TECH By: SGMS Putri July 12, 2018 @ 1:17pm

TM Umum Kenaikan Kelajuan Tanpa Cas Tambahan Untuk Pelanggan Mereka

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, TM telah mengumumkan bahawa pelanggan pakej Unifi mereka akan menerima penaikkan-taraf kelajuan internet mereka sehingga 10 kali ganda lebih pantas dengan pengenalan Unifi Turbo. Perkara ini telah disahkan oleh pihak TM pada 12 Julai.

Lebih menggembirakan lagi, tiada kenaikan harga pada cas bulanan dikenakan pada peningkatan kelajuan ini. Ia bermakna, anda akan menikmati internet jalur lebar dengan kelajuan 10 kali lebih pantas dengan cas bulanan yang sedia ada.

Kredit : TM Group

Menurut TM, pengguna yang melanggan pakej pada kelajuan internet 30Mbps akan menerima peningkatan kepada 300Mbps50Mbps ke 500Mpbs dan pengguna internet berkelajuan 100Mbps pula akan menikmati kelajuan sehingga 800Mbps. Manakala bagi pelanggan pakej 20Mbps ke bawah, kelajuan internet mereka akan dipertingkatkan kepada 100Mbps.

Bagi pengguna Streamyx pula, anda tidak perlu risau kerana jika anda tinggal di kawasan yang menerima sambungan Unifi, internet anda juga akan dinaiktaraf ke Unifi secara percuma. Jika tidak, anda akan menerima peningkatan kelajuan dua kali ganda berbanding yang sedia ada atau ke kelajuan maksimum yang menyokong tempat tinggal anda.

Perubahan kelajuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Ogos ini dan dijangka berakhir selewat-lewatnya pada penghujung tahun hadapan. Bagi mereka yang belum melanggan sebarang pakej internet TM, daftar segera sebelum 31 Disember ini untuk menikmati peningkatan kelajuan pada tahun hadapan.

Baca juga – Unifi Basic 30Mbps Dengan Harga Langganan RM 79 Sebulan

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 7 Oct 2018

手机App能刺绣!日本推「智能缝纫机」就算手残也不怕~

现在只要有了日本JANOME的小型缝纫机「IJ521」,以后想要刺绣送给心上人,就不怕会漏气啦~而且只需要用手机APP就能操控喔!

TECH Mon, 20 Aug 2018
TECH Sat, 6 Oct 2018

Jadikan Kad MicroSD Sebagai “Internal Memory” Telefon Pintar

Adakah anda memerlukan ‘extra storage’ untuk telefon bimbit anda? Kami ada cara untuk menukarkan kad micro sd anda daripada ‘external storage’ kepada ‘internal storage’.

Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Penyiar Antarabangsa German Jalinkan Hubungan Digital Bersama Tonton

Deutsche Welle (DW) mengumumkan bahawa mereka akan menjalinkan kerjasama bersama tonton. 

TECH Tue, 17 Sep 2019

Cipta Peranti Anti Dera, Anti Strok Haba Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 2

Tahniah buat pelajar -pelajar ini dimana rupanya banyak pencapaian cemerlang yang telah diperolehi sebelum ini

TECH Thu, 12 Jul 2018

Mak Cun’s Adventures Sees Massive Amount of Downloads

People are seriously loving the game.

TECH Fri, 15 Nov 2019

Cara Kuatkan Bunyi Ketika Menonton Video Pada Chrome

Kepada anda yang gemar menonton video menggunakan Chrome khususnya kepada pengguna Laptop, sememangnya agak jengkel dengan kualiti bunyi yang agak perlahan. Berikut kami kongsikan salahs atu alternative untuk menggandakan kekuatan bunyi pada pelayar Chrome ketika menonton […]

TECH Fri, 7 Dec 2018

Tips Untuk Menjaga Kamera DSLR Supaya Kekal Lama

Mesti ada yang tertanya, macam mana nak menjaga Kamera DSLR kekal lama?

TECH Sat, 26 Oct 2019

Serangan Ransomware Menyebabkan Sistem Bandar Johannesburg Tergendala

Pada 25 Oktober lalu bandaraya terbesar Afrika Selatan, Johannesburg telah diserang ransomware. Serangna tersebut sekaligus menyebabkan sistem bandaraya itu termasuklah servis e-platfom, laman sesawang, sistem bayaran bil atas talian terpaksa diberhentikan oleh pihak berkuasa. Menerusi perkongsian oleh pihak media […]

TECH Thu, 31 Jan 2019

Here’s How You Can Make Your Chinese New Year Even More Memorable Than Ever

Pictures are so old school. Now, it’s all about short-form videos!