TECH By: SGMS Faida April 29, 2019 @ 2:32pm

Untuk Anda Yang Sedang Berjuang Berhenti Merokok, Baca Artikel Ini!

Produk alternatif berhenti merokok, NCIG kini semakin mengorak langkah apabila membuka cawangan N store pertama do Desa sri Hartamas, Kuala Lumpur hari ini.

Pemilihan lokasi yang strategik dan mudah diakses, N store kini menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengguna peranti ini yang semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk berhenti merokok.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas NCIG, Shariffuddin Bujang atau lebih mesra dengan panggilan PakDin berkata “Pembukaan cawangan pertama ini sangat dinantikan oleh semua pengguna kami seramai 60,000 rakyat Malaysia yang sudah pun menggunakan alat peranti ini”.

” Kami juga dalam perancangan untuk membuka dua lagi cawangan baru iaitu di sekitar Kuala Lumpur. Pembukaan cawangan N store adalah antara matlamat kami sejak pembangunan NCIG pada Februari tahun lalu.

” Kewujudan N store ini adalah untuk menyenangkan pelbagai pihak dari agen, distributor dan pelanggan kami. Disini kami menyediakan pelbagai perkhidmatan antaranya pelanggan dapat rasa perisa ataupun peranti baru sebelum pembelian.

” Kami juga amat mementingkan kualiti supaya pengguna dapat merasai pengalaman sebelum dan selepas menggunakan NCIG.” katanya.

Menurut PakDin, pembukaan N store turut membantu pengguna NCIG untuk memperoleh sebarang maklumat atau promosi selain tuntutan waranti yang sangat mudah tidaklah perlu menunggu selama lima hari bekerja.

” Dengan adanya N store ini kami dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa NCIG adalah sebuah jenama yang sangat diversiti dan ianya boleh menjadi salah satu peranti utama untuk berhenti merokok” katanya.

Tambah Pak Din yang dahulunya merupakan perokok tegar, dia juga dibantu oleh NCIG Kit untuk meninggalkan tabiat lamanya.

Dalam perkembangan lain, outlet ini juga bakal beroperasi di beberapa negeri iaitu di Pulau Pinang, Melaka, Seramban, Johor dan Terengganu.

” Proses operasi akan bermula secara berperingkat. Buat masa ini kami fokus di Lembah Klang dahulu.

” Produk ini juga menawarkan enam perisa istimewa buat masa ini. Kami juga mahu pastikan perokok berhenti dengan tabiat lama dan kami faham satu hari nanti mereka juga akan berhenti mengambil NCIG. Jadi kami sudah aturkan pelan untuk produk selepas mereka berjaya dalam ‘perjuangan’ ini,” katanya.

Selain pembukaan cawangan pertamanya, NCIG turut melancarkan dua perisa baharu untuk mereka yang ingin berhenti merokok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Mar 2019
Featured Fri, 20 Jan 2023
Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Naim Daniel Diugut Netizen Gara-Gara Blackpink!

Sebagai peminat apa salahnya post gambar macam tu kan?

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Sah! Neelofa Mengaku Dijangkiti Influenza A

Sah! Neelofa mengidap Influenza A!

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Featured Sat, 28 May 2022

“Siapa Orang Tu Nak Kata Saya Istidraj? Jangan Buat Kerja Tuhan,” – Ifa Raziah

Uishh, pedas juga Ifa Raziah balas balik kenyataan Ustazah tu.. 🫢😅