar di atas)

b. Skroll ke bawah dan pilih ‘group/kumpulan’

c. Pilih senarai berikut; ‘ICE – emergency contact’

P/S : Pastikan telefon tidak kehabisan bateri

 

Sumber : TheSkop.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 30 Jul 2019

IPhone Tahun 2020 Bakal Dapat Sokongan 5G?

Pada tahun 2020 adalah satu sasaran utama untuk keluaran model iPhone dengan sokongan 5G.

TECH Wed, 18 Sep 2019

Jika Telefon Pintar Masuk Air Cuba Cara Ini

JIka boleh elak memang bagus tetapi kalau terjadi ini antara caranya ye

TECH Sat, 28 Jul 2018

PUBG Dan Fortnite Dilaporkan Bakal Terima Persaingan Baru

Sebut sahaja permainan video jenis battle royale, pastinya permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds(PUBG) dan Fortnite yang akan terlintas di fikiran kita terlebih dahulu. Jika untuk platform mudah alih, mungkin Free Fire dan Rules of Survival termasuk dalam […]

TECH Tue, 18 Sep 2018
Events Wed, 29 Aug 2018

Berita Baik! Tonton Kini Ditayangkan Secara Percuma

Langkah ini sekaligus membolehkan tonton  menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya

TECH Tue, 1 Jan 2019

Cara Pasang Poni ala iPhone X di Semua Android

Mari kita cuba pasang poni ala iPhone X

TECH Tue, 23 Apr 2019
TECH Wed, 4 Jul 2018

Promosi Tiket Wayang RM 7 Sahaja Dengan Pembelian Menerusi E- Dompet Touch ‘n GO

Bosan dan tidak tahu untuk buat apa dihujung minggu? Anda mungkin boleh luangkan masa untuk menonton wayang dan nikmati promosi Legendary 7 dari Touch ‘n Go. Promosi ini dilihat sebagai salah satu cara Touch ‘n […]

TECH Fri, 8 Nov 2019

Cara Alternatif Untuk Menyekat Iklan Pada Chrome

Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menyekat paparan iklan yang bertalu – talu ketika melayari laman sesawang menggunakan Chrome. Berikut kami kongsikan salah satu kaedahnya. Pertama sekali buat carian AdBlock Plus pada carian Google dan buka pautan […]

TECH Thu, 29 Aug 2019

Guna Bukan Jenis ‘Fast Charging’ Pun Boleh Cepat Cas

Jom guna cara ini mana tahu cepat nanti cas