Tips kali ini khusus kepada anda yang inginkan kelainan dalam paparan peranti iPhone. Mungkin juga ada sesetengah pengguna yang tidak suka apa dengan paparan yang putih dan terlalu cerah.
Berikut kami kongsikan kaedah untuk menukarkan paparan asal iPhone kepada versi hitam. Versi ini hanya ada pada peranti iPhone dengan iOS 11 dan keatas sahaja.
Pertama sekali masuk ke menu Setting >> General
Kemudian pilih menu Accessibility
Pilih menu Display Accomodations
Seterusnya pilih menu Invert Colours
Dan aktifkan Smart Invert, selesai.
Paparan skrin peranti anda akan terus bertukar kepada versi hitam. Fungsi ini akan mempengaruhi semua aplikasi yang ada dalam peranti.
Sumber : wiser.my